keluargaku

keluargaku

Tuesday, July 28, 2009

Bulan Sya'ban

Bila masuk bulan Sya'ban ramai yg buat puasa sunat. Ada yang dah mula dari bulan Rejab pun. Yang aku ni dok bayar puasa nazar yang tak habis-habis dari bulan rejab . Apa taknya, tiap kali anak-anak periksa, aku yg bernazar nak puasa macam nak rak. Bila dah anak-anak capai seperti yang aku nazarkan....kena lah bayar ye..... Bila puasa dari hari Isnin sampai khamis, dapat lah 2 in 1 sekali, bila masuk pulak bulan rejab dan sya'ban ni....paut sekali 3 in 1 bila kena hari isnin dan khamis.... tak aci kan!!
Bila masuk bulan Sya'ban ni juga aku dah start buat baju raya untuk anak-anak...ni macam nak patah pinggang dok membongkok , menggunting baju depa ( baju aku sekali jugak!) Dalam bulan Ramadan nanti boleh lah sebok buat benda lain pulak, tak payah nak pening mikir pasal baju yg belum berjahit..... kebetulan pulak tahun ni kena mikir banyak benda...kerana bulan Dec pun makin menghampiri...oh Tuhan, berikan aku kekuatan....

Friday, July 24, 2009

Khasiat Pisang

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Monday, July 20, 2009

Terkenang

Semalam 27 rejab adalah malam isra' mikraj...aku terkenangkan Mekah dan satu peristiwa yang aku tak boleh nak lupa lagi. Ada orang dapat peluang mencium hajarul aswad berkali-kali, ada orang sekali aje ( macam aku) dan ada orang tak dapat-dapat lagi menciumnya walaupun dah pergi ke Mekah berkali-kali. Ada orang yang dapat dgn cara yg amat mudah, ada orang dengan cara yg amat susah (sehingga ada yg terbuka auratnya) dan ada yg terkena dengan bayaran ( upah) yang berbagai kadarnya.
Ketika aku mengerjakan haji pada tahun 2000, aku termasuk dalam kumpulan yg bertolak diwaktu pertengahan. Ketika kami sampai di Madinah kemudian ke Mekah ,jemaah haji dari serata dunia sudah ramai berada di situ, jadi peluang untuk mencium hajarulaswad memang takde langsung. Aku tak berani nak berebut-rebut, berhimpit-himpit separuh mati demi mencium hajarul aswad ketika itu. Aku memasang azam, aku akan datang lagi ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan mencium hajarul aswad ketika itu (kerana sangkaan ku mesti orang tak ramai ketika itu).
Bila Allah menjemput ku untuk mengerjakan umrah ketika musim cuti sekolah Jun lalu, aku mula bermunajat dan bersolat hajat setiap hari, memohon padaNya, agar kami di anugerahkan umrah yg mabrur dan memudaklan bagi aku untuk mencium hajarul aswad. Bila sampai di Mekah, aku amat terkejut bila mendapati begitu ramai jemaah yg ada sehingga kelihatan seperti musim haji saja(kerana ketika itu tanah Arab, Turki dan Iran sedang cuti).
Hari pertama hingga hari ke 4, setiap kali selepas melakukan tawaf sunat, aku akan cuba menyusur dari Hijir Ismail ke penjuru Yamani.Bila sampai di situ jemaah lelaki sudah berderet panjang menunggu peluang untuk mencium hajarul aswad. Aku rasa kecewa sambil terus menyusur mengintai peluang.Tiba-tiba aku di hampiri seorang lelaki warga Indonesia, "Ibu mau cium hajrul aswad?" Dia mengulangnya berkali-kali, tapi aku terus membisu sambil terus berjalan. Aku tak berani kerana yg pertama suamiku tiada ketika itu untuk aku minta izinnya, yg ke 2 aku tidak bawa wang kerana aku tahu mereka ini adalah org yang kerjanya mengambil upah untuk sesiapa yg mahu mencium hajarul aswad dan upahnya tidak menentu kerana ada kawanku yg kena 100 riyal seorg dan ada yg kena 400 riyal.
Hari ke 5,setengah jam sebelum solat asar, suami telefon menyuruh aku ke penjuru hajarul aswad kerana ada sekumpulan jemaah perempuan sedang berebut-rebut mencium hajarul aswad. Aku masuk dalam kumpulan itu, mereka bertolak-tolak, berhimpit-himpit sehingga sesak rasa aku nak bernafas. Antara aku dan hajarul aswad ketika itu dipisahkan oleh 3 lagi jemaah perempuan apabila pengawal keselamatan masjidil haram meneriakkan "solah" beberapa kali ( kerana waktu asar sudah hampir dan anytime azan akan dilaungkan).Jemaah wanita tidak dibenarkan berada atau solat disitu. Aku pun bubar dengan rasa kecewa yg amat sangat sehingga menitis air mata. Ketika solat asar aku masih lagi menangis, dan selepas itu aku terus mengerjakan solat sunat taubat dan solat sunat hajat dalam tangisan, aku mohon padaNya agar aku di beri peluang untuk mencium hajaraul aswad walaupun sekali saja....
Aku turun semula ke dataran kaabah dan melakukan tawaf sunat, round yg pertama dan ke 2, pusinganku di belakang makam Ibrahim, pusingan ke3 , ke 4 di depan makam Ibrahim. Aku makin masuk kedalam bulatan tawaf, sehingga mengelilingi bahagian luar hijir Ismail sehingga pusingan yg ke 7. Sesudah lengkap tawaf sunat aku terus menyusur dan masuk ke dalam hijir Ismail untuk solat sunat 2 rakaat dan aku mohon lagi pada Nya untuk mencium hajarul aswad.
Keluar dari Hijir Ismail, aku menyusur dari penjuru Syam ke penjuru Yamani, di Penjuru Yamani, ada 3 orang jemaah wanita( yang kelihatan seperti jemaah dari utara India, atau pakistan atau afghanistan) yang saling berpegangan seperti tali dan tiba-tiba yg ke 3 itu menarik hujung telekungku, masuk dalam jujukannya. Aku membiarkan saja dan mengikut saja kemana mereka membawa aku.Kemudian aku dapati aku betul-betul berada di hadapan hajarul aswad dan ada seorang jemaah malaysia yg memisahkan aku dengan hajarul aswad itu. Selepas dia mencium hajrul aswad, giliranku pula untuk mencium hajarul aswad.Aku mencari-cari 3 jemaah wanita yg menarik telekung ku tadi tapi tak kelihatan, aku terpaku sebentar di depan hajarul aswad, sebelum menyapu nya dengan tanganku. Aku cuba mengucupnya hanya hidungku yg tercecah sedikit kerana kedudukan nya yg ke dalam dan tingginya melebihi paras dada aku ( aku ni rendah) Aku cuba melonjak sedikit, hanya hujung bibirku terkena sedikit, dan lagi sekali pun sama jugak....aku redha...dan puas, Allah telah memakbulkan doaku. Aku nak beredar, baru ku sedar di belakang ku jemaah wanita Turki dan Iran saling berebut dan bertolak-tolakan .Aku tak dapat keluar, terkepit, aku mengangkat sebelah tanganku dan menjerit "ana ukhruj!!" Aku hentam saja bahasa arab tu, tapi mereka faham kot...seorg jemaah wanita turki menarik tanganku hingga aku terkeluar dari himpitan itu...alhamdulillah, dan alanglah terperanjatnya aku kerana di depanku waktu itu lapang (multazam dan pancur emas ini adalah tempat yg direbuti untuk bersolat) Aku pun tak berlengah lagi mengerjakan solat sunat syukur di situ...
Dan selepas itu, hari hari berikutnya, bila aku menyusuri kaabah selepas tawaf sunat atau tawaf umrah, aku dapati manusia semakin ramai dan penuh dan rasanya aku tidak akan dapat lagi peluang seperti yg telah aku perolehi itu. Hingga kini aku masih musykil, siapakah mereka yg menarik telekongku hingga ke hajarul aswad, dan kenapa dia tak kelihatan lagi bila aku sudah sampai di situ.....

