keluargaku

keluargaku

Thursday, March 24, 2011

Asrama

Aku masuk sekolah berasrama dari ting 1 sampai habis ting 6....7 tahun tu! Macam-macam pengalaman aku kutip. Bila aku ada anak, aku rasa aku tak mau anak aku masuk asrama awal-awal macam aku, paling cepat pun lepas PMR sebab aku tak mau anak aku rasa jauh atau renggang dgn kami. Jadi bila anak pertama dan kedua dapat keputusan PMR yang cemerlang, kami mohon untuk tempatkan mereka ke sekolah bersrama penuh. Alhamdulillah, along dapat masuk MRSM, Ana masuk SM sains Muar. Kami mau mereka belajar berdikari, dapat ramai kawan yang sama level dengan mereka ( yang memudahkan proses pembelajaran sendiri), disamping kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh sekolah mereka. Dan yang penting, kami tak perlu hantar untuk tution tambahan ( masa PMR mereka berdua tidak ambil tution juga...kami suami isteri je yg mengajar). Dan alhamdulillah. mereka berdua kini sudah berjaya, along dah jadi doktor, dan Ana sedang sambung study untuk PhDnya.
Dari 5 anak, aku ada hanya seorang anak lelaki. Anak no 3 ini hanya bergaul dengan adik beradik perempuan sahaja. Bila balik dari sekolah dia tak pandai keluar bermain dengan rakan sebayanya. Kami risau, bimbang sahsiahnya sebagai serang lelaki terganggu. Jadi kami ubah keputusan kami untuk memasukkanya kesekolah asrama lebih awal. Lepas UPSR, kami mohon sekolah berasrama untuknya. 4A, 1B, menyukarkannya untuk masuk ke asrama penuh. Jadi pilihan kedua, kami mohon asrama SMKA Johor Bahru...berjaya dan terus di situ hingga ke Ting 5. Satu saja masalahnya, kami tidak dapat monitor pembelajaran kendirinya ketika diasrama terutama diperingkat menengah rendah. PMRnya tidak secemerlang 2 kakaknya , hanya 5A....
Kami terima hakikat ini demi kebaikan anak lelaki kami... alhamdulillah kini dia sedang menuntut di tahun 3 UIA dan dia adalah seperti anak lelaki lain yang sedang menuju alam dewasa, sangat gemar bermain futsal dan bola sepak.....
Anak ke 4. perempuan, aku masukkan ke asrama awal kerana aku tidak ada banyak pilihan bila aku berpindah ke Tg Malim. Dan dia seperti abang nya, sejarah berulang lagi..... aku mohon pada Allah agar dia akan mendapat kejayaan SPM cemerlang pada tahun hadapan ...
Di sini apa yg ingin aku utarakan ialah, tentang kebaikan dan kekurangan jika anak2 dimasukkan keasrama .Kita tidak mau melepaskan anak masuk keasrama kerana tidak mau mengganggu hubungan kasih sayang, dalam masa yang sama sekolah berasrama boleh mendidik anak2 lebih berdikari dan tau membawa diri. Tapi bagi diri kami suami isteri, segala keputusan yg kami ambil pada waktu itu adalah mengikut keperluan keadaan semasa itu. Hanya kami mohon pada Allah, setiap keputusan dan tindakkan kami akan mendatangkan kebaikan kepada anak2 kami semua.....

No comments: