keluargaku

keluargaku

Friday, June 19, 2009

Foto Kenangan

suasana sesak di depan pintu kaabah, multazam dan penjuru hajarul aswad ( yang dikuasai oleh kaum lelaki) pada kebanyakan masa dan semakin sesak ketika aku mula meninggalkan kota Mekah.


pakwe ni snap foto sendiri guna hp depan kaabah


depan masjid Nabawi di Madinah

depan Masjidil Haram di Mekah

Depan Kaabah

di Masjid Kuba'

Di ladang kurma sambil minum kopi arab

berlatar belakangkan bukid Uhud

siap berpakaian ihram untuk berumrah

di ladang unta, minum susu unta yang baru di perah depan mata kami...
sedap!!!!


1 Jun kami bertolak dari KLIA dengan flight Gulf Air. Transit di Bahrain, tidur di situ 1 malam dan esoknya baru bertolak ke Jeddah dan terus memakai pakaian ihram kerana kami terus ke Mekah untuk berumrah ( berniat di atas kapal terbang).
Selama 10 hari kami di Mekah, kami dapat melakukan sebanyak 5 kali umrah ( selang sehari), faktor usia dan stamina menghalang kami untuk melakukan umrah setiap hari. Pada hari-hari kami tidak mengerjakan umrah kami penuhi dengan tawaf-tawaf sunat di Baitullah, solat sunat di Hijir Ismail dan makam Ibrahim dan mencuba mencium hajarul aswad. Aku hanya berjaya menciumnya sekali sahaja kerana musim cuti sekolah ini jemaahnya begitu ramai ( seperti musim haji). Kebetulan pula serentak dengan cuti persekolah negara Iran dan Turki, berbondong-bondong mereka datang, sudahlah saiz mereka ni besar-besar....jemaah dari Malaysia tenggelam dengan kehadiran mereka.
Setelah 10 hari di Mekah , kami ke Madinah pula menziarahi masjid Nabawi dan tempat bersejarah lain di sana. Kami berangkat pulang pada 14 Jun dan tiba di Malaysia pada 15 Jun.
Tak puas rasanya....masih terbayang pintu kaabah di depan mata setiap kali solat ( aku selalunya akan mencari ruang solat di masjidil haram yang setentang dengan pintu kaabah dan multazam). Ya Allah jemputlah kami lagi ke sana......

4 comments:

kembara kelana said...

kenangan manis fatie...aku numpang gembira

fati said...

Abg Rosly pun teringin nak dok kat Mekah, kat sana dia tak lelah, tak perlu pakai inhaler walau berdebu dan berlari-lari anak masa sa'ei...aku gelak bila dia tanya universiti kat mekah ada jawatan kosong tak....hehehe

kembara kelana said...

bahaya tie...jangan kau benarkan abg rosli ngajo anak dara arab, nanti dia ambik abg rosli kau...kau nak lawan kau pendatang

fati said...

Sop, orang Arab besar-besar dan tinggi (kecuali arab morocco), abg rosly tu takat bawah ketiak depa je... tapi ada tok arab jantan nak bagi bini arab kat abg Li, aku buat bahasa isyarat yg abg Li tu rendah n pompuan arab tu tinggi....tok Arab jantan tu gelak terbahak2....