keluargaku

keluargaku

Monday, October 3, 2011

Qurban

Hari raya haji dah tak lama lagi akan tiba. Bila bulan syawal habis, open house hari raya tamat, khenduri doa selamat untuk orang yang hendak mengerjakan haji pun  bermula. Ramai kekawan dan saudara mara yang dapat mengerjakan haji pada tahun ni. Alhamdulillah moga mereka semua akan di kurniakan denga haji yang mabrur.... insya Allah.
Bagi kita yang tidak dapat ke Mekah, bolehlah kita memeriahkan aidil adha dengan mengerjakan qurban. Ada orang mengambil ringan je bab qurban ni kerana hukum nya sunat ( sunat muakad).  Qurban adalah sunat yang digalakkan dan amat di sukai olih Allah. Sebagai hambanya yang taat , sepatutnya kita mengutamakan amalan yang di sukai Allah.
Bukan untuk bermegah-megah, tapi hati kecil ini selalu rasa terkilan bila ada di antara kita yang bila diajak untuk share buat qurban akan kata :'alah sunat je tu... duit nak guna kat lain lah...' Pada hal 1 bahagian qurban paling mahal pun rm 400 je. Kalau kita betul berniat mahu melakukan qurban pada setiap tahun, apasalahnya jika ketepikan rm 40 je sebulan... 10 bulan dah boleh terkumpul rm 400 dan seterunya boleh melakukan qurban. Orang kata, hendak seribu daya.....
Sedihnya...bagi orang yang hanya cukup makan pakai atau kais pagi makan pagi, takpelah kata takde duit, tapi bagi yang biasa2 nih? Rumah ada, kereta 2, 3 biji.... tapi bila bab qurban ni, ambil mudah saja....
Rasanya di negara ini ibadah qurban ini tidak di beri penekanan yang sewajarnya,dan masih ramai yg keliru tentang qurban. Sepatutnya kita semua sedar yang Qurban ini dapat membersihkan dosa-dosa kita semua. Dosa kita , sentiasa bertambah tanpa kita sedari, dosa, hati, dosa, mata, dosa lidah, dosa tangan, dan sebagainya...itu yg perlu dibersihkan pada setiap tahun, agar tidak melambak dan menimbun menjadi gunung!Satu keluarga cukup lah dengan 1 qurban sahaja...moga kita semua berada dalam keadaan suci bersih dari segala dosa bila kita pergi menghadapNya..... insya Allah.

No comments: