keluargaku

keluargaku
Showing posts with label catatan sejarah keluarga kami. Show all posts
Showing posts with label catatan sejarah keluarga kami. Show all posts

Wednesday, August 20, 2014

CUCU BARU

Alhamdulillah teman dikurniakan cucu yang ke dua Muhammad Zharif Amsyar pada 4Julai lepas, jam 11.59 tengahari jumaat dengan berat 2.5 kg. Cucu yang ini adalah anak along yang pertama setelah hampir 5 tahun berkahwin.
Jadi teman dah ada sepasang cucu..... anak Ana baby girl dan anak along baby boy.
Syukur Alhamdulillah ya Allah di atas kurniaan Mu.....

sepasang cucu teman

selepas dicukur rambut Zharif

Monday, June 16, 2014

Berubah Wajah

Rumah pusaka tinggalan nenek aku kini sudah berubah wajah
Aku rasa lega sangat bila proses membaiki dan renovation nya sudah selesai sebelum menjelang bulan puasa
Orang yang paling gembira dan ceria ialah mak aku
Hari raya nanti dia berumah baru 
Aku terbayang-bayang wajah nenek aku di muka pintu yang tersenyum manis melambaikan tangannya pada aku...... macam masa dulu-dulu ( rasa sayu sangat sebab dia tidak dapat menikmati semua ini semasa hayatnya ada)
al Fatihah untuk nenek .....


Monday, November 18, 2013

Konvo Wan

Semalam 17 Nov 2013 wan konvo di UIAM, Gombak



 tengah siapkan wan
 tinggal 2 orang anak dara ni je yg belum grade
 wan n his siblings + parents
 makan2 lepas konvo

cucu I pun nak makan jugak....

Sunday, September 1, 2013

Berubah

Bila aku bukak blog kawan lama aku, dia dah ubah gambar keluarganya, sesuai dengan perubahan masa.

 Aku pun tersedar bahawa keluarga aku juga sudah turut berubah, sudah semakin bertambah ramai  dan semakin rencam.
 Makanya aku mahu abadikan foto ini juga sebagai kenangan kami sekeluarga kerana sekarang ini bukan mudah untuk  dapat berkumpul semua sekali dengan semua anak disebabkan oleh komitmen yang berbagai. 

Semoga keluarga kami ini berada di dalam rahmat dan lindungan Allah dan sentiasa diberkati.......

Thursday, August 29, 2013

Majlis Bertunang Wan

Pada 17 Ogos yang baru lepas Wan dah selamat bertunang. Alhamdulillah......
Tunangnya orang Kg Pengadang Baru, Kuala Trengganu. Insya Allah jika ada jodoh mereka akan disatukan setelah tunangnya pulang dari UK nanti.


cincin risik dan cincin tunang

 Pakwe I, bakal menantu dan saya  ler

bantal cincin, tepak sirih 

sirih junjung bersekali dengan tepak sirih dan cincin
baju,dan bekas buah ( masa belum siap betul)
Hantaran dari kami 
( Hasil tangan bonda buat putera tunggalnya)

hantaran dari pehak perempuan


Kami sekeluarga dengan bakal menantu

Tuesday, December 11, 2012

29 th Wedding Anniversary

Alhamdulillah
Pada 8 Dec 2012 yang lepas genaplah usia perkahwinan kami yang ke 29 tahun.
Tak terasa masa yang beredar, rupanya sudah hampir 3 dekad kami hidup bersama.
Segala suka duka kami lalui bersama.
Segala pahit manis kami hadapi bersama
Segala susah senang kami harungi bersama....
Semoga kasih sayang kami terus mekar hingga nyawa bercerai dari badan....

Monday, May 7, 2012

Selesai sudah

Syukur alhamdulillah....segalanya selesai sudah.
Segala kelam kelibut, penat lelah, hiruk pikuk.....lerailah sudah.
Segala rasa cuak, gelisah, tak tentu arah.....hilanglah sudah....


 hantaran pengantin perempuan (DIY)



Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah bersusah payah menolong menyempurnakan majlis perkahwinan anak kami....budi kalian  di kenang hingga ke akhir hayat.




sedang akad nikah oleh  bapa pengantin perempuan sendiri


di antara hantaran dari pengantin lelaki

pengantin
antara beberapa jenis door gift

ayah pengantin perempuan tolong buat bunga telor!
ibu ayah dan adik2 pengantin lelaki
ibu ayah dan adikberdik pengantin perempuan

