keluargaku

keluargaku
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Wednesday, June 10, 2015

Apa kabar?

 bersama  cucu2 kesayanganku

Allahu akbar
Assalamualaikum
Lama betul blog ini aku tinggalkan
Alasannya.... ada 1001 alasan...
kewujudan fb dan wassup semakin memudarkan semangat utk berblog
Namun akhir2 ini berfb jugak aku sudah semakin malas...
wassup pula hanya sebagai wadah untuk  menjalinkan silaturahim dan bertanya khabar
Sesekali terfikir nak tutup jer...
tapi rasa sayang pulak....
Banyak kenangan dalam blog ini
semoga ini adalah pembuka jalan untuk kembali berblog
Mudah2an , insya Allah

Tuesday, September 11, 2012

Lagu Gambus

Entah kenapa sejak bulan ramadhan lalu, radio dalam kereta myvi ni tak mau terima stesen radio lain selain ikim dan best 104 ( stesen radio johor). Puas aku ubah, dia akan balik pi kat 2 stesen tu je.
 Masa bulan ramadhan dulu, bagus jugak, dengar nasyid  dan bacaan quran je. Bila iklan membebel aku alih ke best 104.... sekali terdengar lagu-lagu gambus pulak....mak ai! boleh melekat pulak kat situ. So sekarang dok kat stesen best 104 jelah..
Sekarang ni aku dah tau, pukul berapa lagu-lagu irama gambus tu. Masa nak menunggu waktu  berbuka puasa sunat syawal dulu, aku alih stesen tu jugak kat dalam rumah...tut, tut pakwe aku tegur. " Ti rindu sangat nak balik johor ke?"  Hah? Terkedu aku.....( emosi bawah sedar menguasai perlakuan )
Tapi sungguh, rasa syahdu sangat bila dengar lagu gambus nyayian arwah Ahmad Fadhil, Rosiah Chik, Syarifah Aini...
Lagu-lagu seperti 'Dia datang', 'penawar rindu', 'pakngah balik' dsb... fuh! Nostalgia sungguh!
Patutlah orang kelantan dan Trangganu tak boleh lekang dengan dikir barat....

Friday, April 20, 2012

Diy lagi.....

" Jari-jariku sakit semua..... "


bunga kerusi  VIP
 (guna lebihan daun , batang dan bunga renek dari hantaran)


 Yang atas: bahan untuk di letak pada door gift
Yang bawah: contoh door gift yg telah di decorate


Itu antara bait-bait lagu arwah Saloma.....
Tapi memang jari-jari aku ni sakit sebab tercucuk dgn dawai-dawai bunga ni.
 Tapi hati rasa puas sangat sebab buat sendiri.
 Sekarang dah lega sikit sebab reben bunga untuk door gift ( 1000 lebih !) dah siap. Dan bunga untuk kerusi VIP( 60 buah) pun dah siap....

Wednesday, April 11, 2012

Kad Jemputan

Kad Jemputan untuk majlis perkahwinan anak ke 2 kami


Mudah-mudahan majlis ini nanti dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Tuesday, April 3, 2012

Sorry!

Sorry, sorry, sorry...... 
4, 5 hari sudah, blog ni dimasukkan oleh komen-komen spam. Try delete komen-komen tu, tapi tak boleh-boleh! So aku delete semua recent coments... tup-tup dengan komen geng-geng blogger sekali terdelete.....
Sorry ek..... sorry sangat-sangat pada yang aku terdelete komen-komen mereka....

