keluargaku

keluargaku

Tuesday, July 28, 2009

Bulan Sya'ban

Bila masuk bulan Sya'ban ramai yg buat puasa sunat. Ada yang dah mula dari bulan Rejab pun. Yang aku ni dok bayar puasa nazar yang tak habis-habis dari bulan rejab . Apa taknya, tiap kali anak-anak periksa, aku yg bernazar nak puasa macam nak rak. Bila dah anak-anak capai seperti yang aku nazarkan....kena lah bayar ye..... Bila puasa dari hari Isnin sampai khamis, dapat lah 2 in 1 sekali, bila masuk pulak bulan rejab dan sya'ban ni....paut sekali 3 in 1 bila kena hari isnin dan khamis.... tak aci kan!!
Bila masuk bulan Sya'ban ni juga aku dah start buat baju raya untuk anak-anak...ni macam nak patah pinggang dok membongkok , menggunting baju depa ( baju aku sekali jugak!) Dalam bulan Ramadan nanti boleh lah sebok buat benda lain pulak, tak payah nak pening mikir pasal baju yg belum berjahit..... kebetulan pulak tahun ni kena mikir banyak benda...kerana bulan Dec pun makin menghampiri...oh Tuhan, berikan aku kekuatan....

11 comments:

kembara kelana said...

fatie fatie fatie...
aku bukan nak ngajo kau, tapi kau jangan suka hidup dalam nazar bahaya...hukumnya wajib, kalau ditakdirkan kau...[ maaf yer bukan bermaksud demikian ]....secara mengejut, hutangkau pada tuhan tu anak anak kau tak tau...tak ke tergantung nanti fatie..kau nazarlah beri sedekah beras pada orang miskin ke, sedekah makan kat surau ke..kan senang...pas tu kau jugak tamak, wajib kau bayar, kau nak sunat jugak, fekah mungkin beri kau lampu hijau, tapi sudut tasauf? tapi kau ustazahkan...kau fikirlah sendiri...aku ni taklah pandai sangat...jangan marah fatie., namun aku sebagai kawan kau, aku ingatkan jer

fati said...

Sop, tulah, aku tengah pulun bagi perabis lah ni sebelum ramadhan ni menjelma...ada 7 hari lagi ni. Aku selalunya buat yg nazar bukan isnin dan kamis, tapi kalau buat gak, selalunya aku niat yg nazar dulu, yg sunat tu terpulang kat Allah...
Anak-anak tau nazar aku, suami pun tau...itu nazar yg aku mampu buat sendiri ( tak melibatkan orang lain). Kalau nak sedekah, aku tak tau nak cari kat mana (lagi2 kat TG Malim ni), dah tu nak ajak cik abang tu pulak pi ...alamak susahnya bila involve org lain ni...sbb tu aku suka puasa aje... hehehe aku tak pandai mana Sop, belajar sikit2 je, kekadang tu lupa pulak...terima kasih Sop ingatkan aku..

hafizah said...

Awak puasa nazar Ti, Ha puasa bayar pun baru abis last week. Susah org kuat makan macam saya ni, liat betul nak puasa. Lagi2 waktu semua org lain tak puasa, banyak dugaan...
Rajinnye awak jahit baju!! Tahun ni saya nasib baik dapat beli baju melayu boys kat Jln Tunku Abd Rahman, KL. Dapat harga RM 30/- aje sepasang!!Kalau kat Shah Alam, dah besar Adam tu, mau 60 ke 70/-. Dapatlah beli sorang tiga pasang. Saya kene beli lebih sebab dia org pakai baju Melayu pegi sekolah Agama.(Tak de seragam)
Pati, kenapa awak tak beli baju siap aje? Awak kan boleh dapat murah sikit, size kanak2... hehehe jgn mare...Puasakan?

fati said...

Ha tau, anak2 pompuan ni bukan boleh sepasang sorang, paling sikit 2 pasang...hehehe, yg Fati jahit ni yg dia orang nak jugak mak dia jahitkan, kalau yg beli, ada macam2 komen...
Kalau kat Tg Malim ni, baju yg dah siap, paling murah pun RM49... dah tu kainnya,budak2 ni tak berkenan...
Nak pi Jalan T Abd Rahman, bukan senang orang nak lepaskan kita Ha..

kembara kelana said...

fatie, ha...tu dah memang kerja kau orang pasal baju raya...aku? suruh si zai beli, aku beri duit, kalau anak anak nangis tak ada baju raya, mak dia tanggung, aku diam jer..tak campur. baju aku jangan beli. aku suka pakai apa yang aku suka...biasanya baju lama yang aku suka pakai, asalkan bersih.

posa ni ibarat perang uhud. kuih, baju raya, ketupat, rendang..macam harta rampasan perang...aftie kau jangan jadi tentera berpanah diatas bukit uhud...ingat tu., kecuh kecuh, solat raya kau tuang..maka kau gagal tahun tu...sekali lagi, aku sebagai kawan, ingatkan saja, solat sunat tu untuk muslimin dan muslimat bukan muslimat duduk rumah jaga harta rampasan perang...

fati said...

Sop, selalunya hariraya pertama kami beraya di Perlis. Masyarakat di sini mengutamakan solat raya ( kalau belah Johor aku rasa tak kesah sangat). So, pagi2 raya tu selalunya mmg berebut mandi sunat raya dan berkejar ke masjid sebab nak solat sunat raya....alhamdulillah aku kawin dgn orang belah utara...sebab sblm aku kawin dgn dia ,aku mmg tak pernah pergi solat sunat raya.... tiada penekanan untuk org perempuan kot kalau belah sini....

hafizah said...

Salam Usop, betul awak tulis tu. Sebab tu sejak kebelakangan ni, ramai dah sedar bulan Ramadan tu bulan mulia. Tak nak lepaskan afdalnya tambah amalan2,jadi persiapan utk raya di buat awal. Nanti ramadan bolehlah bertadarus ke, solat tasbih ke dll. Baju raya tu tetap perlu juga. Setahun sekali, dan anak2 saya nanti akan pakai sepanjang tahun utk ke sekolah. Jadi tiada pembaziran. Babah dia, sama macam awak. Baju melayu yg dia ada tu pun saya yg usahakan. Susah pulak tu, kainnye mesti cotton dan warnanya very limited. Jadi tahun ni pun tak buat kot. Saya pun rasanye pakai baju lama. Baju 10-15 tahun masih boleh pakai. Apa susah.

pakroslan said...

Salam Fatimah,
sapa kata kau untung kawin dgn orang utara? Kau silap. Suami kau tu mana ada bibir dan punggung. Dia cuma ada bibiaque dan pungkoque tapi itu pun dah lepiaque.

fati said...

Hahahaha...aku teringin nak dengar Pak Roslan ni pronounce kan bibiaque, punggoque dan lepiaqeu ni. Walau pun aku dah lama kawin dgn org utara ni tapi aku selalu kena gelakkan dengan depa bila cuba pronounce macam depa ...selalu tak menjadi...adik ipar aku kata bunyi macam orang siam je.....

kembara kelana said...

fatie
aku dah tengok abg rosli, roslan belum tengok...eh..aku tengok pungkuk dia elok jer...tak lepeaq pun...hahahahaha.

fati said...

Bar, kalau muscle aku naik, kang abg Rosly tak syok pulak nak pegang aku, sama keras macam dia aje....