keluargaku

keluargaku

Friday, March 4, 2011

Marah

Aku bukan jenis seorang pemarah (aku rasalah!) Sebab aku tahu sifat marah amat tidak baik. Iblis amat suka kepada orang yang sedang marah... malah dia akan mengapi-apikan lagi rasa marah itu.
Masya Allah! aku cuba mengawal marah.... hingga terketar-ketar badanku. Bila hilang rasa ketar itu, aku terasa amat letih..... rupanya menahan marah juga boleh meletihkan kita. Namun kemarahanku lambat padamnya walaupun sudah masuk 3 waktu solat.....
Aku mencari hadis-hadis dan terjemahan ayat Qur'an yang dapat melembutkan hatiku dan memadam kemarahanku. Aku ingin mencari pahala , bukan mengumpul dosa. Hari ini rasa marah itu sudah berkurangan, tapi masih belum padam!
Ya Allah!! Berilah aku kekuatan dan petunjuk bagaimana mahu mendidik anak yatim ini menjadi insan yang tidak bercakap bohong dan jujur.....

3 comments:

Za Nans said...

akak marahkan ape?? cuba kita share... may b blh membantu kurangkn stress tu..

fati said...

Akak marah sebab dia berbohong, akak pantang betul dgn org cakap bohong, salahkan org lain kecuali diri dia... Dia masih kecil, baru duduk dgn akak setahun lebih...didikan sebelum itu agaknya yg menyebabkan dia pandai berbohong....

norlilasamad said...

Biasa la Fati... Mendidik anak yatim ni mmg banyak dugaannya. Ganjaran pahalanya pun besar. Banyak2 bersabar, ya...