keluargaku

keluargaku

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya


semua insan sedang gembira
di hari ini di sayang
hari yang mulia
marilah bersama
berhari raya
hilangkan duka
lupakan saja kisah yg lalu
gantikan cerita baru
agar hati mu waspada selalu
jangan kau kesalkan
jangan engkau tangiskan....


bait-bait lagu hariraya yang dinyanyikan oleh Sanisah Huri, yang sentiasa akan membuat air mata aku tergenang walau dimana saja aku meraikan hari raya....
Jadi sekali lagi aku, Fatimah Hashim dan keluarga ingin menyusun jari sepuluh sempena hari Lebaran yang akan menjelma tidak beberapa hari lagi, memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, yang sengaja atau tidak di sengajakan, dari segi perbuatan atau perkataan atau tulisan sepanjang aku berblog ini... moga Hari Raya Aidil Fitri ini bukan raya yang terakhir buat kita....
Jom kita balik kampung.....
Jemput singgah ke rumah jika lalu highway Utara Selatan...

5 comments:

mrs jannuri said...

Selamat Hari Raya juga dari kami, wak Jan, Sal, Ilya, Wafa dan juga Yulis... untuk Fati seisi keluarga.

Sal pun begitu juga, mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, terasa hati disepanjang kita bersembang diblog ini.

Selamat pulang berhariraya dikampung, berhati-hati dijalanraya dan jemput kerumah kami di Banting selepas hari raya yang ketiga.

Kembara Kelana said...

fatie
aku, zai dan anak anak mohon ampun dan maaf pada kau sekeluarga...halal makan minum dan jemputlah kerumah jika kau lalu rompin nak hala ke pekan..hello dulu masa kau kat mersing..sebab aku nak sediakan juadah special untuk kau, abg rosli dan anak anak ...duit raya hanya untuk iqah dan ieen jer..[ gurau jer..]

pakroslan said...

Salam Fatimah,
Rasanya abg rosli tu masih gila2 gantengnya. Awak tak risau ke? apapun salam Idul Fitri.Mohon maaf lahir dan batin dari saya sekeluarga

bong said...

Salam fatie
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Kalau tengok gambar abang Rosli tu ada peluang cerah masa depannya

fati said...

Hahaha...kau orang ni kalau tak kacau aku tak sah ek....
Dulu aku terima pakwe aku tu sebab dia tak berapa segak masa tu, tut, tut bila dah tua ni jadi segak pulak.... risau juga hati ni, dahlah student pompuan muda2...isy, tawakal je lah...