Saturday, March 24, 2012

Nasihat

Aku dengan anak-anak amat rapat. Kami selalu berkongsi cerita. Yang dah kawin pun hari-hari called kekadang bergayut sampai dekat sejam. Pakwe aku selalu perli takut telinga aku jadi pekak. Selain dari menceritakan hal-hal diri mereka sendiri , anak-anak aku ni suka juga bercerita tentang masalah kekawan mereka. Kekadang siap minta pendapat lagi macam mana nak selesaikan masalah yg di hadapi kekawan  mereka tu.
Masalah yang paling biasa ialah sebab putus cinta, atau takde pasangan lagi selain dari stress kerja, kekawan tikam belakang dan boss garang.
Dalam bab putus kasih ni aku selalu nasihatkan anak-anak aku ( untuk kekawan diaorang juga) supaya jangan risau sangat. Aku punya teori senang aje
.'Kalau lelaki yg tinggalkan kita, maknanya Allah nak kurniakan kita dgn lelaki lain yang lebih baik lagi dari lelaki yg tinggalkan kita tu'.
 tapi
' kalau kita yg tinggalkan lelaki tu kerana alasan-alasan yg remeh temeh, maknanya mungkin kita lambat lagilah nak dapat jodoh....'

Hahahaah.... aku bercakap bukan menurut hati atau suka-suka, tapi dari apa yg aku alami sendiri dan juga dari banyak kejadian dan contoh yg aku lihat dan perhatikan.
Dari itu wahai perempuan-perempuan yang diluar sana..... jangan risau jika kamu ditinggalkan teman lelaki kerana terpikat dgn perempuan lain kerana nanti insya Allah kamu akan dikurniakan dgn lelaki yang lebih baik lagi ..... so tak payah lah nak bazirkan air mata dan menyiksa jiwa .....

Wednesday, March 14, 2012

Mengandung

Tadi anak jiran sebelah rumah datang ziarah aku. Dia duduk di JB sekarang, ikut suaminya. Dia tengah mabuk.... mengandung sulong. Dah 3 minggu dia balik rumah maknya di sini.
Aku  sebagai orang tua dan dah 5 kali mengandung, berilah beberapa petua dan tip kepada nya buat menghadapi kesukaran masa mengandung.
Kebanyakan perempuan akan mengahadapi rasa pening, mual ,muntah-muntah, letih ketika mengandung. Kita tak suka itu, tak suka ini . Makanan yg dulu jadi kegemaran langsung tak boleh di telan.
Kalau masa aku dulu, 3 bulan pertama tu, masuk dapur pun tak mau! Tak tahan bau minyak panas, bau ikan, bau tumisan dan sebagainya. Mula-mula pakwe tu ingat aku sengaja nak mengada-ngada, dia suruh jugak aku masak, elok panaskan minyak je, aku muntah depan dapur tu, baru dia percaya.......
Jadi ke lima-lima anak, aku memang mabuk sampai kandungan berusia 3 bulan. Lepas tu tak muntah dah, cuma bab makan je yg lain dari masa tak ngandung.
Masa mengandungkan along, aku suka sangat makan taufu, tiap-tipa hari nak taufu.... tu sekarang ni kulit badan along bersih, licin dan cantik...
Masa ngandungkan Ana, aku kat Pakistan, ikut pakwe kursus kat sana 3 bulan, tak ingat sangat aku suka makan apa, tapi mmg muntah juga.
 Masa ngandungkan Wan, suka makan ikan bakar cicah kicap picit cili padi.
Masa ngandungkan Iqah pulak kat UK....suka susu + cornflake ( macam2 jenis cornflake ada....).
Dan last sekali masa ngandungkan Ein, aku suka sangat dengan buah kurma dan air sirap. Hari-hari makan buah kurma dan air sirap sebab benda lain tak boleh telan.
Jadi kelima-lima anak lain jenis makanan yang boleh ditelan.. Yang penting masa mengandung, makan makanan yang berkhasiat, jangan tidur banyak sangat dan banyakkan membaca al Quran, terutamanya surah Maryam dan surah Luqman .

Monday, January 30, 2012

Makanan Dulu-dulu

Entah kenapa hari ini aku teringat makanan kegemaran aku masa zaman budak-budak dulu. Sekarang ni rasa macam dah tak pernah jumpa pulak. Nak buat sendiri takut tak jadi sebab tak pernah mintak resepi  makanan tu semua. Terbayang-bayang kat mata gambaran makanan tu semua. Antaranya:
1. rojak betik muda yang diparut dgn kuah ikan (rasa masam manis dan pedas). Aku  makan ni time ada persembahan wayang cina tangan labuh kat kampung aku.
2. apam dewa. Rasa manis, macam bahulu, warna kuning.
3. gula tarik. Warna perang, dibuat sendiri dirumah tok sedara.
4. gula kirai. Warna pink, macam rambut kusut di salut tepung gandum.
5. Sagun tepung... yang ni ada orang jual kat Sg Dua. Aritu makan mee udang, jumpa sagun ni beli dan makan. Silap sikit boleh tersedak beb!
Itulah antara makan kesukaan masa kanak-kanak. Bila masuk asrama je, dah tak jumpa. Balik sekali sekala ke kampung, mana nak dapat. Sampai lah laa nih! Sedih.....

