keluargaku

keluargaku

Sunday, October 18, 2009

Hujung Minggu

Hari Jumaat tengahari, aku dapat panggilan daripada bakal besan yang memberitahu akan ke rumah kami pada pagi Sabtu untuk membincangkan beberapa perkara tentang perkahwinan anak kami berdua. Malamnya, adik aku sekeluarga sampai dari Johor, beraya ( deepavali?) di rumah kami....
Jadi sepagi hari Sabtu itu hingga ke zohor, aku sebuk melayan bakal besan ni. Adikku pulak baru pulang ke Johor malam tadi (Ahad). Kebetulan di Perak ni tengah musim durian, apalagi..... suamiku membeli beberapa biji durian untuk menjamu mereka. Dan klimaksnya bila suamiku meminta bakal menantunya mengopik durian......
Orang muda sekarang memang tak berapa cekap dalam bermain dengan kapak dan parang ( termasuk anak lelaki ku sendiri). Zaman telah berubah, semuanya semakin mudah, durian boleh dibeli tanpa perlu mengopik kulitnya di pasaraya, jadi skill untuk mengopik durian sudah tidak diperlukan lagi..... jadi terpaksalah 'lelaki melayu terakhir' menyudahkan kerja-kerja mengopik buah durian......

3 comments:

pakroslan said...

Salam Fatimah,
Itulah kelebihan abg rosli yg selalu makan telor ayam kampung..

fati said...

Hahaha...betul lah pakroslan! Tapi bakal menantunyalah yang terseksa kena test gitu....

hafizah said...

Ha'ah Pati. Kak Long kata yg beli dah siap kopek tu bukan DURIan. Itu buah 'yan' aje, DURInye dah tak ade.