keluargaku

keluargaku

Wednesday, January 28, 2009

CUTI TAHUN BARU CINA DI PORT DICKSON

Budak-budak ni, pantang nampak kolam....

Ni kat pantai pulak...mak dan bapak budak pun joint sekali...tak tahan tengok air laut.

kanak-kanak riang

mak duyung melayan anak dan anak2 saudara main pasir...


Hari Jumaat 23 Jan adik-adik ipar dari Kedah turun 2 kereta bersama mak mertua. Mereka bermalam di rumah aku kemudiannya pada hari sabtu 24 Jan kami bertolak ke PD . Adik ipar di KL menunggu dengan 2 kereta lagi. Adik ipar yg di KL 'booked' banglo di pantai 'Blue Lagoon' di Teluk Kemang. Pantainya cantik ( tapi sudah dicemari dgn pembangunan yg rasanya tak perlu).

Kami tidur 2 malam di sana. Malam pertama kami buat 'bbq' ayam, , sotong, kentang dan hotdog. Anak-anak dan anak-anak saudara ( yg berjumlah 15 orang) seronok mandi di kolam ( dikawasan banglo) dan kemudiannya ke pantai bermandi laut pula. Aku tumpang sama ( sekali sekala...melepas gian , jadi bebudak sekejap).

Malam kedua, adik ipar belanja satay ( kebetulan birthday anaknya yg kecik sekali), sambil makan ikan bakar. Anak-anak dan anak saudara yg dah remaja seronok menonton movies sempena raya cina , berselang seli dgn tennis dan bola sepak. Aku naik tidur lebih kurang jam 11...kira awal tu. Yg lain-lain tak taulah pukul berapa depa tidoq...

Keesokkan paginya, sebelum checkout, depa ni nak pi mandi lagi . Selepas sarapan, suami ku perasan beg tangan adik perempuannya yg di sisi tv tiada. Puas kami mencari.......dan selepas itu barulah kami sedari yg kediaman kami itu telah di masuki pencuri. Barang-barang yg di curi semuanya yg berada di tingkat bawah. 2 beg tangan yg di dalam terdapat hp, kad kredit, buku asb, buku tabung haji, jam tangan, cincin emas ( 4 bentuk), wang tunai, IC, kad metrik, dan macam-cama lagi dokumen penting, lesap! Kami terpana sebentar.....percutian yg seronok bertukar menjadi igauan ngeri....

Alhamdulillah, barang aku sekeluarga tiada yg hilang ( kerana semua barang2 kami kami bawa ke tingkat atas, termasuk 2 laptop, kamera, hp dan handbag). Adik ipar yg satu lagi pun tiada kehilangan apa-apa kerana dia seperti kami jugak. Jadi 2 orang adik ipar yg mengalami kehilangan barang, dan salah sorang nya kehilangan wang tunai hampir RM1000 . Mereka pergi buat laporan polis. Jadi kami lewat checkout di sebabkan oleh kejadian ini. Kasihan adik ipar aku tu, yg salah sorangnya, baru beli beg tangan ori Guest pakai tak sampai 1 bulan pun dan cermin matanya yg bernilai seribu lebih......sedih sungguh, itulah yg dinamakan bukan rezeki. Mudah-mudahan kedua-dua adik ipar ku itu tabah, mungkin Allah nak mengurniakan rezeki yg lebih lagi kepada depa...insya Allah.

Monday, January 19, 2009

Bubur Asyura

Hari sabtu 17 Januari, selain dari keriuhan pilihanraya kecil di Kuala Trengganu, kami sebuk dengan peristiwa keluarga yang melibatkan bapa mertua aku. Aku mendapat panggilan talipon dari suami yg menyuruh aku pulang segera ke rumah. Masa itu aku , along dan Ein berada di asrama Iqah, menghantar makanan , sedikit pakaian dan wang belanja Iqah. Kami terburu-buru pulang. Bila sampai di rumah, suami menyampaikan berita bahawa ayahnya telah kemalangan kecil,( jatuh dari motor dan terhumban ke dalam longkang). Kami pun berkemas dan bertolak dari Tg Malim sekitar 6. 45 petang.
Sepanjang perjalanan di dalam negeri Perak, hujan turun mencurah-curah, kekadang lebat sangat ( hingga tak nampak jalan). Kami tak berani memandu dgn laju lebih-lebih lagi bila teringat entri Norsyam pasal kemalangannya di Gua Tempurung tempoh hari. Lebih kurang pukul 10.30 malam baru kami tiba ke Sg Petani (adik Ipar bawa bapa mertua ke Sg Petani).
Keesokannya setelah sarapan, bapa mertua meminta kami membuat bubur asyura, memandangkan kami dah berkumpul ramai di rumah adik ipar. Aku membantu mana yg patut. Di sebabkan aku ni orang Johor, aku memerhatikan saja cara mereka memasak bubur asyura. Bubur asyura sebelah utara berasa manis . Mulanya, santan dan tepung beras dikacau dalam kuali ( macam nak buat dodol ), sampai pekat, kemudian di masukkanlah, semua jenis kekacang yg telah di rebus terlebih dahulu seperti kacang hijau, kacang merah, kacang kuda, ubi keledek, pisang, durian, jagung, daun pandan, dan gulapasir. Kemudian di bubuh di dalam bekas, di sejukkan dan bolehkan di potong seerti bingka tepung.
Bubur asyura Johor pulak, rebus beras dgn air hingga kembang, masukkan santan. Dalam periuk lain tumis macam nak buat sup, masukkan ayam, kemudian udang, dan semua kekacang, kacang dal, kacang kuda, kacang merah, kacang pis, lobah merah, jagung dan kemudian tuang dalam periuk rebusan beras tadi. Kemudian taburlah dgn bawang goreng dan daun sup.....
Lihatlah perbezaan rasa dua bubur asyura ini.

Monday, January 5, 2009

Ein mula bersekolah

Hari semalam 5 Januari, anak yang paling kecil mula bersekolah tahun 1 di Sek. Keb. Tg Malim. Sebelum tu pada hari sabtunya, kami berdua beranak ke sekolah tersebut untuk majlis taklimat murid darjah satu dan mengambil buku teks pinjaman.
Syakireen nampak penuh bersemangat, dia tidak menangis. Mulanya aku menunggunya hingga ke waktu rehat, tapi bila loceng rehat berbunyi dia berbisik kepadaku supaya aku pulang ke rumah, tak perlu menunggunya lagi....alhamdulillah, anakku sudah mula berdikari.
Pulang ke rumah aku masak nasi dan lauk simple-simple saja untuk makan tengahari. Bila ein pulang dengan ayahnya pada pukul 1, kami makan sama-sama, mulutnya becok bercerita tentang sekolah, cikgu dan rakannya.
Pukul 2.15 ptg aku menghantarnya ke sekolah Agama Ulu Bernam pula . Begitulah untungnya orang yg tinggal di sempadan ni, sekolah kebangsaan di Perak, sekolah agama pula di Selangor! Dia masuk ke darjah 1. Setelah membelikan sedikit makanan untuk rehat nanti (pada pukul 4 ptg) , aku pun pulang ke rumah untuk berehat sebentar sebelum mengambilnya semula pada pukul 5.30 ptg.
Nampaknya inilah rutin harianku...alhamdulillah.