Wednesday, May 25, 2011

Pindah

Sekarang ni along tengah sebok berkemas untuk berpindah rumah ke Seremban kerana dia baru dapat posting ke Hospital Tampin. Dia mengeluh kerana nak kemas banyak benda . Dia sedih jugak sebab terpaksa berulang setiap hari ke Tampin dari Seremban. Dia tak mau duduk kat Tampin kerana suaminya bekerja di Bangi.
Aku rasa dalam bab pindah ni, akulah oarng yang paling banyak berpindah rumah. Bayangkan sejak aku kahwin aje, suami duduk di Kajang (kerja dengan Pusat Nuklear), aku posting mengajar di Raub Pahang. Puas berulang , aku dapat pindah ke Selangor, mengajar di SM Salak Tinggi. So, kami berpindah ke Salak Tinggi. Mula-mula menyewa rumah 1 bilik, bila nak bersalin anak sulong, berpindah ke rumah 2 bilik, kemudian ada anak 2, berpindah pulak ke rumah kerajaan yang ada 4 bilik.
5 tahun di Salak Tinggi , suami ajak berpindah ke Bandar Baru Bangi, duduk di Jalan 1/7c, rumah dua tingkat pulak.Dah sedap-sedap duduk di Bangi, suami bertukar kerja ke UTM Skudai...hah! apalagi, pindah lagi. Kami menyewa rumah teres 3 bilik di Tmn Sri Pulai JB. Sambil-sambil suami cari rumah untuk di beli, kemudian dapat rumah corner lot kat Tmn Universiti, kami pindah pulak...... seronoklah sebab rumah sendiri.
Baru seronok-seronok dok rumah sendiri , suami kena pi UK buat PhD.... sedih hati tinggalkan rumah. Di UK, kami duduk di Stoke -on- Trent. Mula menyewa di rumah orang Pakistan di Kirby Street. Selang beberapa bulan dapat rumah mat saleh, cantik dan panas sikit...so kami pindah. Satu hal yang aku suka kat UK ni, selalunya rumah yang disewa tu siap furnish, so tak payah nak bawak furniture bila pindah. Kemudian selang beberapa bulan, dapat rumah sewa yang lebih murah di Davidson Street, dan dekat dengan sekolah anak-anak aku, so kami pindah lagi......
Lepas bersalin anak ke 4, suami dapat rumah sewa yang lagi murah ....so kami pindak pulak ke rumah ini. Kemudian mat saleh yang tinggal disebelah rumah kami tu, nak menyewakan rumah nya dengan harga yang lebih murah. Itu dah tahun ke 3 kami di UK, so, nak jimat dan nak panas punya pasal, kami pindah pulak rumah mat saleh ni hinggalah kami pulang semula ke tanah air.
Balik ke Malaysia, kami renovatelah rumah yang kami beli di Tmn Univ Skudai tu untuk menjadi lebih luas dan selesa, aku bahagia sekali. Aku mula mengumpul bunga okid . Tup- tup selepas 8 tahun, dia ajak aku pindah duduk rumah felo kat dalam kampus UTM sebab dia jadi felo. Mak ai! aku ingatkan dah habis bab-bab pindah randah macam orang nomad ni, rupanya, cerita pindah ni belum tamat!
Selepas 2 tahun lebih di rumah felo UTM dia menyesakkan nafas aku dengan mengajak berpindah ke TG Malim Perak kerana bekerja di UPSI pulak! Bagai nak mati aku berkemas...kerana inilah perpindahan yang paling besar yang aku alami.....
Sekarang ni aku dah mula sakit lutut dan sakit pinggang! Setakat ini, di Tg Malim ini kami hanya baru berpindah sebanyak 2 kali, mula-mula di rumah yang kami sewa , kemudian ke rumah yang kami beli. Harap-harap selepas rumah ini, dia tidak mengajak aku berpindah lagi kerana tenaga aku sudah tak mampu untuk berkemas dan berpindah lagi! Oh Tuhan...tutuplah pintu hatinya untuk berpindah rumah lagi.......

Thursday, December 9, 2010

27 th Anniversary


Diam tak diam pada 8 December 2010 yang baru lepas genaplah 27 tahun kami bergelar sebagai suami isteri.
Pelbagai suka duka telah kami harungi bersama. Sebagai manusia yang serba kekurangan, kami tidak dapat lari dari asam garam kehidupan yang serba mencabar.
Hanya satu yang aku pinta....moga kasih sayang dan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.... amin...

Monday, December 28, 2009

Bertandang di Pontian

di rumah ayah kak Razipah di Kg Rimba Terjun

Pak Mahmod dan pakwe aku

adik aku dgn ikan 3 rasa di Mandella Seafood Pontian

di Mandella seafood

Bergambar kenangan dgn Kak Razipah, suaminya, adik bungsu kak Razipah dan suaminya di rumah Tumpangan Pontian
melihat foto kahwin di tg Malim

bersama besan

foto sekeluarga

dimeja pengantin

berarak masuk ke dewan Jublee Intan Pontian


26 Dec adalah tarikh untuk majlis bertandang along ke Pontian Johor. Kami mengiringi along dengan 8 buah kereta dan sebuah van (adik beradik , saudara-mara dan sahabat dari Johor). Majlis bertandang di buat di Dewan Jublee Intan Pontian, dan alhamdulillah kami diberi tempat persinggahan di rumah rehat orang kenamaan berdekatan dengan dewan tersebut.
Keesokannya aku sempat menziarahi ayah kak Razipah Mahmod (senior batch 77) di Kg Rimba Terjun. Sebelum itu, pada sebelah malamnya kami pergi menjamu selera di Mandella Seafood....., jauhnya ......masuk ke parit-parit yg aku tak tau namanya.....