keluargaku

keluargaku

Monday, July 20, 2009

Terkenang

Semalam 27 rejab adalah malam isra' mikraj...aku terkenangkan Mekah dan satu peristiwa yang aku tak boleh nak lupa lagi. Ada orang dapat peluang mencium hajarul aswad berkali-kali, ada orang sekali aje ( macam aku) dan ada orang tak dapat-dapat lagi menciumnya walaupun dah pergi ke Mekah berkali-kali. Ada orang yang dapat dgn cara yg amat mudah, ada orang dengan cara yg amat susah (sehingga ada yg terbuka auratnya) dan ada yg terkena dengan bayaran ( upah) yang berbagai kadarnya.
Ketika aku mengerjakan haji pada tahun 2000, aku termasuk dalam kumpulan yg bertolak diwaktu pertengahan. Ketika kami sampai di Madinah kemudian ke Mekah ,jemaah haji dari serata dunia sudah ramai berada di situ, jadi peluang untuk mencium hajarulaswad memang takde langsung. Aku tak berani nak berebut-rebut, berhimpit-himpit separuh mati demi mencium hajarul aswad ketika itu. Aku memasang azam, aku akan datang lagi ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan mencium hajarul aswad ketika itu (kerana sangkaan ku mesti orang tak ramai ketika itu).
Bila Allah menjemput ku untuk mengerjakan umrah ketika musim cuti sekolah Jun lalu, aku mula bermunajat dan bersolat hajat setiap hari, memohon padaNya, agar kami di anugerahkan umrah yg mabrur dan memudaklan bagi aku untuk mencium hajarul aswad. Bila sampai di Mekah, aku amat terkejut bila mendapati begitu ramai jemaah yg ada sehingga kelihatan seperti musim haji saja(kerana ketika itu tanah Arab, Turki dan Iran sedang cuti).
Hari pertama hingga hari ke 4, setiap kali selepas melakukan tawaf sunat, aku akan cuba menyusur dari Hijir Ismail ke penjuru Yamani.Bila sampai di situ jemaah lelaki sudah berderet panjang menunggu peluang untuk mencium hajarul aswad. Aku rasa kecewa sambil terus menyusur mengintai peluang.Tiba-tiba aku di hampiri seorang lelaki warga Indonesia, "Ibu mau cium hajrul aswad?" Dia mengulangnya berkali-kali, tapi aku terus membisu sambil terus berjalan. Aku tak berani kerana yg pertama suamiku tiada ketika itu untuk aku minta izinnya, yg ke 2 aku tidak bawa wang kerana aku tahu mereka ini adalah org yang kerjanya mengambil upah untuk sesiapa yg mahu mencium hajarul aswad dan upahnya tidak menentu kerana ada kawanku yg kena 100 riyal seorg dan ada yg kena 400 riyal.
Hari ke 5,setengah jam sebelum solat asar, suami telefon menyuruh aku ke penjuru hajarul aswad kerana ada sekumpulan jemaah perempuan sedang berebut-rebut mencium hajarul aswad. Aku masuk dalam kumpulan itu, mereka bertolak-tolak, berhimpit-himpit sehingga sesak rasa aku nak bernafas. Antara aku dan hajarul aswad ketika itu dipisahkan oleh 3 lagi jemaah perempuan apabila pengawal keselamatan masjidil haram meneriakkan "solah" beberapa kali ( kerana waktu asar sudah hampir dan anytime azan akan dilaungkan).Jemaah wanita tidak dibenarkan berada atau solat disitu. Aku pun bubar dengan rasa kecewa yg amat sangat sehingga menitis air mata. Ketika solat asar aku masih lagi menangis, dan selepas itu aku terus mengerjakan solat sunat taubat dan solat sunat hajat dalam tangisan, aku mohon padaNya agar aku di beri peluang untuk mencium hajaraul aswad walaupun sekali saja....
Aku turun semula ke dataran kaabah dan melakukan tawaf sunat, round yg pertama dan ke 2, pusinganku di belakang makam Ibrahim, pusingan ke3 , ke 4 di depan makam Ibrahim. Aku makin masuk kedalam bulatan tawaf, sehingga mengelilingi bahagian luar hijir Ismail sehingga pusingan yg ke 7. Sesudah lengkap tawaf sunat aku terus menyusur dan masuk ke dalam hijir Ismail untuk solat sunat 2 rakaat dan aku mohon lagi pada Nya untuk mencium hajarul aswad.
Keluar dari Hijir Ismail, aku menyusur dari penjuru Syam ke penjuru Yamani, di Penjuru Yamani, ada 3 orang jemaah wanita( yang kelihatan seperti jemaah dari utara India, atau pakistan atau afghanistan) yang saling berpegangan seperti tali dan tiba-tiba yg ke 3 itu menarik hujung telekungku, masuk dalam jujukannya. Aku membiarkan saja dan mengikut saja kemana mereka membawa aku.Kemudian aku dapati aku betul-betul berada di hadapan hajarul aswad dan ada seorang jemaah malaysia yg memisahkan aku dengan hajarul aswad itu. Selepas dia mencium hajrul aswad, giliranku pula untuk mencium hajarul aswad.Aku mencari-cari 3 jemaah wanita yg menarik telekung ku tadi tapi tak kelihatan, aku terpaku sebentar di depan hajarul aswad, sebelum menyapu nya dengan tanganku. Aku cuba mengucupnya hanya hidungku yg tercecah sedikit kerana kedudukan nya yg ke dalam dan tingginya melebihi paras dada aku ( aku ni rendah) Aku cuba melonjak sedikit, hanya hujung bibirku terkena sedikit, dan lagi sekali pun sama jugak....aku redha...dan puas, Allah telah memakbulkan doaku. Aku nak beredar, baru ku sedar di belakang ku jemaah wanita Turki dan Iran saling berebut dan bertolak-tolakan .Aku tak dapat keluar, terkepit, aku mengangkat sebelah tanganku dan menjerit "ana ukhruj!!" Aku hentam saja bahasa arab tu, tapi mereka faham kot...seorg jemaah wanita turki menarik tanganku hingga aku terkeluar dari himpitan itu...alhamdulillah, dan alanglah terperanjatnya aku kerana di depanku waktu itu lapang (multazam dan pancur emas ini adalah tempat yg direbuti untuk bersolat) Aku pun tak berlengah lagi mengerjakan solat sunat syukur di situ...
Dan selepas itu, hari hari berikutnya, bila aku menyusuri kaabah selepas tawaf sunat atau tawaf umrah, aku dapati manusia semakin ramai dan penuh dan rasanya aku tidak akan dapat lagi peluang seperti yg telah aku perolehi itu. Hingga kini aku masih musykil, siapakah mereka yg menarik telekongku hingga ke hajarul aswad, dan kenapa dia tak kelihatan lagi bila aku sudah sampai di situ.....