Thursday, January 26, 2012

Rezeki dan Takdir

Along baru balik dari JB beritau kat aku yg kawannya masa di MRSM Jasin dulu baru kawin. Kawan along ni dulu dapat 4 .0 masa kat matrik, sekarang dia jadi cikgu.
Ari tu Ana citer kawan dia yg dapat pointer 3.5 masa first degree kat UTM ( kursus math) jadi cikgu GSTT, lepas 2 tahun baru dapat buat DPLI kat UPSI kursus PJK!
Dan ada banyak lagi cerita yang aku dengar tentang budak2 yang sangat cemerlang masa di sekolah dan buat first degree kat U, tetapi akhirannya hanya biasa-biasa saja. Di mana silapnya? Takdir?
Aku dulu pun masa sekolah di SMSJ, among top 5 dalam kelas. SPM 1st grade. Tapi sekarang jadi apa? Ramai kawan-kawan aku yang menjawat jawatan tinggi sekarang ni walaupun masa sekolah dulu result aku  lebih baik dari mereka. Dah rezeki ..... kekadang rasa rendah diri menguasai diri bila berjumpa kawan-kawan sekolah dan bertanyakan pekerjaan kita.
Tak dinafikan memang ramai yang lain yang perjalanan hidup mereka terus mendaki puncak, dari sejak sekolah lagi. Dan ada yang bernasib tersangat baik, kerana masa di sekolah dan di universiti hanya pelajar biasa-biasa saja, tapi dia akhirnya dapat menggapai ke puncak.
Inilah kehidupan kan...

Monday, December 12, 2011

Sireh Junjung

Minggu lepas , 10 Dec, jiran sebelah rumah buat kerja kawin anak perempuan sulongnya. Macam aku dulu masa kawin along, masing-masing tak ada pengalaman untuk mengurus majlis kawin. Nak harapkan adik beradik dan saudara mara, semua nya duduk jauh.
So dia minta tolong aku buatkan sireh junjung untuk hantaran nikah anaknya. Gelabah jugak aku, aku ni bukan pandai sangat, takat tolong bantu sikit-sikit orang buat tu adalah. Kalau belah aku selalunya akak ipar akulah yang buatkan. Menantu dia pun pandai jugak...jadi aku selalu lepas tangan bab sireh junjung ni, serah kat depa je.
Jadi inilah sireh junjung yang aku buatkan untuk jiran aku tu...ikut tema depalah , kuning  dan krim gitu....

Thursday, November 17, 2011

Terkejar-kejar

Isy, minggu terakhir persekolahan ni sebok bebenor! Majlis anugerah cemerlang berturut-turut hari untuk sekolah kebangsaan dan sekolah rendah agama. Alhamdulillah dua-dua majlis anugerah, Ein dapat anugerah. Tapi yang macam nak semput akulah, mak Ein.... Dahlah pakwe tu takde rumah, dekat 10 hari , mula bengkel 3 hari kat Shah alam, direct terus ke KL , tanda ketas Fizik budak matrik. Aku yang kat rumah ni terkejar-kejar macam nak rak. Selalunya bab pergi pasar itu kerja pakwe, tapi stok dah abis kenalah aku pergi sendiri...huhuhu, sesekali rasa macam ibu tunggal pulak...heh apa aku melalut nih!

