keluargaku

keluargaku

Friday, October 2, 2009

Kuih Raya

kuih biskut cornflake madu
biskut mama carrie
( yang ni satu rumah suka!)

Bila hari raya kita takkan boleh tinggalkan kuih raya, baik yang moden ataupun yang tradisional. Masa kita kecik-kecik dulu, kuih-kuih raya ni kita hanya jumpa masa hari raya saja, macam kuih tat, kuih samprit, kuih bangkit dan beberapa jenis lagi. Tapi sekarang ni, kita boleh dapati kuih raya walaupun bukan pada musim raya, yang dijual dimerata pasaraya seperti kuih bangkit, bahulu, biskut kacang mazola, kuih suji dll.
Sekarang ni dah ada pelbagai jenis kuih raya, naik berpinar mata bila melihatnya, rambang mata tak tahu nak memilih, nampak semuanya sedap. Tapi dalam banyak-banyak kuihraya tu yang jadi kegemaran kami anak beranak hanyalah ada beberapa jenis saja, terutamnya suami aku ni. Aku selalu menggelarnya dengan panggilan 'lelaki melayu terakhir' kerana seleranya hanya pada kuih-kuih tradisional saja, terutamanya kuih bahulu ( itupun jika bahulu itu dibuat dari telur ayam kampung saja), kuih karas, kuih putu beras dan beberapa jenis kuih lama sebelah utara. Kuih moden ni dia tak pandang sebelah mata pun. Kekadang rasa sedih jugak, aku buat kuih raya penat-penat, dia tak jamah sikit pun!
Tapi tahun ni berlainan sikit, anak-anak aku minta aku buatkan biskut 'cornflake madu'. Bila anak-anak aku pakat giler makan biskut tu, aku tengok dia pun ambiklah satu....tut, tut lepas tu, dia yg dok bawa pelari balang biskut cornflake tu...... hari ni aku kena pi beli lagi cornflake dan butter...sebab biskut tu dah tinggal buntut balang aje!

5 comments:

bong said...

Salam Fati.
Selera orang lama kalau kena pada tekak memang macam tu.
Kuih kau 3pcs mengingatkan aku citer En Jamil Bagio.
Mama carrie jangan jadi mama cry tau

pakroslan said...

Salam Fatimah,
aku tetap dgn kueh tat nenas. Masalahnya selalu tinggal tat aja pasal nenasnya anak aku dah kopek. Tahun ni bini aku beli kueh tat tapi jenis gulung. Jadi anak aku tak boleh kopek.. Dah tua2 pun masih berebut nenas lg.

fati said...

Pakroslan, kau pi beraya rumah Usop kat Rompin, bini dia buat tat nenas sedap! Masuk mulut terus 'melt' pastri tat nenas tu....

pakroslan said...

Salam,
insya Allah aku raya nanti bila dah siap puasa.

Aku Pengail said...

Kau mana Fati..senyap je..Semua ok ke?