Keesokannya aku sempat menziarahi ayah kak Razipah Mahmod (senior batch 77) di Kg Rimba Terjun. Sebelum itu, pada sebelah malamnya kami pergi menjamu selera di Mandella Seafood....., jauhnya ......masuk ke parit-parit yg aku tak tau namanya.....
keluargaku
Monday, December 28, 2009
Bertandang di Pontian
Keesokannya aku sempat menziarahi ayah kak Razipah Mahmod (senior batch 77) di Kg Rimba Terjun. Sebelum itu, pada sebelah malamnya kami pergi menjamu selera di Mandella Seafood....., jauhnya ......masuk ke parit-parit yg aku tak tau namanya.....
Monday, December 21, 2009
Tak Sedar.....
Rasa masa terlalu cepat beredar....tak sedar dua minggu lagi anak-anak akan kembali bersekolah. Kesebokan menguruskan majlis perkahwinan along menyebabkan masa beredar tidak terasa. Itupun majlis bertandang ke rumah lelaki masih belum selesai...insya Allah 26 Dec nanti kami kami kan ke Pontian, Johor. Selepas selesai segalanya barulah aku boleh memberi tumpuan untuk persiapan anak-anak yang bersekolah pula. Dan bermulalah kehidupan baru anak sulong kami...... hingga kini aku masih kekok untuk membahasakan diri aku 'mak' kepada menantuku...selalu tersasul 'makcik' jugak......
Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Hafizah ( Ha) kerana sudi membantu aku menyediakan hantaran perkahwinan along. Kami sekeluarga amat berpuas hati dengan hasil tangan Ha dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain...manalah tahu ada yang teringin menggunakan khidmat hasil tangan Ha bila hendak menerima menantu nanti.....
Tuesday, December 15, 2009
MG Tg Malim
Sorry sal...terlupa telur pindang, awak dah balik baru kita ingat..... terkilan rasanya....
Thursday, December 3, 2009
Lain Dulu Lain Sekarang
Aku teringat masa aku nak kawin dulu, waktu-waktu seperti ini, keluarga aku dah tak menang tangan. Mak aku terpaksa bawak lori ke Pekan Pahang sebab nak ambik perabot set bilik tidor yang ayah aku buat sendiri ( ayah aku pandai bertukang). Ayah saudara aku sebelah ayah datang dengan anaknya, tolong catkan rumah tok aku ( aku tinggal dengan tok). Paksedara yg kat Sedili besar dah mula ngajak orang pi cari batang buluh, nak buat khemah nanti. Pi cari kayu api untuk masak lauk kenduri. Kalau arwah tok ayah aku masih hidup, memang rebahlah lembu seekor...., tapi dia dah takde, so daging lembu kami beli je. Bilik pengantin, mak-mak saudara dan sepupu aku yang pasangkan hiasannya. Pelamin pengantin pun free, sebab ada sedara yg jadi mak andam. Cuma baju pengantin je aku sewa dari mak andam lain. Hantaran pula, kak ipar dan kakak sepupu yg tolong buatkan....pendek kata semua orang memainkan peranan untuk memeriahkan perkahwinan.
Lima hari lagi sebelum majlis berlangsung pak sedara aku buat majlis tepung tawar rumah dan pelamin, lepas tu jiran-jiran mula tolong merebus telur pindang. Telur pindang ni cerewet sikit , rebus dalam macam2 ramuan dan ambil masa yg lama pulak.....tapi waktu-waktu beginilah yang seronok, riuh dengan hilai tawa, usik mengusik.....nostalgia sungguh!
Kini...... aku selalu merasa sebak bila semakin hampir hari perkahwinan along, anak sulungku. Segala-segala terpaksa dibuat sendiri dan di bayar upah. Khemah, sewa, masak catering, pelamin sewa..... tidak ada lagi gotong royong ,kemeriahan seperti dahulu tidak terasa lagi sebab semua saudara mara jauh, dan tuntutan pekerjaan yg memerlukan komitmen yg bukan sedikit. Hanya satu yang sering aku doakan setiap kali solat, supaya majlis perkahwinan along ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan Allah..........