Tadi ada pemberian duit rm100 untuk setiap murid kat sekolah kebangsaan, dan masa yang sama kena hadir majlis anugerah Ein di sekolah agama. Malas nya nak pi ambik duit tu, tapi pi jugak ( dah orang nak bagi). Boleh jugak buat bayar duit baju pengawas Ein yg rm 75 ringgit tu... so aku hantar Ein pi sekolah agama dulu, aku lari pi sekolah kebangsaan sat, orang ramai, nak parking pun seksa, tunggu kat 20 minit baru dapat parking. Beratur ambik duit, lepas tu lari pi sekolah agama balik. Nasib baik oarng yg merasmikan majlis tu bercakap banyak sikit, sempat lah aku tengok Ein ambik hadiah...heheheh

p/s : tak dapat nak tangkap gambar Ein terima anugerah sbb duduk jauh kat belakang dewan sbb lewat masuk dewan.... duit rm 100 punya pasal! Yg sekolah kebangsan punye majlis anugerah, gambarnya tak clear pulak! nasib, nasib! Takpe Ein, nnt tahun depan study hard lagi, insya Allah boleh tangkap gambar lagi....

Thursday, September 15, 2011

Rumah

Beberapa hari sudah, along telefon beritau yang dia nak' book' rumah semi D setingkat kat taman perumahan area Sikamat, Ampangan , Seremban. Aku suruh dia bincang dengan ayahnya dulu dan minta pandangan dari ayahnya juga...bukan apa...ambik manis je kata orang tua-tua.
Aku teringat masa kami mula-mula kerja dulu. Pakwe tu hanya mampu beli rumah 2 bilik kat BBBangi. Tapi kami tak duduk kat rumah tu, kami sewakan. Yang kami pulak menyewa rumah teres 2 tingkat di 1/7 BBB. Bila pindah ke UTM Skudai, menyewa dulu rumah teres 3 bilik. Hampir setahun baru kami berjaya beli rumah 'corner lot" teres setingkat 3 bilik di Taman Universiti Skudai. Masih tak mampu nak beli semi D!
Bila pindah ke UPSI Tg Malim,pakwe ni berura-ura nak beli tanah lot nak buat rumah kat Kalumpang. Aku tak setuju sebab takut. Area tu rumah banglo sebiji2, kedai jauh, ( mungkin aku cari seribu alasan bila aku tak nak!)Dahlah aku ni selalu kena tinggal. Last-last aku beli rumah 'corner lot' teres 2 tingkat di Tmn Segar, berhampiran UPSI. Biarlah, asalkan jiwa aku tenang....

Tuesday, August 23, 2011

Buntu

Buntu aku memikirkan menu untuk berbuka puasa ni. Anak-anak aku tak mau berbuka dengan nasi putih. Kalau makan nasi putih dan lauk biasa, nampak terkais-kais, tersekat-sekat menelan nasi.
Aku dah kehabisan menu, nasi lemak, nasi tomato, nasi ayam, nasi minyak semua dah dibuat . Mee goreng, kue teaw goreng, mee hun goreng, yang merah, yang putih, mee bandong, mee hun sup utara, kanji, bubur nasi cina soto.... apalagi.
Ni nak kena pusing balik nampaknya menu ni. Salah aku juga rasanya...sebab aku pun sama macam tu....heheheeh

Wednesday, August 10, 2011

Baju Raya


Baju along


lengan baju teman


lengan baju Ana


baju IQah


baju Ein



Di pagi bulan ramadhan yang hening ini, yang selalunya tenang, tiba-tiba tercemar dengan bunyi bising . Alamak...pekerja untuk renovate rumah dah mulakan kerjanya. Aku tak sangka pulak pakwe aku ni nak buat serta merta dalam bulan ramadhan ni..... habis lah rumah aku berkecah! Raya tahun ni mesti rumah aku huru hara.....
Aku baru saja selesai menjahit manik-manik pada baju anak-anak dan aku. Tapi yang hendak dijahit masih ada 6, 7 pasang lagi...sat lagi nak pi ambik dari kedai jahit tepi. Entah boleh siap ke tidak...tawakal je.
Isy!dah tak aman lagi rumah aku ni...bising! Eh....kat atas tu foto baju2 yang dah siap dijahit maniknya.... jadiklah....kalu nak upah orang....mak ai mati teman! Mahal!!

