keluargaku

keluargaku

Thursday, December 3, 2009

Lain Dulu Lain Sekarang

Sementara aku menunggu pakwe aku tu pi viva student kat USM, aku buat sat entri untuk blog aku ni. Dah lama aku tak buat entri, macam terabai pulak blog ni...
Aku teringat masa aku nak kawin dulu, waktu-waktu seperti ini, keluarga aku dah tak menang tangan. Mak aku terpaksa bawak lori ke Pekan Pahang sebab nak ambik perabot set bilik tidor yang ayah aku buat sendiri ( ayah aku pandai bertukang). Ayah saudara aku sebelah ayah datang dengan anaknya, tolong catkan rumah tok aku ( aku tinggal dengan tok). Paksedara yg kat Sedili besar dah mula ngajak orang pi cari batang buluh, nak buat khemah nanti. Pi cari kayu api untuk masak lauk kenduri. Kalau arwah tok ayah aku masih hidup, memang rebahlah lembu seekor...., tapi dia dah takde, so daging lembu kami beli je. Bilik pengantin, mak-mak saudara dan sepupu aku yang pasangkan hiasannya. Pelamin pengantin pun free, sebab ada sedara yg jadi mak andam. Cuma baju pengantin je aku sewa dari mak andam lain. Hantaran pula, kak ipar dan kakak sepupu yg tolong buatkan....pendek kata semua orang memainkan peranan untuk memeriahkan perkahwinan.
Lima hari lagi sebelum majlis berlangsung pak sedara aku buat majlis tepung tawar rumah dan pelamin, lepas tu jiran-jiran mula tolong merebus telur pindang. Telur pindang ni cerewet sikit , rebus dalam macam2 ramuan dan ambil masa yg lama pulak.....tapi waktu-waktu beginilah yang seronok, riuh dengan hilai tawa, usik mengusik.....nostalgia sungguh!
Kini...... aku selalu merasa sebak bila semakin hampir hari perkahwinan along, anak sulungku. Segala-segala terpaksa dibuat sendiri dan di bayar upah. Khemah, sewa, masak catering, pelamin sewa..... tidak ada lagi gotong royong ,kemeriahan seperti dahulu tidak terasa lagi sebab semua saudara mara jauh, dan tuntutan pekerjaan yg memerlukan komitmen yg bukan sedikit. Hanya satu yang sering aku doakan setiap kali solat, supaya majlis perkahwinan along ini berjalan lancar dan mendapat keberkatan Allah..........

7 comments:

mrs jannuri said...

Salam Fati,

memang benar, dulu lain sekarang lain dan bukan hanya untuk kenduri kendara saja, malah banyak perkara lagi.

InsyaAllah semuanya pasti akan berjalan seperti yang diharapkan
dan kami sangat berharap dapat hadir untuk sama-sama meraikan hari bersejarah anak Fati ini.

Dah duduk kat Tanjung..buat telur pindang ke? Sal suka benar dgn telur ni.

fati said...

Wa salam sal,
telur pindang kak ipar yg kat johor sponsor untuk bunga pahar....tak pe fati bagi gak kat sal nnt...hehehe

Kembara Kelana said...

fatie
yang paling menarik, ayah kau buat katil, mak kau bawak lori ambik katil tu nak bagi kau dan abg rosli tidor..memang nostalgik sekali tuu..katil tu ada lagi tak, kalau ada kau ambik katil tu bagi kak long lak pakai...mesti ayah dan mak kau bangga ...

fati said...

Katil tu ada kat kota. Masa aku pindah ke Tg malim, aku bagi kat mak aku suruh bawak balik Kota sbb lori dah tak muat... ada lagi tu, cuma nampak uzur sikit... dan kaki almarinya dah patah satu...

mrs jannuri said...

fati..

kaki almari dah patah satu...cam kena tendang je. Ingat kisah cikgu besar bila sembang "mintak2 tak dapat" kawan tu nak tendang pintu almari dan lastik ayam bekokok hanya kerana "mintak tapi tak leh dapat".... hehehe

bong said...

Fati, tu le kau tak duduk kg atau tanah rancangan. Di kg dan rancangan masih ada lagi g/royong, cuba kau tanya Bibah. Tapi kan aku pun tak tau bila giliran aku macamana pulak

Kembara Kelana said...

sal
kau probok aku tu...tak perasan pulak aku..