Tuesday, November 24, 2009
Penat
Itu bab pakwe akulah yg menguruskan hal-hal yg 'makro', jadi terpaksa aku ambik alih hal-hal yg mikro ni ( yang remeh temeh ), urusan anak-anak, rumah, persiapan bilik pengantin, catering, baju, mak andam.... Itu pun dah rasa macam nak demam je.... dulu, gitulah agaknya mak aku rasa masa aku nak kawin kot..... tapi nenek aku yg bantu banyak dan sedara mara sekeliling pinggang, sedangkan aku?....... 'dagang' di tempat orang....huhuhu
Friday, November 6, 2009
Hujung Minggu 4
Aku? Aku akan cuba siapkan keperluan untuk bilik pengantin dengan bantuan Ana. Alhamdulillah, Ana dah habis exam dan balik rumah. Aku tak suka memanjat tangga (untuk gantung langsir) sebab aku mudah gayat. Kerja -kerja menggantung tu mmg aku serah kat Ana.
Aku juga akan menulis alamat kawan-kawan dan saudara mara yg aku dapat pada kad jemputan kawin. Masih banyak lagi yg perlu di jemput. Sebahagian sudah di pos...
Semalam aku baru teringat yang kami masih belum cari lagi kumpulan kompang untuk mengarak pengantin lelaki nanti. Takkan pengantin lelaki nak jalan senyap-senyap ek....
Apa lagilah yang aku belum ingat .....
Thursday, October 29, 2009
Hujung Minggu 3
Ein baru habis periksa akhir tahun untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama, tinggal tunggu keputusan je.Ein periksa kali ni aku tak dapat beri tumpuan sepenuhnya.... kalau aku tak duduk sebelah dia, maknanya dia memang tak kan belajar. Aku harap-harap keputusannya nanti tidaklah teruk.
Aku cuma ada 5 hujung minggu saja lagi sebelum majlis perkahwinan along..... ya Allah! Sempurnakan dan lancarkanlah majlis ini....amin!
Thursday, October 22, 2009
Hujung Minggu 2
Aku duduk kat Tg Malim ni, baru 3 tahun, jadi kawan-kawan dan jiran yg betul-betul rapat belum lah ada.... takat tegur-tegur gitu-gitu je, jengah bila ada khenduri , kematian dan 'open house' je. Lagi-lagi bagi aku yg tak kerja ni...... Kalau masa di JB dulu, selain saudara mara belah aku, kawan-kawan masa sama mengajar dulu masih ada, ada yg betul-betul rapat, tak segan nak minta bantuan. Selain itu isteri-isteri kawan-kawan pakwe pun ok jugak, lebih-lebih lagi yg sama-sama masa ke UK dulu bila pakwe buat PhD, kami rapat di sana, hingga bila balik di Malysia (JB). Selalu buat gathering, jadi tak segan silu kalau ada masalah , buat tempat mengadu dan minta bantuan. Tapi bila pindah ke sini...terasa diri keseorangan....
Sunday, October 18, 2009
Hujung Minggu
Jadi sepagi hari Sabtu itu hingga ke zohor, aku sebuk melayan bakal besan ni. Adikku pulak baru pulang ke Johor malam tadi (Ahad). Kebetulan di Perak ni tengah musim durian, apalagi..... suamiku membeli beberapa biji durian untuk menjamu mereka. Dan klimaksnya bila suamiku meminta bakal menantunya mengopik durian......
Orang muda sekarang memang tak berapa cekap dalam bermain dengan kapak dan parang ( termasuk anak lelaki ku sendiri). Zaman telah berubah, semuanya semakin mudah, durian boleh dibeli tanpa perlu mengopik kulitnya di pasaraya, jadi skill untuk mengopik durian sudah tidak diperlukan lagi..... jadi terpaksalah 'lelaki melayu terakhir' menyudahkan kerja-kerja mengopik buah durian......
Monday, October 12, 2009
Sedih
Mulanya apa punca kesedihan..... sakit pening, ajal maut, perpisahan, fitnah, hasad dengki, buruk sangka? Semuanya perlu di urus dengan cara yang berlainan.
Minggu ni menyaksikan betapa kami sekeluarga diuji...... aku memohon agar Allah memberi kami kekuatan untuk melalui semua ujian ini serta petunjuk dan hidayah bagaimana untuk melalui ujian sebegini dengan jaya tanpa ada hati yang terluka.....
Tapi ada satu yang aku akan pastikan..... aku tidak akan jadi lilin.......