Tuesday, July 19, 2011

Durian


Buah durian yang masak ranum.


Ada beberapa cara memakannya.

1. makan gitu je......

2.Makan macam dalam foto kat bawah ni.
Ini style orang utara makan ( pakwe aku)


3. Makan macam ni, buat serawa durian....
Ini style org selatan lah ( aku)


Tapi apa-apa style pun, rasanya ....ummpp!! Menjilat jari beb!


Sekarang ni tengah musim buah durian. Tapi musimnya tidaklah merata sangat. Aku yang tinggal kat Tg Malim ni rasa bertuah sungguh kerana durian perak amat terkenak dengan kelazatannya. Kalau kami teringin kami pi beli terus kepada tuanpunya kebun durian di situ. Kekadang ada yang jiran-jiran yang memang orang Tg Malim dan ada kebun durian datang sedekahkan durian buat kami sekeluarga. Alhamdulillah.....
Baru-baru ni ada kawan kami yang menetap di Bota datang ke rumah dan dia membawa bersama nya buah tangan iaitu buah durian dari kebunnya sendiri. Alhamdulillah...rezeki lagi.

Tuesday, July 12, 2011

Majlis Kahwin


Yang ni masa Majlis anak Cu Midah di BBBangi, 28 Mei 20011


Yang ini bersama anak Prof Dr Mustamam di Kalumpang pada 5Jun 2011


Pada 11 Jun 2011, majlis pertunangan anak ke 2 kami pulak.

Ada undangan di KL, anak x SMSJ pada hari yg sama , tapi tak dapatlah kami nak menghadirkan diri


Yang ni bersama anak Acik kat Temerloh pada 25 Jun 2011


Yang ni pulak bersama anak kak Nor sa'ni di BBBangi pada 2 Julai 2011


Yang ni pulak terserempak dengan Kak Nora Daud senior 77 (SMSJ) kat R&R Tapah, on the way balik dari IPOH menghadiri majlis kawin anak kak Normah Mantin pd 9 Julai 2011


Sejak mula cuti sekolah bulan Jun hari tu, rasanya aku tak berhenti-henti menghadiri majlis kenduri kahwin. Jemputan datang dari sedara dan juga sahabat yang tidak boleh di elakkan. Kebetulan pula, suami tidak 'outstation ' masa hujung-hujung minggu tersebut. Aku dapat rasakan yang majlis-majlis kenduri ini dapat mempertemukan kita dengan saudara mara dan rakan taulan yang telah lama tidak kita temui.... ianya amat menyeronokkan dan membahagiakan sekali......

Sunday, March 6, 2011

Penatnya.....

Hujung minggu baru lepas, aku, Ana , Ein dan amilia ke Jln TAR KL mencari barang-barang keperluan untuk Ana dan yang lain-lain. Pakwe tak ikut sama sebab dia ke PD dgn Fakulti Sc UPSI, mesyuarat selama 2 hari di sana. Dia izinkan kami pergi KL.... yahooo! Apalagi...beraya hindu lah kami berempat!
Kami bertolak pukul 9 pagi dari rumah...konon2 nak senang cari parking nanti. 9.40 dah sampai KL .... tapi bila nak masuk Jln TAR aje, polis ada buat road block merata! Rupanya di Dataran Merdeka ada program askar. Alamak...terpusing-pusing kami cari jln nak parking dekat dengan Jln TAR tu. Last2 kami masuk parking kat Komplek Pertama...apa nak buat, jenuhlah kami membetis .....
Bila jumpa Nagoya, kami masuk... jumpa Kamdar, kami masuk...., jumpa Semua House, kami masuk, jumpa kedai renda reben kami masuk.... tu tak termasuk arkid2 tudung sepanjang Jln TAR tu.... Pinggang dan belakang aku dah rasa berdenyut2 macam nak giler! Bila masuk SSF, aku rasa dah tak larat nak mengheret kaki lagi! Jumpa kerusi je, aku duduk....
Hampir pukul 4 ptg kami masuk ke Restorant Zam-Zam, Ana order Martabak dan nasi beriani, aku pi solat zohor dgn bebudak kecik tu. Tengah makan hujan turun dengan lebatnya! Ana kata, macam mana ni mak, Jackel n Aryani kita tak pi lagi.... Aku kata, takpelah, kita makan pelan2, then boleh mak solat asar terus ( tak boleh jamak sbb tak cukup marhalah). Lepas makan , aku telan pil pain killer ( utk sakit belakang aku!)
Lepas solat asar, hujan reda sikit, kami keluar dari restoran tu, berjalan perlahan2 menuju ke Jackel. Kami di situ sampai maghrib dan solat maghrib pulak kat situ. Keluar dari Jackel terus ke Aryani...sampai kedai aryani tu nak tutup, baru kami beredar ke Komplek Pertama.... dan bayaran parkingnya RM 22.50 ( macam maskawin kat Johor!)

