keluargaku

keluargaku

Thursday, February 10, 2011

Kak Pah

Macam mana aku nak terangkan hubungan kami berdua ni....sepupu? mak sedara? adikberadik?
Kami berdua memang rapat . Dia anak tunggal, aku anak perempuan tunggal dlm keluarga ibuku. Usianya sebaya dengan abang, bersekolah sekelas dengan abang sampai darjah enam. Kami selalu bermain bersama-sama.Nasibnya cerah, dapat sambung belajar ke SIGS ( masa tu kalau dapat tawaran belajar keluar daerah , dah kira gah!) Tapi kami tetap rapat. Bila aku masuk SMSJ, aku akan tetap bermalam di rumahnya untuk semalam dua ketika cuti penggal persekolahan. Aku dianggap macam anak ibubapanya. Wang duit dan makanan tidak berkira. Dia pandai mengaji berlagu, berzanji, marhaban, itu semua makanannya.
Bila dia kawin, aku sama sebok dengan dia buat persiapan. Masa tu aku kat maktab. Bila aku kawin pulak, dia sekeluarga menjadi orang paling penting yang tolong menguruskan perkahwinan aku berjalan lancar. Kami dikurniakan anak sulung perempuan, anaknya tua setahun dari anak aku.
Bila suaminya meninggal kerana kemalangan jalan raya, aku yang menangis macam nak gila. Walaupun kami tinggal berjauhan, kalau aku balik kampung, aku wajibkan diri aku sekeluarga menjengahnya. Bila dia bersuami semula selepas lebih sepuluh tahun menjanda, aku orang yang paling gembira. Dan anaknya yg kedua ini sebanya dengan anak ku yg ke empat.
Tahun lepas aku dikejutkan dengan berita yang dia diserang kanser usus oleh anak tirinya. Aku terpaku kerana kanser itu sudah berada di tahap 4. Aku bergegas balik dengan bas untuk menjengoknya, tinggalkan suami dan anak2 kerana mereka ada hal. Aku menemaninya dihospital JB semalaman. Dia kena buat kimoterapi.....
Raya Cina baru lepas aku balik ke kampung dan menjengoknya. Dia buat kenduri kesyukuran untuk anaknya yg kedua kerana mendapat 7A 1B dlm PMR lepas. Dia ceritakan yg sesi kimonya tidak berkesan, dan kena buat radioterapi pulak lepas raya cina nanti.... dan yang buat aku tak tahan menangis ialah setelah membaca draf sajaknya yang akan disiarkan di majalah pelajar bulan April ini nanti......