Friday, October 2, 2009
Kuih Raya
Sekarang ni dah ada pelbagai jenis kuih raya, naik berpinar mata bila melihatnya, rambang mata tak tahu nak memilih, nampak semuanya sedap. Tapi dalam banyak-banyak kuihraya tu yang jadi kegemaran kami anak beranak hanyalah ada beberapa jenis saja, terutamnya suami aku ni. Aku selalu menggelarnya dengan panggilan 'lelaki melayu terakhir' kerana seleranya hanya pada kuih-kuih tradisional saja, terutamanya kuih bahulu ( itupun jika bahulu itu dibuat dari telur ayam kampung saja), kuih karas, kuih putu beras dan beberapa jenis kuih lama sebelah utara. Kuih moden ni dia tak pandang sebelah mata pun. Kekadang rasa sedih jugak, aku buat kuih raya penat-penat, dia tak jamah sikit pun!
Tapi tahun ni berlainan sikit, anak-anak aku minta aku buatkan biskut 'cornflake madu'. Bila anak-anak aku pakat giler makan biskut tu, aku tengok dia pun ambiklah satu....tut, tut lepas tu, dia yg dok bawa pelari balang biskut cornflake tu...... hari ni aku kena pi beli lagi cornflake dan butter...sebab biskut tu dah tinggal buntut balang aje!
Saturday, September 26, 2009
Satu Hari Di Hari Raya
kulihat wajah suci ibuku
kulihat wajah kasih ayahku
kugembira......
Monday, September 14, 2009
Selamat Hari Raya
di hari ini di sayang
hari yang mulia
marilah bersama
berhari raya
hilangkan duka
lupakan saja kisah yg lalu
gantikan cerita baru
agar hati mu waspada selalu
jangan kau kesalkan
jangan engkau tangiskan....
bait-bait lagu hariraya yang dinyanyikan oleh Sanisah Huri, yang sentiasa akan membuat air mata aku tergenang walau dimana saja aku meraikan hari raya....
Jadi sekali lagi aku, Fatimah Hashim dan keluarga ingin menyusun jari sepuluh sempena hari Lebaran yang akan menjelma tidak beberapa hari lagi, memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, yang sengaja atau tidak di sengajakan, dari segi perbuatan atau perkataan atau tulisan sepanjang aku berblog ini... moga Hari Raya Aidil Fitri ini bukan raya yang terakhir buat kita....
Jom kita balik kampung.....
Jemput singgah ke rumah jika lalu highway Utara Selatan...
Tuesday, September 8, 2009
Baju Raya
Thursday, September 3, 2009
Solat Tarawikh
Aku rasa aku mula puasa masa aku berumur 6 tahun, duduk dgn tok ayah yg strick, mesti kene bangun sahur dan puasa. Bila masuk SMSJ , start solat tarawikh berjemaah ...seronok! Bila masuk MPPM pun aku tak miss pi solat tarawikh berjemaah , cuma masa tahun 2 , kena duduk rumah sewa kat luar maktab, aku malas nak ke surau untuk bertarawikh sbb surau jauh, so buat sendirian di rumah sewa. Tahun 3 masuk balik duduk dalam ( asrama baru) dapat solat tarawikh berjemaah semula bila masuk bulan puasa.
Bila kawin...aku solat tarawih kat rumah aje sebab kebetulan tiap kali aku ngandung mesti lalui bulan ramadhan ni, cuma samada awal mengandung atau tengah sarat nak bersalin. Kalau tengah awal mengandung aku mabuk teruk ( kelima-lima anak gitu)...kalau tengah sarat ( masa ngandungkan Ana , Wan dan Iqah) aku tak larat nak berdiri lama-lama, so buat kat rumah lebih selesa sambil relax-relax , makan sikit, minum sikit, duduk kejap, sulam dgn tadarus.....
Di samping tu aku juga mula latih anak-anak aku ikut sama bertarawikh se awal usia 5 tahun. Aku jadi imam..... ayah depa pi surau atau masjid. Aku mau anak-anak aku buat macam aku, tak kan tinggalkan solat tarawikh setiap kali tiba bulan ramadhan.
Di samping bertarawikh aku juga mahu anak-anak aku boleh hafal surah-surah lazim tu...., sekarang ni aku tengok along pun dah boleh imamkan solat tarawikh ( ganti aku). Anak lelaki, aku hambat dia pi solat tarawikh di surau dgn ayahnya, tapi anak-anak perempuan aku lebih suka mereka bersolat tarawikh berjemaah di rumah saja. Moga didikan aku dapat keredhaan Allah..... Amin.