Wednesday, January 26, 2011

Al Waajid

Ya Allah Ya Waajid
Tuhan yang Maha Menemukan
Tiada tempat di dunia ini yang terlindung dari Mu
Engkau tetap menemukan kami
Kerana Engkau menyayangi dan mengasihani kami
Berikanlah kami peringatan
ketika Engkau mendapati kami lalai
Tunjukkan kami jalan kemudahan
ketika Engkau dapati kami tersilap melangkah ke lorong kesukaran
Tunjukkan kami jalan kebenaran
ketika Engkau mendapati kami tersilap melangkah ke lorong kebatilan
Kami bersandar kepada Mu ya Allah ya Waajid
yang sentiasa prihatin dengan situasi yang kami lalui
dalam odyssey kehidupan di alam ini


petikan dari MIDI

Wednesday, January 5, 2011

Mencongak Sejenak

Lahir pada 1961
Hidup bersama emak ayah sebumbung sampai usia 5 tahun.
Lepas tu duduk dengan tok, sampai darjah 6.
Naik tingkatan 1 mula tinggal di asrama SMSJohor, Kluang...hingga habis form 6 pada 1980
Lepas form 6, masuk Maktab Perguruan MPPM, Melaka selama 3 tahun.
Belum dapat posting lagi, dah kahwin pulak....tinggal dengan suami....sampai sekarang ni!
So...bila congak-congak rupanya aku hidup sebumbung lebih lama dengan suami aku dari orang tua aku!!
Haa???....baru aku perasan, rupanya aku hidup lebih lama dengan orang luar daripada keluarga aku sendiri?
Begitu ke pusingan hidup kita?
Adakah kelak anak-anak kita juga mengalami apa yg kita alami?
Anak-anak kita hanya tinggal sekejap je dengan kita sebelum mereka menghabiskan usia mereka dengan orang lain?
Eh tak boleh jadi ni.... makanya selagi anak-anak ada bersama kita, gunalah masa bersama-sama ini dengan sepenuhnya sebelum mereka mula pergi meninggalkan kita untuk meneruskan kehidupan......

Monday, December 20, 2010

Merosot

Hari ini entah kenapa terasa macam berada di UK ketika awal musim luruh...mungkin disebabkan cuaca yang suram dan terasa dingin akibat hujan yang lebat dan lama semalam. Aku baru balik dari klinik UPSI, ambil darah untuk check-up rutin setiap enam bulan. Hendak tengok paras kolestrol aku dah turun belum....
Sejak aku pulang dari menziarahi Noreha Bacuk , junior aku masa di SMSJ, yang kini berada di IJN, hati aku jadi tak keruan. Macam-macam rasa datang silih berganti, sedih, sebak.... dan insaf! Begitu mudah kesihatan kita merosot apabila sudah tiba waktunya. Ada yang kemerosotan kesihatan itu datang dengan berdikit-dikit, ada yang kemerosotan kesihatan itu datang secara zapppp! terus menjunam!
Setiap kejadian yang menimpa kita tentu ada hikmahnya yang hanya Allah saja yang tahu tapi aku mohon pada Nya jika dia ingin mengambil aku kembali padaNya, janganlah dibiarkan aku sakit berpanjangan.....