keluargaku

keluargaku

Monday, December 21, 2009

Tak Sedar.....


selepas majlis akad nikah di surau, gabungan hantaran pehak perempuan dan lelaki.

hantaran pehak perempuan untuk lelaki yang di hasilkan oleh Ha..



Rasa masa terlalu cepat beredar....tak sedar dua minggu lagi anak-anak akan kembali bersekolah. Kesebokan menguruskan majlis perkahwinan along menyebabkan masa beredar tidak terasa. Itupun majlis bertandang ke rumah lelaki masih belum selesai...insya Allah 26 Dec nanti kami kami kan ke Pontian, Johor. Selepas selesai segalanya barulah aku boleh memberi tumpuan untuk persiapan anak-anak yang bersekolah pula. Dan bermulalah kehidupan baru anak sulong kami...... hingga kini aku masih kekok untuk membahasakan diri aku 'mak' kepada menantuku...selalu tersasul 'makcik' jugak......
Di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Hafizah ( Ha) kerana sudi membantu aku menyediakan hantaran perkahwinan along. Kami sekeluarga amat berpuas hati dengan hasil tangan Ha dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain...manalah tahu ada yang teringin menggunakan khidmat hasil tangan Ha bila hendak menerima menantu nanti.....

3 comments:

kembara kelana said...

mak, mak sehat mak? mak dah makan ke belum...seronok baca entri mak..

fati said...

Sop...bila kau baru dapat menantu nnt, baru kau tau macam mana kekoknya...heheheh
Adik lelaki aku sampai nak baling telor kat aku kalau aku tersasul 'makcik' lagi....haru sungguh!

kembara kelana said...

aku ada komen bab ...apa yang bakal kau lalui nanti....satu ketika dulu. sepekara lagi, nanti kau akan jadi serba salah..bilamana, kak long yang buat salah dan menantu kau dalam posisi yang betul...nak marah ..anak, nak puji menantu lebih lebih, takut kak long terasa hati...kau akan lalui dulu, aku akan menyusul tak lama lagi...kut. salam