keluargaku

keluargaku

Monday, January 19, 2009

Bubur Asyura

Hari sabtu 17 Januari, selain dari keriuhan pilihanraya kecil di Kuala Trengganu, kami sebuk dengan peristiwa keluarga yang melibatkan bapa mertua aku. Aku mendapat panggilan talipon dari suami yg menyuruh aku pulang segera ke rumah. Masa itu aku , along dan Ein berada di asrama Iqah, menghantar makanan , sedikit pakaian dan wang belanja Iqah. Kami terburu-buru pulang. Bila sampai di rumah, suami menyampaikan berita bahawa ayahnya telah kemalangan kecil,( jatuh dari motor dan terhumban ke dalam longkang). Kami pun berkemas dan bertolak dari Tg Malim sekitar 6. 45 petang.
Sepanjang perjalanan di dalam negeri Perak, hujan turun mencurah-curah, kekadang lebat sangat ( hingga tak nampak jalan). Kami tak berani memandu dgn laju lebih-lebih lagi bila teringat entri Norsyam pasal kemalangannya di Gua Tempurung tempoh hari. Lebih kurang pukul 10.30 malam baru kami tiba ke Sg Petani (adik Ipar bawa bapa mertua ke Sg Petani).
Keesokannya setelah sarapan, bapa mertua meminta kami membuat bubur asyura, memandangkan kami dah berkumpul ramai di rumah adik ipar. Aku membantu mana yg patut. Di sebabkan aku ni orang Johor, aku memerhatikan saja cara mereka memasak bubur asyura. Bubur asyura sebelah utara berasa manis . Mulanya, santan dan tepung beras dikacau dalam kuali ( macam nak buat dodol ), sampai pekat, kemudian di masukkanlah, semua jenis kekacang yg telah di rebus terlebih dahulu seperti kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, ubi keledek, pisang, durian, jagung, daun pandan, dan gulapasir. Kemudian di bubuh di dalam bekas, di sejukkan dan bolehkan di potong seerti bingka tepung.
Bubur asyura Johor pulak, rebus beras dgn air hingga kembang, masukkan santan. Dalam periuk lain tumis macam nak buat sup, masukkan ayam, kemudian udang, dan semua kekacang, kacang dal, kacang kuda, kacang merah, kacang pis, lobah merah, jagung dan kemudian tuang dalam periuk rebusan beras tadi. Kemudian taburlah dgn bawang goreng dan daun sup.....
Lihatlah perbezaan rasa dua bubur asyura ini.

9 comments:

kembara kelana said...

sedap nampak gayanya tu fatimah
16-18 aku ke upsi harap jumpa kau dan abag rosli nanti disana..

fati said...

welcome-welcome....Sop n family

Azida said...

Salam. Tahniah Usop... jangan lupa entrikan gambar2. Fati, jaga kawan kita tu baik2.. kasi dia makan cukup2 hehehe... sebab gendang gendut tali kecapi... kenyang perut senang hati.. hehehe

fati said...

Zida, aku cuak ni, orang rumah dia terror masak.... ( tengok perut usop la zida...hehehe)

kembara kelana said...

bila kau tengok perut aku fati, bila?? kau tengok perut abg rsli kau jer..kau jangan caya cakap dia azida

fati said...

Nanti sat, aku nak tengok gambar-gambar usop semula......
Ha...betul la....cuma perut dia kecik sikit dari abg Rosly....hahahaha, jgn marah Sop, gurau aje....

Tapikan wak member, bubur asyura belah tengah aku tak pasti lagi yg mana satu. Kelmarin anak aku yg sekolah agama kat Selangor tu bawak balik bubur asyura dari sekolahnya, rasa macam kari dal aje, tapi ada macam-macam kekacanglah dalam tu termasuk kentang....lain juga ye!

kembara kelana said...

dah 5 hari aku baca bubur ayura ni. bubur ni di buat kerana 10 muharam. tu sebab nama dia asyura dari perkataan arab asyara maknanya 10. jadi kau masak lain kali tepat pada harinya, jangan tangguh kalau kau masak pada hari ke 21 muharram kau kena bubuh bubur 21. ingat tu..hahahaha

kembara kelana said...

la...bubur lagi...jenuhlah aku makan bubur

fati said...

hahaaha, aku tak sempat lagilah Sop.
Tapi hari ni nasi ayam pulak....dah tak makan bubur dah...hehehe