keluargaku

keluargaku

Sunday, October 9, 2011

Saja buat ingatan sendiri

Tadi mengemas satu rumah...ruang bawah je.... atas...lain kali lah! Ni pun dah sakit satu badan. Terasa sangat yg diri dah tua. Pakwe tu tak habis lagi mengecat kat luar. So dia kat luar, aku kat dalam.
Bila dah siap semua, sambil merehatkan diri sat sementara nunggu waktu maghrib, buka fb, terbaca artikel ni ( dalam bahasa Inggeris). Saja nak share denga korang suma....

Tanda-tanda orang di serang strok.... tapi sebelum tu, selalunya kita tak sedar yg orang tu diserang strok. Keluarga aku, ramai yang kena strok. Atok, nenek, makcik, pakcik dan mak mertua. Ada yang terus pergi...  ada yang merana sampai ke mati....
Kekadang kena serang tu tengah solat, tengah makan, tengah buat kerja.... macam-macam keadaan. Kalau kena serang je, oarang yg ada di situ boleh tolong denga suruh 3 perkara ni untuk confimkan itu strok atau penyakit lain. Cepat kita bertindak, insya Allah boleh kita selamatkan dia sebelum its getting worst atau sebelum pergi terus....
3 perkara tu ialah ingat huruf S,T,R
S : smile, suruh mangsa tu senyum
T: talk, suruh mangsa tu bercakap ayat yg simple je
R: raise both arms..suruh mangsa angkat tangan dua2 belah

kalau  tak boleh buat semua tu...hantarlah cepat2 ke hospital...jangan tangguh lagi! Insya Allah mangsa masih boleh diselamatkan.....

4 comments:

isQ_khadijah said...

datanglah jenguk2 blog saya.... suka blog aunty.... hehe

fati said...

Terima kasih sudi jengok blog aunty. Aunty dah pi jengok blog khatijah. Cantik... teruskan berblog. Kalau ada masalah dalam kehidupan, selalu pohon kepada Allah untuk membantu dan menunjukan kpd kita jalan yang terbaik...insya Allah ,Allah tidak akan mengecewakan kita....

munisyhmohd said...

salam...sy suka baca blog aunty.. dan paling seronok tgk gmbr kat atas tu...meriah sgt family....

fati said...

Terima kasih munisymohd...family aunty mmg mcm tu, kalau dapat berkumpul semua, meriah dan gamat selalu....