keluargaku

keluargaku

Friday, July 10, 2009

Terdiam

Hujung minggu ni semua anak aku balik rumah.....yahoo! Seronoknya!
Tadi aku masak sayur lemak kobis, ikan masin + sambal belacan, asam pedas ikan pecah periuk, telur goreng dadar dan ulam timun. Kedua-kedua set makan ni menjadi kesukaan anak-anak aku...tapi yang seronoknya, bila depan meja makan depa terdiam kejap, tak tau nak makan yang mana satu sebab dua-dua set depa suka...last-last wan kata kita makan masak lemak dgn ikan masin dulu, lepas tu basuh pinggan , cedok nasi lain, makan asam pedas dgn telur goreng pulak....aku cuma geleng kepala aje tengok telatah anak-anak aku makan, macam tak pernah jumpa nasi seminggu je gaya nya.....hehehe

8 comments:

Kembara Kelana said...

wah ada lagu jugak blog kau fati...kau buang verification bawah ni jadi bila orang nak ngomen senang..cara buangnya kau pergi kat setting, comment dan kau cari kat situ...ni setiap kali aku nak ngomen..kena jadi OKU

Kembara Kelana said...

lain kali jangan masak banyak sangat...lauk kan ada bergunya mah, kalau lemak bergu dengan pedas, kalau ikan kerinf bergu ulam, kalau sop bergu telur dadar...kau masak dua bergu..maka akan ada pertandinganlah fatie

mohdkhirmatnor said...

Salam,
Bertuah kau Fati. Hujung minggu ni dapat kumpul anak beranak.
Kami bertiga je.Semalam ke asrama Hafiz (kat rumah) tengok report card. Ada sekali even motivasi oleh adek Siti Nur Madihah yg dapat 21ASPM tahun lepas.
Dapat kata kunci:
1.Hablum minallah, hablum minannas,
2.Faham dulu baru hafal,
3.Diri sendiri bukan orang lain,orang lain cuma bantu.
4.Makanlah dari sumber yg halal.
Semoga Hafiz berjaya dunia dan akhirat.

Member Hj Md Sirat said...

Fati,
Ikan Pecah Periuk..pandai kau sebut ye..
Macam jolok aku utk komen je..
Ikan Pecah Periuk nama lain adalah Siakap Batu. Ikan pipih dan agak comot putih kehitaman. Ikan sisik. Dia berkumpulan. Group dia ni ikut tunggul nipah hanyut. Kalau terjumpa tunggul nipah hanyut biasanya dia ada. Selagi ikan yang dipancing tak rabut (lucut dalam air) semua ikan yang ada boleh dipancing habis! kalau 20 ekor pun semua akan habis dipancing.
Sekarang musim angin. Aku tak turun laut.

fati said...

Sop, lagu tu Wan yg masukkan, aku jealous tengok blog kau ada lagu...hehehe
Khir...hari ni dah sunyi balik ...huhuhu, nak masak pun takde mood!
Kalau tak masak, kesian kat pakwe aku tu pulak...
Bar, aku bukan tau nama ikan, tau makan aje...abg Rosly sebut ikan pecah periuk, aku gelakkan! Bunyi funny, aku tanya, awat...kalau masak dia dlm periuk, periuk kita pecah ke? Abg Rosly ketuk kepala aku....loyar burok katanya...hehehe

mrs jannuri said...

Buntang mata nampak nama ikan pecah periok. Dekat nak pencen ni barulah ini kita tahu. Ingat nak tanya mujur penghulu/bomoh ikan dah explain..

Masaklah apa pakwe awak nak makan Fati, ikut slera diorang ajelah, kita tumpang makan sama.

Wak pun kalau kita tanya susah sangat nak jawap, tu yang kena makan goreng pisang untuk makan malam.

fati said...

Sal, dah tua-tua ni jgn bagi wak makan pisang banyak sangat, nnt kolestrol tinggi dan tak berapa baik utk jantung, bagi dia makan tempe je kalau dia senyap tak mau cakap nak makan apa....hehehehe

Member Hj Md Sirat said...

Wak Jan, Wak Jan..nasib kau la kawan aku tu..makan pisang je malam-malam... ssseeddihhnya aku uhuh..

Sal, kalau mak dia tau...

Ikan Pecah Periok tu memang ada Sal. Agaknya sebab warna hitam tu la sebab dinamakan Pecah Periok.
Nama jawa utk ikan tu,aku tak tau!