Monday, August 31, 2009
Lamanya......
Seminggu lebih blog ni tak dikemaskini..... tiba rumah dari Perlis hari sabtu petang, anak-anak kat KL semua serbu balik rumah, sibuk dengan dia orang yang nak makan macam-macam untuk berbuka puasa. Hari ahad pulak adik ipar sekeluarga datang berbuka di rumah, macam kenduri kecil la pulak.... Pagi tadi lepas sahur anak yang dari KL semua bertolak pulang....., baru lah boleh nak mengadap komputer ni dengan aman....
Sunday, August 23, 2009
Cuti-cuti Malaysia....
Nampaknya minggu pertama puasa ni, aku tak lekat kat rumah, suami ajak kenalah ikut ( kebetulan cuti sekolah pulak tu). Kalau ikutkan hati seronok lagi duduk rumah, nak buat amal ibadat pun lebih selesa...tapi, tak pelah, cuba-cubalah juga buat takat yang termampu.....So, Sabtu nanti inyaAllah kita jumpa semula...
Thursday, August 20, 2009
Selamat
Dan anak-anak kita pun mula cuti sekolah selama seminggu, so SELAMAT BERCUTI kepada anak-anak yang bersekolah dan cikgu-cikgu kecuali cikgu Besar.....dan orang macam aku, mana ada cuti...... hehehehe
Sunday, August 16, 2009
Iqah
"Mak doktor suruh Iqah balik rumah, suhu badan Iqah 39^C", tersentap rasa jantung ku. Aku mencapai tudung sambil mengajak ana pergi ke SMKA Slim River, untuk mengambil Iqah pulang. Sempat aku mencapai 2 keping penutup mulut yg masih berbaki di rumah untuk dibawa bersama ke sekolah Iqah.
Aku menyuruh ana drive sebab aku masih terasa gabra lagi lepas kemalangan hari tu. Satu-satu ujian Allah turunkan untuk aku.... moga-moga dengan ujian-ujian Allah ini, dijadikan sebagai kifarah terhadap apa jua dosa aku terhadap Nya, baik yang aku sedari atau tidak sedari...
Sesampai di rumah, ayahnya juga baru balik dari UPSI, dia tak terima sms aku. Bila aku terangkan keadaan Iqah, dia bergegas keluar dengan motor, tak lama kemudian dia pulang dengan satu beg plastik epal hijau, limau sunkist, air epal, air fresh orange dan jintan manis. Iqah di kuarintin kan di satu bilik, hanya aku yg masuk menjengok, menghantar makanan dan menyukat suhunya. Ayahnya suruh makan 6 biji epal hijau sehari dan minum fresh orange juice. Kami yg sihat ni kena minum air rebusan jintan manis, satu kali sehari ( katanya untuk prevention)...
Hari ini Isnin, demam iqah sudah berkurang, hanya tinggal batuk-batuk dan sakit tekak. Alhamdulillah...aku memanjat syukur kepada Allah dan aku bernazar lagi untuk iqah sembuh sepenuhnya... mudahan-mudahan dia hanya kena demam biasa-biasa saje...
Monday, August 10, 2009
Azida
Aku cakap kat dia member kita asyik tanya kenapa dia senyap je sejak-sejak akhir-akhir ni, tak komen pun dalam blog...dia kata dia sebok sungguh, sampai nak jengok blog pun tak sempat...apalagi nak buat komen. Dia akan berulang alik ke INSTUN ni sampai 20 Ogos nanti...., kesian tengokkan dia...gitulah kalau dah pangkat tinggi-tinggi ye....
Sunday, August 9, 2009
Kemalangan
Hari khamis 6 Ogos, aku puasa, seperti biasa aku ambik Ein balik dari sekolah agama, kemudian singgah di gerai soto untuk beli soto buat berbuka puasa kerana aku suka berbuka dengan makanan yg berkuah. Dah tu singgah pulak 7 eleven , Ein ni nak beli gula-gula...jam dah menunjuk pukul 6.20 ptg, aku teringat Ein belum solat asar, pederas kereta sikit, nak cepat sampai rumah. Masa selekoh nak masuk ke Taman Segar, boleh tak perasan ada motor di sebelah kiri nak terus...apalagi... ya Allah ! aku rasa dunia aku berhenti sekejap...depan mata aku motor tu jatuh..ada isteri dan anak kecil di raga depan. Ayahnya merangkul anaknya....mak! aku terpaku...lutut aku rasa macam jelly...bila beberapa orang berhenti untuk menolong mereka, aku mencapai hp dan called suami. Aku cuba keluar kereta, minta mereka ke hospital...aku lihat anak kecilnya berdarah...aku betul-betul risau. Ada kereta waja yg membawa ibu dan anak ke hospital Tg Malim...aku menyusur mengikuti mereka perlahan-lahan...aku rasa kereta aku lain macam je...
