keluargaku

keluargaku

Monday, August 31, 2009

Lamanya......

Hari ni anak-anak yg bersekolah mula ke sekolah semula. Sebelum subuh tadi hujan turun lebat sungguh. Aku suruh ein tidur dulu lepas solat subuh, pukul 7 baru aku nak kejutkan dia ke sekolah. Tapi hujan tak reda-reda, malah makin lebat...jalan depan dan tepi rumah dah di limpahi air...macam banjir je. Ayah ein kata, takpelah, ein sambung cuti jelah hari ni .... wah terkejut aku! ( agaknya dia malas nak meredah hujan hantar ein ke sekolah...hehehehe)
Seminggu lebih blog ni tak dikemaskini..... tiba rumah dari Perlis hari sabtu petang, anak-anak kat KL semua serbu balik rumah, sibuk dengan dia orang yang nak makan macam-macam untuk berbuka puasa. Hari ahad pulak adik ipar sekeluarga datang berbuka di rumah, macam kenduri kecil la pulak.... Pagi tadi lepas sahur anak yang dari KL semua bertolak pulang....., baru lah boleh nak mengadap komputer ni dengan aman....

Sunday, August 23, 2009

Cuti-cuti Malaysia....

Nampaknya lepas ni sampai hari Sabtu nanti aku tak dapat jengok blog lagi sebab petang ni kami akan bertolak ke Penang , suami kena viva student USM esok. Hari rabu pulak dia ada appointment dengan company yg nak buat alat kat Sg Petani. Lepas tu kami akan bertolak balik ke Perlis intuk menjengok orang tua di kampung hingga Jumaat atau Sabtu. Tapi anak-anak yang kat sini dah cakap Sabtu ni depa nak balik rumah sebab hari Isnin cuti 31 Ogos....
Nampaknya minggu pertama puasa ni, aku tak lekat kat rumah, suami ajak kenalah ikut ( kebetulan cuti sekolah pulak tu). Kalau ikutkan hati seronok lagi duduk rumah, nak buat amal ibadat pun lebih selesa...tapi, tak pelah, cuba-cubalah juga buat takat yang termampu.....So, Sabtu nanti inyaAllah kita jumpa semula...

Thursday, August 20, 2009

Selamat

Esok 22 Ogos kita semua mula berpuasa, so SELAMAT BERPUASA!
Dan anak-anak kita pun mula cuti sekolah selama seminggu, so SELAMAT BERCUTI kepada anak-anak yang bersekolah dan cikgu-cikgu kecuali cikgu Besar.....dan orang macam aku, mana ada cuti...... hehehehe

Sunday, August 16, 2009

Iqah

Hari Khamis pukul lebih kurang pukul 4.30, tengah aku bersembang dengan Usop di telefon rumah, hp aku berdering. Ana yang angkat ( dia pulang ke rumah kerana kuliahnya diUKM dibatalkan kerana ramai student yg terlibat dengan konvo di pelbagai universiti) Terpacul di mulut Ana " mak Iqah demam". Aku terus minta maaf dengan usop kerana terpaksa berhenti bercakap dengannya dan terus meletak ganggang telefon rumah, dengan segera mencapai hp ditangan ana.
"Mak doktor suruh Iqah balik rumah, suhu badan Iqah 39^C", tersentap rasa jantung ku. Aku mencapai tudung sambil mengajak ana pergi ke SMKA Slim River, untuk mengambil Iqah pulang. Sempat aku mencapai 2 keping penutup mulut yg masih berbaki di rumah untuk dibawa bersama ke sekolah Iqah.
Aku menyuruh ana drive sebab aku masih terasa gabra lagi lepas kemalangan hari tu. Satu-satu ujian Allah turunkan untuk aku.... moga-moga dengan ujian-ujian Allah ini, dijadikan sebagai kifarah terhadap apa jua dosa aku terhadap Nya, baik yang aku sedari atau tidak sedari...
Sesampai di rumah, ayahnya juga baru balik dari UPSI, dia tak terima sms aku. Bila aku terangkan keadaan Iqah, dia bergegas keluar dengan motor, tak lama kemudian dia pulang dengan satu beg plastik epal hijau, limau sunkist, air epal, air fresh orange dan jintan manis. Iqah di kuarintin kan di satu bilik, hanya aku yg masuk menjengok, menghantar makanan dan menyukat suhunya. Ayahnya suruh makan 6 biji epal hijau sehari dan minum fresh orange juice. Kami yg sihat ni kena minum air rebusan jintan manis, satu kali sehari ( katanya untuk prevention)...
Hari ini Isnin, demam iqah sudah berkurang, hanya tinggal batuk-batuk dan sakit tekak. Alhamdulillah...aku memanjat syukur kepada Allah dan aku bernazar lagi untuk iqah sembuh sepenuhnya... mudahan-mudahan dia hanya kena demam biasa-biasa saje...

