Hujung minggu ni aku nak ke KL, pi jengok pakwe yg tengah sebok di KL sampai khamis depan. Lagi pun dah buat plan dengan Hafizah, nak pi cari barang untuk buat hantaran along. Nasib baik ada kawan(Ha) nak tolong...alhamdulillah. Kalau tidak bercelaru jugak kepala, mana nak mikir hal hantaran, bilik penganting, catering, khemah, kerusi meja, jemputan..... pakwe tu pulak sebok memanjang, lagi-lagi bila ibunya sakit ni, kesian nak menambahserabutkan kepalanya!
Aku duduk kat Tg Malim ni, baru 3 tahun, jadi kawan-kawan dan jiran yg betul-betul rapat belum lah ada.... takat tegur-tegur gitu-gitu je, jengah bila ada khenduri , kematian dan 'open house' je. Lagi-lagi bagi aku yg tak kerja ni...... Kalau masa di JB dulu, selain saudara mara belah aku, kawan-kawan masa sama mengajar dulu masih ada, ada yg betul-betul rapat, tak segan nak minta bantuan. Selain itu isteri-isteri kawan-kawan pakwe pun ok jugak, lebih-lebih lagi yg sama-sama masa ke UK dulu bila pakwe buat PhD, kami rapat di sana, hingga bila balik di Malysia (JB). Selalu buat gathering, jadi tak segan silu kalau ada masalah , buat tempat mengadu dan minta bantuan. Tapi bila pindah ke sini...terasa diri keseorangan....
2 comments:
Fati, gitu le jadi ibu.Abang Rosli tentu lagi sayang kat kau.Aku ada kertas kerja tentang perkahwinan bangsa melayu dan india, dr risik hingga kenduri.Gambar hantaran ada le sikit koleksinya, kalau kau nak aku entrykan.
bong...hebat kau bong,
fatie
blog aku menemukan kita dan kawan kawan kita...dan bersyukurlah pada yang ada...org johor kena kuat dan budak sains kena cekal...
Post a Comment