Sampai di Hospital, suami pun sampai sama, aku terus ke bahagian kecemasan, duduk di kerusi yg kosong di situ. Suami bertanya sesuatu ...aku pakai jawab aje...aku tak fokas. Bila ibu dan baby tu keluar, baru aku lega sikit, bibir baby tu bengkak, ibunya berdarah di kaki dan lutut, ayahnya calar balar sana sikit sini sikit...aku minta maaf dengan mereka, aku betul-betul tak perasan...aku bayar harga kos rawatan mereka kerana mereka bukan warga Malaysia tapi orang Patani yg mencari rezeki di sini. Suami pergi melihat motor mereka dan bawa motor mereka ke bengkel untuk di baiki, manakala aku menghantar pulang isteri dan baby yang masih merengek kerana kesakitan...hatiku luluh melihat baby tu, kalau boleh di transfer kesakitannya kepadaku, aku rela menerimanya....
Pulang ke rumah....aku hanya mampu menelan sup soto saja ketika berbuka puasa, tekak ku terasa sempit, rasa lutut ku masih lemah...selepas solat maghrib aku buat solat syukur kerana penumpang motor itu tidak cedera parah ...tapi hingga ke hari ini aku masih rasa tersentak setiap kali terbayangkan kemalangan itu... kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi....
Monday, August 3, 2009
Balik Kampung
Kami balik 3 beranak saja kerana kebetulan weekend ni anak-anak lain tak pulang ke rumah. Sepanjang jalan hujan turun, kadang-kadang lebat kadang-kadang gerimis. Kami tidak singgah mana-mana, terus saja ke rumah orang tua di Sg Baru Perlis.
Hari Isnin petang lebih kurang pukul 7, baru kami bertolak balik ke Tg Malim, tapi sampai di Sg Petani kami singgah kejap di rumah adik, bertanya khabar dan solat siap-siap, sebelum kami mula bergerak pulang ke Tg Malim pukul 11 mlm. Kami tiba di rumah hampir jam 3 pagi.
Bila kemas kereta pagi ni, antara barang yg kami bawak balik dari Perlis ialah telur ayam kampung, kelapa wangi muda, ikan talang kering, toto 2 beg, periuk besar, bekas air basuh tangan dan ada dua tiga barang lagi...sekali imbas macam orang siam mai meniaga kat nat aje...( nat tu macam pasar lambak kita lah...). Sebelumnya, masa sampai pukul 3 pagi tu, kami dah bawak masuk kerumah siap2 satu bekas yg mengandungi ikan senangin dan tenggiri fresh. Pakwe ni beli senangin sampai 4 kilo, belum kena ais lagi, baru tarik dari pukat, beli direct dari bot! Mesti Mimbar jealous kalau tengok ikan ni, 1 kilo RM 4 je....
Tuesday, July 28, 2009
Bulan Sya'ban
Bila masuk bulan Sya'ban ni juga aku dah start buat baju raya untuk anak-anak...ni macam nak patah pinggang dok membongkok , menggunting baju depa ( baju aku sekali jugak!) Dalam bulan Ramadan nanti boleh lah sebok buat benda lain pulak, tak payah nak pening mikir pasal baju yg belum berjahit..... kebetulan pulak tahun ni kena mikir banyak benda...kerana bulan Dec pun makin menghampiri...oh Tuhan, berikan aku kekuatan....
Friday, July 24, 2009
Khasiat Pisang
Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!
Monday, July 20, 2009
Terkenang
Ketika aku mengerjakan haji pada tahun 2000, aku termasuk dalam kumpulan yg bertolak diwaktu pertengahan. Ketika kami sampai di Madinah kemudian ke Mekah ,jemaah haji dari serata dunia sudah ramai berada di situ, jadi peluang untuk mencium hajarulaswad memang takde langsung. Aku tak berani nak berebut-rebut, berhimpit-himpit separuh mati demi mencium hajarul aswad ketika itu. Aku memasang azam, aku akan datang lagi ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan mencium hajarul aswad ketika itu (kerana sangkaan ku mesti orang tak ramai ketika itu).
