Selesai solat subuh seperti biasa zikir kejap, sementara tunggu anak dara kecik tu mandi untuk ke sekolah. Tiba-tiba aku rasa mata aku berpinar-pinar, gelap sekejap dan dahi mula memercikkan peluh. Terpaku aku sekejap. Perlahan-lahan aku meneruskan zikir sambil menahan mual dan pening.
Bila anak dah selesai mandi kami turun kebawah untuk aku buat sarapan dan anak dara tu pakai baju untuk ke sekolah. Ayah dia baru balik dari surau. Aku buat kerja dengan senyap sebab kepala berdenyut-denyut.
Aku beritau pakwe tu yang aku pening, so dia kata takpelah dia drive anak ke sekolah.
Bila balik dari hantar anak, aku baring je di kusyen...rasa pening lagi. Pakwe pulak bersiap untuk ke rja. Dia hanya minta aku buatkan air neslo...aku bangun dan buatkan. Lepas tu aku baring lagi, kepala berdenyut-denyut.
Pakwe bersarapan sesorang...selalunya kami bersarapan bersama. Dah siap semua, dia pamit untuk ke tempat kerja..Aku gagahkan diri menghantarnya ke muka pintu.
Aku baring semula di kusyen, mata tak mau pejam, tapi kepala masih rasa berat. Tak boleh jadi ni, aku gagah kan diri bangun, buat nescafee O panas. Bakar roti dan sapu butter dan sekaya tebal-tebal lalu aku makan. Aku ambil pula 3 biji pisang mas, dan makan. Baru aku rasa kuat sikit. Aku telan panadol jugak...Aku terus selesaikan urusan rumah tangga dengan perlahan-lahan.
Selesai hantar anak ke sekolah agama di sebelah petang, aku tidak terus pulang ke rumah. Aku singgah di salon rambut. Aku suruh amoi tu cuci rambut aku. Yang sebenarnya aku nak dia urut kepala aku. Amoi ni memang aku suka untuk cuci rambut aku sebab dia bukan saja cuci rambut tapi dia akan urut kepala, tengkok, bahu dan bahagian belakang sekali hingga ke pinggang. Lega sungguh aku, kepala rasa ringan je bila amoi tu dah siap tugas nya.
Kalau nak suruh pakwe tu urut.... hmmmm makin pening jadinya!
4 comments:
jaga kesihatan & jaga diri ye akak... miss u
salam kenal, ibu..., senang lihat foto keluarga yang serba ungu .. :), salam happy selalu yaa..
Terima kasih Za...ingat awak dah lupa kat kita...
Terima kasih juga buat Waya Komala kerana sudi singgah di blog ini.
waduh...enakne rukun2
Post a Comment