Tuesday, July 14, 2009

14 Julai

Hari ni birthday along yg ke 25. Malam ni along balik rumah, esok dia dapat cuti, jadi bolehlah ayah dia belanja makan sempena birthday dia....lega, aku tak payah masak. Bukan apa hari ni, aku penat sikit sebab dari pagi tak berhenti-henti dengan kerja-kerja rumah nya, keluar masuk ambik hantar ein pi sekolah kebangsaan dan sekolah agama sebab ayah dia kena pi Hospital Slim River (urusan penyakit Iqah). Dah tu pi melilau cari baju sekolah Iqah (nak yg tangannya berbutang) satu Tg Malim takde, last-last kena buat sendiri tang tangan tu. Sambil-sambil cari baju sekolah Iqah , sempat lagi pi buat survey harga cadar pengantin untuk along, pi kedai kek tanya harga cup cake, muffin dan bahulu untuk buat cenderahati pada tetamu nanti.
Aku cukup terkejut bila depa kata untuk majlis bulan 12, orang dah book dari bulan Feb, mac lagi... dah tu kalau buat 1212 lagi ramai orang buat tarikh tu sebab orang suka tarikh cantik gitu..... Mak datok! yg kami dok pilih tarikh tu sebab along dapat cuti tarikh tu......mati aku!Segala-galanya kena book sekarang....

Friday, July 10, 2009

Terdiam

Hujung minggu ni semua anak aku balik rumah.....yahoo! Seronoknya!
Tadi aku masak sayur lemak kobis, ikan masin + sambal belacan, asam pedas ikan pecah periuk, telur goreng dadar dan ulam timun. Kedua-kedua set makan ni menjadi kesukaan anak-anak aku...tapi yang seronoknya, bila depan meja makan depa terdiam kejap, tak tau nak makan yang mana satu sebab dua-dua set depa suka...last-last wan kata kita makan masak lemak dgn ikan masin dulu, lepas tu basuh pinggan , cedok nasi lain, makan asam pedas dgn telur goreng pulak....aku cuma geleng kepala aje tengok telatah anak-anak aku makan, macam tak pernah jumpa nasi seminggu je gaya nya.....hehehe

Sunday, July 5, 2009

Hujung Minggu

Minggu ni sibuk juga, tapi tak sesibuk minggu lepas. Tengah siapkan keperluan Ana pulak ( anak ke 2) untuk sambung belajar peringkat master kat UKM. Esok 6 Julai, dia dah mula kuliah, ayah dia suruh bertolak ke UKM sesudah suboh esok. Along pun balik weekend ni, tapi dia balik malam nanti ke PPUM, sebab esok malam dia on call. Tinggal lah Wan dengan Ein kat rumah ni. Wan ada seminggu lagi cuti, 12 Julai nanti dia balik semula ke UIA, kuliahnya bermula semula..... hai anak-anak, kami kembali tinggal 3 beranak semula, sunyi semula rumah ini bila Ein ke sekolah di siang hari.