Bila Allah menjemput ku untuk mengerjakan umrah ketika musim cuti sekolah Jun lalu, aku mula bermunajat dan bersolat hajat setiap hari, memohon padaNya, agar kami di anugerahkan umrah yg mabrur dan memudaklan bagi aku untuk mencium hajarul aswad. Bila sampai di Mekah, aku amat terkejut bila mendapati begitu ramai jemaah yg ada sehingga kelihatan seperti musim haji saja(kerana ketika itu tanah Arab, Turki dan Iran sedang cuti).
Hari pertama hingga hari ke 4, setiap kali selepas melakukan tawaf sunat, aku akan cuba menyusur dari Hijir Ismail ke penjuru Yamani.Bila sampai di situ jemaah lelaki sudah berderet panjang menunggu peluang untuk mencium hajarul aswad. Aku rasa kecewa sambil terus menyusur mengintai peluang.Tiba-tiba aku di hampiri seorang lelaki warga Indonesia, "Ibu mau cium hajrul aswad?" Dia mengulangnya berkali-kali, tapi aku terus membisu sambil terus berjalan. Aku tak berani kerana yg pertama suamiku tiada ketika itu untuk aku minta izinnya, yg ke 2 aku tidak bawa wang kerana aku tahu mereka ini adalah org yang kerjanya mengambil upah untuk sesiapa yg mahu mencium hajarul aswad dan upahnya tidak menentu kerana ada kawanku yg kena 100 riyal seorg dan ada yg kena 400 riyal.
Hari ke 5,setengah jam sebelum solat asar, suami telefon menyuruh aku ke penjuru hajarul aswad kerana ada sekumpulan jemaah perempuan sedang berebut-rebut mencium hajarul aswad. Aku masuk dalam kumpulan itu, mereka bertolak-tolak, berhimpit-himpit sehingga sesak rasa aku nak bernafas. Antara aku dan hajarul aswad ketika itu dipisahkan oleh 3 lagi jemaah perempuan apabila pengawal keselamatan masjidil haram meneriakkan "solah" beberapa kali ( kerana waktu asar sudah hampir dan anytime azan akan dilaungkan).Jemaah wanita tidak dibenarkan berada atau solat disitu. Aku pun bubar dengan rasa kecewa yg amat sangat sehingga menitis air mata. Ketika solat asar aku masih lagi menangis, dan selepas itu aku terus mengerjakan solat sunat taubat dan solat sunat hajat dalam tangisan, aku mohon padaNya agar aku di beri peluang untuk mencium hajaraul aswad walaupun sekali saja....
Aku turun semula ke dataran kaabah dan melakukan tawaf sunat, round yg pertama dan ke 2, pusinganku di belakang makam Ibrahim, pusingan ke3 , ke 4 di depan makam Ibrahim. Aku makin masuk kedalam bulatan tawaf, sehingga mengelilingi bahagian luar hijir Ismail sehingga pusingan yg ke 7. Sesudah lengkap tawaf sunat aku terus menyusur dan masuk ke dalam hijir Ismail untuk solat sunat 2 rakaat dan aku mohon lagi pada Nya untuk mencium hajarul aswad.
