keluargaku

keluargaku

Monday, August 31, 2009

Lamanya......

Hari ni anak-anak yg bersekolah mula ke sekolah semula. Sebelum subuh tadi hujan turun lebat sungguh. Aku suruh ein tidur dulu lepas solat subuh, pukul 7 baru aku nak kejutkan dia ke sekolah. Tapi hujan tak reda-reda, malah makin lebat...jalan depan dan tepi rumah dah di limpahi air...macam banjir je. Ayah ein kata, takpelah, ein sambung cuti jelah hari ni .... wah terkejut aku! ( agaknya dia malas nak meredah hujan hantar ein ke sekolah...hehehehe)
Seminggu lebih blog ni tak dikemaskini..... tiba rumah dari Perlis hari sabtu petang, anak-anak kat KL semua serbu balik rumah, sibuk dengan dia orang yang nak makan macam-macam untuk berbuka puasa. Hari ahad pulak adik ipar sekeluarga datang berbuka di rumah, macam kenduri kecil la pulak.... Pagi tadi lepas sahur anak yang dari KL semua bertolak pulang....., baru lah boleh nak mengadap komputer ni dengan aman....

5 comments:

Kembara Kelana said...

tie
aku antara pengunjung blog kau yang setia..kau ada entri ke, entri kau dah basi ke..aku tetap kunjung ke blog kau...sebab kita pun bukan orang lain..besankan...
kedua
kau link baru alamat blog aku tu..jemu aku nengok tajuk tu tak berubah ubah...kau klik kat tukul besi dan spana..kau delete link aku tu..lepas tu kau klik add..kau masukkan url aku yang baru...
ketiga
kau jangan lupa yang kita bincang tadi..nanti manalah tau...aku kalau datang rumah kau aku call, sebab aku nak makan nasi beriani kau tu...hahahaha..selamat bertrawikh

fati said...

Sop, Gambar baru nampak....tak boleh jadi ni, aku pun nak tukar gambar jugak lah hehehe

Aku Pengail said...

Banyak pelaburan kau Fati dalam bulan puasa..memberi orang berbuka puasa dapat pahala macam pahala orang yang berpuasa itu..Nasib kau la Fati..kalau yang puasa tu cam kau...banyak pahala tambahan kau dapat..tapi kalau yang puasa cam aku atau usop..sikit je kau dapat..nasib tak baik jadi negative!

Kalau tengok gambat si usop tu..dah boyak dia kan! dah kena potong ni...!

Kembara Kelana said...

wak
kau ni tak ngata aku tak sah..tapi aku tak kisah wak..kau tetap kawan aku, lagi pun sapa aku nakmharap masa projek batu pahat nanti...

pakroslan said...

Salam Fatimah,
rasanya kalau hujan lagi, kau call aja aku. InsyaAllah.. aku belikan anak kau payung.. kita pun bukan orang lain lg...