keluargaku

keluargaku

Monday, August 3, 2009

Balik Kampung

Hari Sabtu 1 Ogos, kami mengambil keputusan untuk balik sekejap ke Perlis menjengok orang tua yang tak berapa sihat. Kebetulan UPSI ditutup seminggu sebab studentnya ada yang di suspect kena H1N1.
Kami balik 3 beranak saja kerana kebetulan weekend ni anak-anak lain tak pulang ke rumah. Sepanjang jalan hujan turun, kadang-kadang lebat kadang-kadang gerimis. Kami tidak singgah mana-mana, terus saja ke rumah orang tua di Sg Baru Perlis.
Hari Isnin petang lebih kurang pukul 7, baru kami bertolak balik ke Tg Malim, tapi sampai di Sg Petani kami singgah kejap di rumah adik, bertanya khabar dan solat siap-siap, sebelum kami mula bergerak pulang ke Tg Malim pukul 11 mlm. Kami tiba di rumah hampir jam 3 pagi.
Bila kemas kereta pagi ni, antara barang yg kami bawak balik dari Perlis ialah telur ayam kampung, kelapa wangi muda, ikan talang kering, toto 2 beg, periuk besar, bekas air basuh tangan dan ada dua tiga barang lagi...sekali imbas macam orang siam mai meniaga kat nat aje...( nat tu macam pasar lambak kita lah...). Sebelumnya, masa sampai pukul 3 pagi tu, kami dah bawak masuk kerumah siap2 satu bekas yg mengandungi ikan senangin dan tenggiri fresh. Pakwe ni beli senangin sampai 4 kilo, belum kena ais lagi, baru tarik dari pukat, beli direct dari bot! Mesti Mimbar jealous kalau tengok ikan ni, 1 kilo RM 4 je....

9 comments:

Kembara Kelana said...

nat tu..pekan sehari...kau tanya abg rosli lam tu apa fatie...mimbar tu taraf lam dah tu kat shah alam

hafizah said...

Amboi!! Balik kampong noh? Syiok tu. Bawa balik ikan senangin lagi. Goreng pun sodap. Baru kelmarin Cik Abg saya beli kat Pulau Indah kelang, tapi mahal. RM18/- kot. Masak tiga rasa Ti, sedap.

fati said...

Balik sini gila makan buah...macam-macam buah, tengah musim buah.
On the way ke Perlis singgah Sg Dua , makan mee udang...udahlah aku tengah kegatalan ni...sensitif sikit dgn sea food ni tapi sedap punya pasal, gasak jugak..."sedap tekak badan menanggung!" Tadi pi klinik amik ubat, dah tak tahan sangat...

Aku Pengail said...

Senangin kalu besar dipanggil 'gobal'. Kalau kurau besar dipanggil senohong,semilang besar dipanggil gemang dan ikan parang kecil dipanggil 'cabuk'.
Memang aku jeles Fati. Kat sana RM4/kg! kat sini RM 17-RM22/kg!
Ikan-ikan pantai barat lebih sedap dari pantai timur mungkin sebab dietnya.

Kembara Kelana said...

fatie...kau tak jawab soalan aku, kau tanya abg rosli...lam tu apa maknanya...sibuk dgn ikan jer kau ni, padan muka kena gatal gatal...tulah maska tak ajak aku...[ gurau jer fatie

mohdkhirmatnor said...

Fati, aku memang alahan kepada makanan laut dari kecil lagi. Yang susahnya aku ni anak nelayan. Mak goreng kat dapur aku tergaruk2 macam kera kat depan. Itu belum makan lagi!
Baru kahwin org rumah (tak tahu alahan aku teruk) buat laksa campur belacan untuk makan malam. Aku pun tak mahu tanya main belasah aje. Lepas setengah jam eh.. dah lain macam. Tanya org rumah awak campur apa ni. Belacan!. Aduh sedapnya menggaruk.
Tak dapat tidur dan berjoget sampai pagi.
Pergi klinik kena cucuklah.
Orang alahan makanan laut ni ubat nya kena makan juga tapi pada jumlah yang sedikit. Lama2 bolehlah makan tapi tak macam orang lain.

pakroslan said...

Salam Fatimah,
Dalam usia 48thn, mmg ibu2 suka beli periok dan ikan kering utk memasak atau toto utk alas tidur tp bila kau beli "teloque Ayam Kampung"...aku tak tau untuk apa?

Aku Pengail said...

Padan muka kau Fati..teloq ayam kampung? Kena dengan Bagio!

Lan,
Teloq ayam kampung mesti dibuat jamu Abg Rosli..campur Goji Guarana!

fati said...

Laa...teloq tu pakwe ni suruh bawa balik, mak dia baru kutip dari reban.
Takkan lah ibu2 tua macam aku ni tak leh makan teloq ayam kampung kot....