Sekarang ni along tengah sebok berkemas untuk berpindah rumah ke Seremban kerana dia baru dapat posting ke Hospital Tampin. Dia mengeluh kerana nak kemas banyak benda . Dia sedih jugak sebab terpaksa berulang setiap hari ke Tampin dari Seremban. Dia tak mau duduk kat Tampin kerana suaminya bekerja di Bangi.
Aku rasa dalam bab pindah ni, akulah oarng yang paling banyak berpindah rumah. Bayangkan sejak aku kahwin aje, suami duduk di Kajang (kerja dengan Pusat Nuklear), aku posting mengajar di Raub Pahang. Puas berulang , aku dapat pindah ke Selangor, mengajar di SM Salak Tinggi. So, kami berpindah ke Salak Tinggi. Mula-mula menyewa rumah 1 bilik, bila nak bersalin anak sulong, berpindah ke rumah 2 bilik, kemudian ada anak 2, berpindah pulak ke rumah kerajaan yang ada 4 bilik.
5 tahun di Salak Tinggi , suami ajak berpindah ke Bandar Baru Bangi, duduk di Jalan 1/7c, rumah dua tingkat pulak.Dah sedap-sedap duduk di Bangi, suami bertukar kerja ke UTM Skudai...hah! apalagi, pindah lagi. Kami menyewa rumah teres 3 bilik di Tmn Sri Pulai JB. Sambil-sambil suami cari rumah untuk di beli, kemudian dapat rumah corner lot kat Tmn Universiti, kami pindah pulak...... seronoklah sebab rumah sendiri.
Baru seronok-seronok dok rumah sendiri , suami kena pi UK buat PhD.... sedih hati tinggalkan rumah. Di UK, kami duduk di Stoke -on- Trent. Mula menyewa di rumah orang Pakistan di Kirby Street. Selang beberapa bulan dapat rumah mat saleh, cantik dan panas sikit...so kami pindah. Satu hal yang aku suka kat UK ni, selalunya rumah yang disewa tu siap furnish, so tak payah nak bawak furniture bila pindah. Kemudian selang beberapa bulan, dapat rumah sewa yang lebih murah di Davidson Street, dan dekat dengan sekolah anak-anak aku, so kami pindah lagi......
Lepas bersalin anak ke 4, suami dapat rumah sewa yang lagi murah ....so kami pindak pulak ke rumah ini. Kemudian mat saleh yang tinggal disebelah rumah kami tu, nak menyewakan rumah nya dengan harga yang lebih murah. Itu dah tahun ke 3 kami di UK, so, nak jimat dan nak panas punya pasal, kami pindah pulak rumah mat saleh ni hinggalah kami pulang semula ke tanah air.
Balik ke Malaysia, kami renovatelah rumah yang kami beli di Tmn Univ Skudai tu untuk menjadi lebih luas dan selesa, aku bahagia sekali. Aku mula mengumpul bunga okid . Tup- tup selepas 8 tahun, dia ajak aku pindah duduk rumah felo kat dalam kampus UTM sebab dia jadi felo. Mak ai! aku ingatkan dah habis bab-bab pindah randah macam orang nomad ni, rupanya, cerita pindah ni belum tamat!
Selepas 2 tahun lebih di rumah felo UTM dia menyesakkan nafas aku dengan mengajak berpindah ke TG Malim Perak kerana bekerja di UPSI pulak! Bagai nak mati aku berkemas...kerana inilah perpindahan yang paling besar yang aku alami.....
Sekarang ni aku dah mula sakit lutut dan sakit pinggang! Setakat ini, di Tg Malim ini kami hanya baru berpindah sebanyak 2 kali, mula-mula di rumah yang kami sewa , kemudian ke rumah yang kami beli. Harap-harap selepas rumah ini, dia tidak mengajak aku berpindah lagi kerana tenaga aku sudah tak mampu untuk berkemas dan berpindah lagi! Oh Tuhan...tutuplah pintu hatinya untuk berpindah rumah lagi.......