keluargaku

keluargaku

Monday, February 22, 2010

Nama

Nur Syakireen & Nur Syazni

Dalam Islam, ada adab untuk menamakan anak-anak yang baru dilahirkan. Islam menggalakkan kita memberi nama yang baik-baik, yang mempunyai makna yang baik. Nama-nama orang yang terkenal dengan sifat-sifat yang terpuji, alim dan mulia seperti nama-nama nabi, isteri nabi, anak nabi, ibu nabi, sahabat nabi juga amat digalakkan untuk diambil dan dibubuhkan kepada anak-anak yang baru lahir agar mereka akan menjadi sebaik dan semulia penama asal tersebut. Kalau berminat denga nama-nama yang di sandarkan kepada Allah, hendaklah di mulakan dengan perkataan Abdul.
Buat diri aku, ketika melahirkan anak sulongku dgn kelahiran tidak cukup bulan ( 7 bulan saja), kami suami isteri sepakat menamakannya dengan nama 'syazni' yg membawa maksud kecergasanku. Kami risau anak kami yang tidak cukup bulan itu menjadi seorang anak yang lemah, mudah sakit dan tidak gergas. Sebenarnya nama 'syazni terletak dalam golongan nama untuk lelaki, jadi terpaksa kami tambahkan 'nur' di depan nama syazni untuk nama itu kelihatan perempuan. Alhamdulillah anak ku itu dijadikan Allah bertepatan seperti mana namanya....
Bila aku melahirkan anak yang ke 5 pula, sekali lagi aku memilih nama yang lebih di peruntukan untuk anak lelaki. Bukan kerana dia dilahirkan tidak cukup bulan juga tapi kerana aku mengharap sangat agar anak itu seorang lelaki kerana aku dah ada 3 orang anak perempuan dan hanya seorang lelaki pada masa itu. Nama 'syakireen' telah aku pilih, dan bila aku melahirkan nya aku letakkan juga nur dipangkal nama syakireen supaya ia kelihatan lebih keperempuanan... kerana aku melahirkan anak perempuan lagi.... aku bersyukur dengan apa jua ketentuan Allah.
Bila mengajar Syakireen mengaji qur'an, dia akan bunyikan dengan kuat kalau dia terjumpa perkataan syakireen dalam ayat quran yang di bacanya. Bukan main megah lagi dia, namanya ada dalam qur'an tapi kadang-kadang Nur Syakireen merungut....kawan-kawannya mengejek kerana namanya adalah nama lelaki........

Thursday, February 11, 2010

Lagu Kenangan

Lagu banyak meninggalkan kenangan dalam sepanjang kehidupan kita, daripada zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah dah meningkat tua ni. Nampak sangat mendengar lagu menjadi sebahagian dari kehidupan kita.
Kalau zaman kanak-kanak dulu aku selalu mencuri dengar radio kecil mak saudara sepupu aku yg tinggal dengan moyang aku. Lagu-lagu yang selalu kedengaran dah tentulah lagu-lagu pop yeh yeh. Bila dah bersekolah rendah, lagu-lagu Anita Sarawak , Ismail Haron, Zaliha Hamid, Sanisah Huri, Eddy Ahmad dan Sharifah Aini pulak jadi kegilaan. Bila masuk SMSJ je, pada peringkat menengah rendah, kegilaan terhadap lagu-lagu Uji Rashid, DJ Dave, Sudirman, d'lloyd, Julie Remy,dan ada beberapa kerat lagu inggeris. Bila dah naik menengah atas dan di maktab, start lah dengan Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Carefree, Alleycats,M Nasir n Kembara dan banyak lagi...
Tapi ada berapa lagu yang betul-betul jadi kenangan, kalau dengar rasa macam tak puas gitu dan terbit rasa sayu, rindu bercampur-campur. Antaranya ialah lagu Selamat Tinggal Bungaku, Air Mata Kasih, Hingga akhir Nanti, Masih kah Kau ingat, Merisik Khabar dan ada lagi beberapa lagu lagi yang kalau terdengar memang mencengkam kalbu.....
Lagu Selamat Tinggal Bungaku tu, ada 3 orang lelaki yg tuju khas untuk aku...dan salah sorangnya yang dah jadi suami aku sekarang.....hehehehe
Dan sekarang ini rasanya lagu yang betul-betul menyentuh hati aku ialah lagu 'wanita biasa'.....

Tuesday, February 2, 2010

Teringin

Sesekali ku rasa teringin
melewati hatimu yg dingin....

Tu lagu Shima zaman kita muda-muda dulu, tapi sampai laa ni pakwe aku suka sangat dengar
lagu tu.....
Ni bukan nak cerita pasal lagu teringin tu, tapi entah kenapa , tiba-tiba jer semalam ni masa tengah panas terik tu aku boleh teringin nak makan 'lompat tikam'.....
Isy....bukan lah mengidam pulak.... cuma teringin sebab dah lama tak makan. Makanan ni orang belah pantai timur kenal benarlah ( dan Tg Sedili tu terletak sebelah pantai timur Semenanjung kan!) Bila hari panas-panas sesuai benarlah makan lompat tikam ni. Kalau buat berbuka puasa....perrgh! lazatnya.....
Rasa macam nak terbang balik kampung je, nak makan macam-macam, laksa johor, laksam, martabak singapore ...tapi.....
Nak buat sendiri.... tak sama macam yg disana nu .....
Sabor!sabor!.....bilalah aku dapat balik kampung ek.....