keluargaku

keluargaku

Wednesday, January 28, 2009

CUTI TAHUN BARU CINA DI PORT DICKSON

Budak-budak ni, pantang nampak kolam....

Ni kat pantai pulak...mak dan bapak budak pun joint sekali...tak tahan tengok air laut.

kanak-kanak riang

mak duyung melayan anak dan anak2 saudara main pasir...


Hari Jumaat 23 Jan adik-adik ipar dari Kedah turun 2 kereta bersama mak mertua. Mereka bermalam di rumah aku kemudiannya pada hari sabtu 24 Jan kami bertolak ke PD . Adik ipar di KL menunggu dengan 2 kereta lagi. Adik ipar yg di KL 'booked' banglo di pantai 'Blue Lagoon' di Teluk Kemang. Pantainya cantik ( tapi sudah dicemari dgn pembangunan yg rasanya tak perlu).

Kami tidur 2 malam di sana. Malam pertama kami buat 'bbq' ayam, , sotong, kentang dan hotdog. Anak-anak dan anak-anak saudara ( yg berjumlah 15 orang) seronok mandi di kolam ( dikawasan banglo) dan kemudiannya ke pantai bermandi laut pula. Aku tumpang sama ( sekali sekala...melepas gian , jadi bebudak sekejap).

Malam kedua, adik ipar belanja satay ( kebetulan birthday anaknya yg kecik sekali), sambil makan ikan bakar. Anak-anak dan anak saudara yg dah remaja seronok menonton movies sempena raya cina , berselang seli dgn tennis dan bola sepak. Aku naik tidur lebih kurang jam 11...kira awal tu. Yg lain-lain tak taulah pukul berapa depa tidoq...

Keesokkan paginya, sebelum checkout, depa ni nak pi mandi lagi . Selepas sarapan, suami ku perasan beg tangan adik perempuannya yg di sisi tv tiada. Puas kami mencari.......dan selepas itu barulah kami sedari yg kediaman kami itu telah di masuki pencuri. Barang-barang yg di curi semuanya yg berada di tingkat bawah. 2 beg tangan yg di dalam terdapat hp, kad kredit, buku asb, buku tabung haji, jam tangan, cincin emas ( 4 bentuk), wang tunai, IC, kad metrik, dan macam-cama lagi dokumen penting, lesap! Kami terpana sebentar.....percutian yg seronok bertukar menjadi igauan ngeri....

Alhamdulillah, barang aku sekeluarga tiada yg hilang ( kerana semua barang2 kami kami bawa ke tingkat atas, termasuk 2 laptop, kamera, hp dan handbag). Adik ipar yg satu lagi pun tiada kehilangan apa-apa kerana dia seperti kami jugak. Jadi 2 orang adik ipar yg mengalami kehilangan barang, dan salah sorang nya kehilangan wang tunai hampir RM1000 . Mereka pergi buat laporan polis. Jadi kami lewat checkout di sebabkan oleh kejadian ini. Kasihan adik ipar aku tu, yg salah sorangnya, baru beli beg tangan ori Guest pakai tak sampai 1 bulan pun dan cermin matanya yg bernilai seribu lebih......sedih sungguh, itulah yg dinamakan bukan rezeki. Mudah-mudahan kedua-dua adik ipar ku itu tabah, mungkin Allah nak mengurniakan rezeki yg lebih lagi kepada depa...insya Allah.

3 comments:

kembara kelana said...

kau cakap dengan adik kau, ambik cermin mat aku jer fati..datanglah ke rompin, sapa curi..aku upah kaki pukul belasah dia orang..salam pada bang rosli

fati said...

Betullah Sop, rasa tak syok dah nak pi PD. Hari yg sama ada kecurian juga di banglo kakitanngan Maybank ( dekat dgn banglo yg kami duduk).NI mesti org yg pro, dia tau org yg datang situ leka mandi, so siang-siang pun dia boleh masuk ambik barang.Nak p Rompin jauh sikit pulak...adik-adik dari Kedah tu tak larat drive kot...

fati said...

Bar,
Banglo tu untuk kakitangan UDA punya, biras aku yg kerja kat UDA tu.
Tapi aku rasa yg kerja curi-curi ni orang yg memang dah biasa lah kat situ sbb banglo-banglo lain kat situ pun dia masuk, pas tu, dengar-dengar sembang pengunjung kat pantai tu, barang berharga dalam bonet kereta yg parking kat tepi pantai pun dia boleh kebas...