keluargaku

keluargaku

Tuesday, September 8, 2009

Baju Raya

Selalunya kalau tiba hari raya kita sebok cari baju raya. Ada keluarga yg tak kesahkan tema warna tertentu untuk keluarga depa. Anak-anak aku suka kalau baju raya kami sekeluarga sama warnanya...tak kiralah kalau corak atau patternnya berbeza, tapi basic colournya mesti sama. Tahun ni depa nak tema kuning..... jenuhlah kami mencari baju kuning ni.Yang anak-anak perempuan dah dapat warna kuning buah mangga, aku, wan dan ayah depa warna kuning jagung. Yang dok sebok sangat pasal tema-tema ni anak aku yg no 2. Kesian kat ayah dia...ayah dia tak gemar lah pulak warna kuning ni. Jenuh kami memujuk....last-last dapatlah baju melayu warna kuning jagung tu, bila dia try 2 malam sudah, anak aku yg no 2 ni dengan selamba kata " macam digi man". Aku gelak sampai terbit air mata.... senak perut aku, nak gelak kuat-kuat takut ayah dia tak nak pakai terus pulak nanti.....Tapi bila aku sarungkan kain samping yang sesuai, nampaklah segaknya....., ropa macam tuanku lah pulak....hehehehe

4 comments:

Kembara Kelana said...

fatie
aku tak suka tema tema, anak anak aku suka, bini aku ikut anak anak..aku cakap yang kena sama abah dgn mak jer..sebab suami isteri..kau orang nak ikut , kau ikut..tak mau nak bebas pilih kaler apa, pilih..tiada sekatan. tahun ni aku tak nak beli baju baru, sebab baju lama masih elok..namun dalam diam aku nengok zai belikan jugak baju untuk aku..

pakroslan said...

Salam Fatimah,
jangan lupa stokin kuning...

Aku Pengail said...

Tu la kalau anak ramai yang pompuan..Sampai si bapak pun kena ikut selera anak pompuan dia.. Aku? belasah je..cacamerba! ikut selera masing2.
Beruntungnya anak2 sekarang..dulu aku apa je yang diberi..itu lah yang dapat.
Sekarang ni kita orang tak kisah sangat..tahun lepas aku pakai jubah je ke masjid. Tahun ni pun sama kot!

fati said...

Mungkin bila ramai anak perempuan ni, kami jadi dominan, ayah dia kena ngalah aje...lagipun ayah dia 'colour blind', senang kami kelentong dia....hehehehe
Dulu memang dia hanya mau pakai baju melayu dengan kain pelikat saja pi solat raya (style utara piaulah tu!)Puas juga aku nak tukar style dia tu... tapi sejak dah jadi prof ni kenalah dia tukar style, sebab kekadang kena berbuka dgn tuanku kat Kuala Kangsar, kena pakai baju melayu lengkap bersamping....