Keluar dari Hijir Ismail, aku menyusur dari penjuru Syam ke penjuru Yamani, di Penjuru Yamani, ada 3 orang jemaah wanita( yang kelihatan seperti jemaah dari utara India, atau pakistan atau afghanistan) yang saling berpegangan seperti tali dan tiba-tiba yg ke 3 itu menarik hujung telekungku, masuk dalam jujukannya. Aku membiarkan saja dan mengikut saja kemana mereka membawa aku.Kemudian aku dapati aku betul-betul berada di hadapan hajarul aswad dan ada seorang jemaah malaysia yg memisahkan aku dengan hajarul aswad itu. Selepas dia mencium hajrul aswad, giliranku pula untuk mencium hajarul aswad.Aku mencari-cari 3 jemaah wanita yg menarik telekung ku tadi tapi tak kelihatan, aku terpaku sebentar di depan hajarul aswad, sebelum menyapu nya dengan tanganku. Aku cuba mengucupnya hanya hidungku yg tercecah sedikit kerana kedudukan nya yg ke dalam dan tingginya melebihi paras dada aku ( aku ni rendah) Aku cuba melonjak sedikit, hanya hujung bibirku terkena sedikit, dan lagi sekali pun sama jugak....aku redha...dan puas, Allah telah memakbulkan doaku. Aku nak beredar, baru ku sedar di belakang ku jemaah wanita Turki dan Iran saling berebut dan bertolak-tolakan .Aku tak dapat keluar, terkepit, aku mengangkat sebelah tanganku dan menjerit "ana ukhruj!!" Aku hentam saja bahasa arab tu, tapi mereka faham kot...seorg jemaah wanita turki menarik tanganku hingga aku terkeluar dari himpitan itu...alhamdulillah, dan alanglah terperanjatnya aku kerana di depanku waktu itu lapang (multazam dan pancur emas ini adalah tempat yg direbuti untuk bersolat) Aku pun tak berlengah lagi mengerjakan solat sunat syukur di situ...
Dan selepas itu, hari hari berikutnya, bila aku menyusuri kaabah selepas tawaf sunat atau tawaf umrah, aku dapati manusia semakin ramai dan penuh dan rasanya aku tidak akan dapat lagi peluang seperti yg telah aku perolehi itu. Hingga kini aku masih musykil, siapakah mereka yg menarik telekongku hingga ke hajarul aswad, dan kenapa dia tak kelihatan lagi bila aku sudah sampai di situ.....
Tuesday, July 14, 2009
14 Julai
Aku cukup terkejut bila depa kata untuk majlis bulan 12, orang dah book dari bulan Feb, mac lagi... dah tu kalau buat 1212 lagi ramai orang buat tarikh tu sebab orang suka tarikh cantik gitu..... Mak datok! yg kami dok pilih tarikh tu sebab along dapat cuti tarikh tu......mati aku!Segala-galanya kena book sekarang....
Friday, July 10, 2009
Terdiam
Tadi aku masak sayur lemak kobis, ikan masin + sambal belacan, asam pedas ikan pecah periuk, telur goreng dadar dan ulam timun. Kedua-kedua set makan ni menjadi kesukaan anak-anak aku...tapi yang seronoknya, bila depan meja makan depa terdiam kejap, tak tau nak makan yang mana satu sebab dua-dua set depa suka...last-last wan kata kita makan masak lemak dgn ikan masin dulu, lepas tu basuh pinggan , cedok nasi lain, makan asam pedas dgn telur goreng pulak....aku cuma geleng kepala aje tengok telatah anak-anak aku makan, macam tak pernah jumpa nasi seminggu je gaya nya.....hehehe
Sunday, July 5, 2009
Hujung Minggu
Monday, June 29, 2009
27 Jun 2009
Sibuk melayan saudara mara makan tengahari.
Menu masakan kampung, ikan keli goreng berlada, kerabu pucuk paku, dalca, ayam percik, ikan masin goreng, sambal belacan
Friday, June 19, 2009
Foto Kenangan
Selama 10 hari kami di Mekah, kami dapat melakukan sebanyak 5 kali umrah ( selang sehari), faktor usia dan stamina menghalang kami untuk melakukan umrah setiap hari. Pada hari-hari kami tidak mengerjakan umrah kami penuhi dengan tawaf-tawaf sunat di Baitullah, solat sunat di Hijir Ismail dan makam Ibrahim dan mencuba mencium hajarul aswad. Aku hanya berjaya menciumnya sekali sahaja kerana musim cuti sekolah ini jemaahnya begitu ramai ( seperti musim haji). Kebetulan pula serentak dengan cuti persekolah negara Iran dan Turki, berbondong-bondong mereka datang, sudahlah saiz mereka ni besar-besar....jemaah dari Malaysia tenggelam dengan kehadiran mereka.
Setelah 10 hari di Mekah , kami ke Madinah pula menziarahi masjid Nabawi dan tempat bersejarah lain di sana. Kami berangkat pulang pada 14 Jun dan tiba di Malaysia pada 15 Jun.
Tak puas rasanya....masih terbayang pintu kaabah di depan mata setiap kali solat ( aku selalunya akan mencari ruang solat di masjidil haram yang setentang dengan pintu kaabah dan multazam). Ya Allah jemputlah kami lagi ke sana......