keluargaku

keluargaku

Sunday, August 9, 2009

Kemalangan

Minggu ni aku rasa paling tak seronok walaupun week end ni 4 daripada 5 anak-anak aku ada di rumah. Sebabnya...aku terlibat dengan kemalangan kecil pada hari khamis tu...
Hari khamis 6 Ogos, aku puasa, seperti biasa aku ambik Ein balik dari sekolah agama, kemudian singgah di gerai soto untuk beli soto buat berbuka puasa kerana aku suka berbuka dengan makanan yg berkuah. Dah tu singgah pulak 7 eleven , Ein ni nak beli gula-gula...jam dah menunjuk pukul 6.20 ptg, aku teringat Ein belum solat asar, pederas kereta sikit, nak cepat sampai rumah. Masa selekoh nak masuk ke Taman Segar, boleh tak perasan ada motor di sebelah kiri nak terus...apalagi... ya Allah ! aku rasa dunia aku berhenti sekejap...depan mata aku motor tu jatuh..ada isteri dan anak kecil di raga depan. Ayahnya merangkul anaknya....mak! aku terpaku...lutut aku rasa macam jelly...bila beberapa orang berhenti untuk menolong mereka, aku mencapai hp dan called suami. Aku cuba keluar kereta, minta mereka ke hospital...aku lihat anak kecilnya berdarah...aku betul-betul risau. Ada kereta waja yg membawa ibu dan anak ke hospital Tg Malim...aku menyusur mengikuti mereka perlahan-lahan...aku rasa kereta aku lain macam je...
Sampai di Hospital, suami pun sampai sama, aku terus ke bahagian kecemasan, duduk di kerusi yg kosong di situ. Suami bertanya sesuatu ...aku pakai jawab aje...aku tak fokas. Bila ibu dan baby tu keluar, baru aku lega sikit, bibir baby tu bengkak, ibunya berdarah di kaki dan lutut, ayahnya calar balar sana sikit sini sikit...aku minta maaf dengan mereka, aku betul-betul tak perasan...aku bayar harga kos rawatan mereka kerana mereka bukan warga Malaysia tapi orang Patani yg mencari rezeki di sini. Suami pergi melihat motor mereka dan bawa motor mereka ke bengkel untuk di baiki, manakala aku menghantar pulang isteri dan baby yang masih merengek kerana kesakitan...hatiku luluh melihat baby tu, kalau boleh di transfer kesakitannya kepadaku, aku rela menerimanya....
Pulang ke rumah....aku hanya mampu menelan sup soto saja ketika berbuka puasa, tekak ku terasa sempit, rasa lutut ku masih lemah...selepas solat maghrib aku buat solat syukur kerana penumpang motor itu tidak cedera parah ...tapi hingga ke hari ini aku masih rasa tersentak setiap kali terbayangkan kemalangan itu... kadang-kadang terbawa-bawa dalam mimpi....

4 comments:

Aku Pengail said...

Beratnya ujian kau ni fati..Sedih kat baby tu..dan mak bapak dia..
Kau pulak puasa..
Yang pasti itu ujian untuk kau.. Sabar..!

mohdkhirmatnor said...

Dah tersurat dan tersirat pada ketika itu. Sabar ajelah.
Macam kata Member itu ujian.
Aku boleh bayangkan kepala lutut kau macamana goyangnya.

Kembara Kelana said...

fatie fatie fatie
Tanjung Malim, kalau tak hati hati memang kerap kemalangan. Masalahnya ialah sudent upsi saja 14 ribu orang dan kebanyakkannya bermotor..dari 7 eleven tu kau akan lalu dua tiga tempat bahaya, simpang 4, nak u turn lepas tu nak masuk taman kau...dalam taman kau tu pun dgn keta parking tengah jalanlah motorlah..dan sikit jer kau lepa...kau akan kena..

bila dah kena
terasa bersalah satu, abg rosli punya leter satu...trauma lepas aciden satu bab lagi...apa nak buat benda dah terjadi..aku pun malas nak nulis panjang takut nanti kau kata aku leter pulak..bila kau nulis dalam blog..kau dah luahkan perasan kau tu..

aku doakan kau ok, orang yang kena pun ok..apa kata kecek abg rosli keta kecik satu..viva baru senang nak handle..

fati said...

Betullah kau cakap tu Sop...cuma satu je, abg Rosly tak leter aku....
Agaknya dia lega aku dan ein tak apa-apa....cuma dia kata, nasib baik merc , kalau kereta lain mesti teruk aku .... kalau boleh dia nak bagi aku kereta kebal apa.....