keluargaku

keluargaku

Monday, April 25, 2011

Dah lama.....

Eh! Dah nak habis bulan April rupanya...lama jugak aku tak buat entri kat blog ni. Sebok entah apa-apa..... semuanya 'family matters'. Suami, anak2, mentua, emak ayah..... dan untuk diri sendiri yang dirasakan semakin berkurangan tenaga untuk bergerak, tidak boleh selincah dan seligat dulu! Salah satu nikmat Allah yang beransur-ansur di tarik Nya......
Minggu sudah, sempena Birthday Sultan Perak ( dan ponteng sehari) aku balik ke Johor, jengok emak yang kurang sihat dan sepupu yang sakit kanser usus tahap 4! Sedih dan luluh hati aku melihat keadaan sepupuku itu..... dia nak makan pengat durian, aku buat ( aku bawak balik durian Perak), dah tu nak makan wajik durian , aku usahakan..... kelmarin dia sms , nak makan lempok yg di bungkus dengan daun upih! Mak ai! Mana aku nak cari? Kalau aku jumpa, aku akan poskan untuknya.....
Lepas hantar wajik durian kat sepupu kami pusing ikut Felda Tenggaroh, masuk Mersing, terus ke Pekan Pahang, ziarah ayah aku pulak. Ayah pun tak sihat , kena gout ..... masa aku sampai dia baru boleh solat di masjid (walaupun kakinya bengkak). Seminggu lebih dia tak boleh bergerak..... Aku pulun ajak balik ke Pahang kerana dah hampir setahun aku tak balik ke sana. Aku berterima kasih sangat-sangat kat suami aku yang dapat jugak memenuhi permintaan aku untuk balik menjengok kedua emak ayah aku yang berada di dua tempat yang berbeza dan jauh pula. Aku amat memahami masalah suami aku yang juga terpaksa menjengok emak ayah yang uzur di Perlis setiap bulan di samping tugas hariannya yang memerlukan banyak komitmen dan keluar daerah selalu....... Bayangkan , hampir satu semenanjung terpaksa kami pusing, satu di hujung utara, satu dihujung selatan dan satu lagi ditepi pantai timur..... aku bersimpati dengan suamiku , tapi aku juga perlu sesekali menjengok orang tua ku.....
Sesekali aku mengeluh...kenapalah emak ayah aku dan mentua tak duduk setempat aje, supaya senang kami menjengok mereka , takperlulah sampai bercabang 3!......

1 comment:

Za Nans said...

za pun dh lama tk jenguk mak ayah kat kg... nk kata bz, tak la bz sgt... ahad lepas befday mak, tp mmg tk dpt balik sbb urus anak2 kat asrama.... huhuhu