Monday, August 10, 2009

Azida

Hari Ahad 9 Ogos.....Azida singgah rumah aku. Dia dalam perjalanan balik ke rumahnya setelah berada di INSTUN selama 4 hari. Aku ajak dia makan tengahhari di rumah. Dia datang dengan 2 kawan perempuannya yg lain.
Aku cakap kat dia member kita asyik tanya kenapa dia senyap je sejak-sejak akhir-akhir ni, tak komen pun dalam blog...dia kata dia sebok sungguh, sampai nak jengok blog pun tak sempat...apalagi nak buat komen. Dia akan berulang alik ke INSTUN ni sampai 20 Ogos nanti...., kesian tengokkan dia...gitulah kalau dah pangkat tinggi-tinggi ye....

Sunday, August 9, 2009

Kemalangan

Minggu ni aku rasa paling tak seronok walaupun week end ni 4 daripada 5 anak-anak aku ada di rumah. Sebabnya...aku terlibat dengan kemalangan kecil pada hari khamis tu...
Hari khamis 6 Ogos, aku puasa, seperti biasa aku ambik Ein balik dari sekolah agama, kemudian singgah di gerai soto untuk beli soto buat berbuka puasa kerana aku suka berbuka dengan makanan yg berkuah. Dah tu singgah pulak 7 eleven , Ein ni nak beli gula-gula...jam dah menunjuk pukul 6.20 ptg, aku teringat Ein belum solat asar, pederas kereta sikit, nak cepat sampai rumah. Masa selekoh nak masuk ke Taman Segar, boleh tak perasan ada motor di sebelah kiri nak terus...apalagi... ya Allah ! aku rasa dunia aku berhenti sekejap...depan mata aku motor tu jatuh..ada isteri dan anak kecil di raga depan. Ayahnya merangkul anaknya....mak! aku terpaku...lutut aku rasa macam jelly...bila beberapa orang berhenti untuk menolong mereka, aku mencapai hp dan called suami. Aku cuba keluar kereta, minta mereka ke hospital...aku lihat anak kecilnya berdarah...aku betul-betul risau. Ada kereta waja yg membawa ibu dan anak ke hospital Tg Malim...aku menyusur mengikuti mereka perlahan-lahan...aku rasa kereta aku lain macam je...
Sampai di Hospital, suami pun sampai sama, aku terus ke bahagian kecemasan, duduk di kerusi yg kosong di situ. Suami bertanya sesuatu ...aku pakai jawab aje...aku tak fokas. Bila ibu dan baby tu keluar, baru aku lega sikit, bibir baby tu bengkak, ibunya berdarah di kaki dan lutut, ayahnya calar balar sana sikit sini sikit...aku minta maaf dengan mereka, aku betul-betul tak perasan...aku bayar harga kos rawatan mereka kerana mereka bukan warga Malaysia tapi orang Patani yg mencari rezeki di sini. Suami pergi melihat motor mereka dan bawa motor mereka ke bengkel untuk di baiki, manakala aku menghantar pulang isteri dan baby yang masih merengek kerana kesakitan...hatiku luluh melihat baby tu, kalau boleh di transfer kesakitannya kepadaku, aku rela menerimanya....
Pulang ke rumah....aku hanya mampu menelan sup soto saja ketika berbuka puasa, tekak ku terasa sempit, rasa lutut ku masih lemah...selepas solat maghrib aku buat solat syukur kerana penumpang motor itu tidak cedera parah ...tapi hingga ke hari ini aku masih rasa tersentak setiap kali terbayangkan kemalangan itu... kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi....

Monday, August 3, 2009

Balik Kampung

Hari Sabtu 1 Ogos, kami mengambil keputusan untuk balik sekejap ke Perlis menjengok orang tua yang tak berapa sihat. Kebetulan UPSI ditutup seminggu sebab studentnya ada yang di suspect kena H1N1.
Kami balik 3 beranak saja kerana kebetulan weekend ni anak-anak lain tak pulang ke rumah. Sepanjang jalan hujan turun, kadang-kadang lebat kadang-kadang gerimis. Kami tidak singgah mana-mana, terus saja ke rumah orang tua di Sg Baru Perlis.
Hari Isnin petang lebih kurang pukul 7, baru kami bertolak balik ke Tg Malim, tapi sampai di Sg Petani kami singgah kejap di rumah adik, bertanya khabar dan solat siap-siap, sebelum kami mula bergerak pulang ke Tg Malim pukul 11 mlm. Kami tiba di rumah hampir jam 3 pagi.
Bila kemas kereta pagi ni, antara barang yg kami bawak balik dari Perlis ialah telur ayam kampung, kelapa wangi muda, ikan talang kering, toto 2 beg, periuk besar, bekas air basuh tangan dan ada dua tiga barang lagi...sekali imbas macam orang siam mai meniaga kat nat aje...( nat tu macam pasar lambak kita lah...). Sebelumnya, masa sampai pukul 3 pagi tu, kami dah bawak masuk kerumah siap2 satu bekas yg mengandungi ikan senangin dan tenggiri fresh. Pakwe ni beli senangin sampai 4 kilo, belum kena ais lagi, baru tarik dari pukat, beli direct dari bot! Mesti Mimbar jealous kalau tengok ikan ni, 1 kilo RM 4 je....