keluargaku

keluargaku

Wednesday, June 22, 2011

Perubahan.....


Jun 2009


Dis 2009


Ogos 2010


JUN 2011


Dalam meniti usia, kita selalunya tak perasan perubahan yang berlaku pada diri kita. Kita terus bergerak kehadapan tanpa menoleh ke belakang. Cuma sesekali kita terasa kita kian di mamah usia bila perkara-perkara yang dulunya kita lakukan dengan mudah , kini sudah tidak lagi.
Baru-baru ini aku rasa tersentak bila anakku bercerita yang dia membandingkan foto-fotoku yang terkini dengan yang tahun lepas, dan tahun yang sebelumnya. Dia nampak perubahan yang drastik pada aku, terutamanya pada wajah dan bentuk badan.
Selama ini aku tidak mengambil kisah ...tapi entah kenapa isu yang di utarakan oleh anak aku itu begitu berbekas di hati aku. Aku bukan berkecil hati tapi aku semakin menginsafi yang aku ini semakin menuju kealam tua.....

Sunday, June 12, 2011

Alhamdulillah.....





Selamat satu bab...mengadap satu bab lagi.
Bab yang dah lepas tu ialah majlis pertunangan Ana. Minta maaflah tak ajak kawan-kawan semua, hanya adik berdik terdekat aje yang hadir. Insya Allah bila majlis perkahwinan Ana kelak, kami akan jemput semua kekawan yang dekat dan jauh....doakan saja ye....