Ada rasa sebak sikit pagi ni.
Mungkin faktor usia menyebabkan aku makin mudah terasa.
Sebenarnya setelah meniti hingga ke usia separuh abad ini, aku dah menimba banyak pengalaman dalam mengenali kerenah manusia. Ini membuatkan aku jadi sangat berhati-hati baik dalam hendak melakukan kebajikan atau keburukan.
Sekarang aku berpegang pada prinsip buat baik berpada-pada, tapi buat jahat jangan sekali!
Sebabnya? Aku dah terkena.... kebaikan yang diberi tanpa meminta balasan, tanpa mengira penat lelah, tanpa mengira wang ringgit, tanpa mengira kederat dan tenaga, malah ada masa sanggup mengenepikan kepentingan sendiri semata-mata untuk membahagiakan orang lain tapi.... masih tidak memuaskan hati mereka!
Tak apalah... aku redha je, jadi sekarang ni kalau aku buat baik, aku takkan mengharapkan mereka yang aku bantu itu berpuas hati dengan aku, aku buat sekadar yang aku termampu dengan kudrat aku yang makin lemah ini. Dan aku tidak minta kebaikan ku dibalas....biarlah Allah sahaja yang membalasnya...
No comments:
Post a Comment