3 comments:

hafizah said...

Salam Pati. Terharunye saya baca citer awak tu. Macam terasa saya ada bersama awak tika tu. Saya rasa Allah makbulkan doa awak dan menghantar para "pembantuNya" memudahkan awak.
Kadang2 kita dengar citer seperti ni dari org yg tak dikenali, kita fikir "Ya ke??". Tapi datang dari awak, memang Allah itu Maha Mengasihani..

Aku Pengail said...

Doa yang termakbul.. umpama bak kata pepatah kedai kopi..'doa kita disana dibayar on the spot'

fati said...

Haah lah Bar, ada lagi satu, selalunya ku letak kasut sekali dgn selipar abg rosly dalam 1 beg plastik, tapi lepas asar bila aku nak keluar minum kopi, beg kami tu dah di buka dan kasut aku takde dalam beg plastik, tinggal selipar abg rosly aje, puas aku dgn abg rosly cari keliling takde. So aku keluar dari masjid pakai stokin aje, pi beli selipar lain dgn abg rosly. Lepas minum masuk balik semula ke dalam masjidilharam, aku buat solat taubat dan sunat hajat, minta org yg terambik kasut aku tu pulangkan sebab tu kasut croc yg abg rosly bagi as birthday present, aku sayang lah, kalau beli sendiri, mungkin tak ralat sangat. Lepas isya' bila aku nak keluar dari masjidil haram, abg rosly kata dia dah jumpa kasut croc aku tu...elok je org tu letak, tapi tempatnya mmg jauh dari tempat yg kami selalu letak kasut kami....syukur tak terhingga aku! (abg rosly bisik kat aku, ti buat solat hajat ke? aku angguk aje...)