keluargaku

keluargaku

Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011


Dengan mak


kami sekeluarga


Dengan abang


dengan ipar2 ( di Johor, aku sorang je anak perempuan! )

Tu haa! Cicit mak pun ada...



Raya tahun ini kami sekeluarga berhari raya di Johor ( kampung aku) pada hari raya pertama. Kami mula bertolak balik ke Johor pada hari ahad. Berbuka di rumah abang aku di Jalan Rahman Andak 2, di JB, sempat menjengok Said yang masa tu masih berada di HSA, JB. Kemudian bertembong dengan Saadiah Ahmad setelah berpisah di penghujung tahun 1978 selepas SPM.
Selepas terawih, balik ke rumah emak. Esoknya mula memasak untuk keperluan raya, daging masak arab, ketupat, sambal kacang dan ayam masak merah. Tengah sibok memasak kami dapat perkhabaran yang pakbusu ( adik mak ) telah dimasukkan ke ICU kerana koma. Berkejar kami ke hospital kota Tinggi untuk menjengoknya. Sebelum itu singgah rumah kak Pah ( sepupu yg mengidap kenser usus). Dia dah tak lalu makan....aku sedih melihat keadaannya, aku kata nanti aku belikan dia mashed potato kat KFC...dia angguk.
Pulang dari hospital kota, aku singgah KFC belikan mashed potato untuk kak Pah...singgah di rumah kak Pah lagi...suapkan dia makan.....hanya 5 sudu kecil je yang masuk..... suaminya kata itu pun dah banyak, selalunya nak masuk 2 sudu pun payah.... Ya Allah, ringankanlah penderitaan kak Pah....
Balik ke rumah mak, tengok lauk yg dimasak tadi...sambung semula....
Pagi raya, solat Aidil fitri di Masjid dengan mak, dan semua anak2. Along dan suaminya sampai pukul 1.30 tengah malam dari Seremban. Tahun ini giliran dia beraya dengan aku ( tahun lepas dengan mentuanya di Pontian). So...dia ikut je ke mana aku pulang beraya.....
Selepas bersalam raya dengan mak, abang sekeluaraga dan adik-adik , kami keluar menziarahi sedara....rumah kak Pah dulu yang aku tuju... selalunya dia akan masak rendang nya yg special tu ( aku suka sangat) tapi tahun ini dia dah terlantar sakit, tangan pun tak larat nak angkat....
Lepas bersalam-salaman dengan ahli keluarga kak Pah, aku ke rumah sedara yg lain pula.
Sebelah petang ...di rumah mak, saudara datang dan pergi, aku gembira dengan coleteh mereka. Selepas maghrib, aku jamakkan sekali solat isyak, kami bertolak pulang ke Tg Malim kerana kami akan pulang beraya ke Perlis pula hingga ke hari sabtu 3 sept kerana ada jemputan kawin anak sahabat suami di Jitra....
Jalan sesak.... kami tiba di Tg Malim pukul 2.30 pagi! Di pertengahan jalan, Ana yg drive kereta kerana suami terasa kakinya sakit! Along singgah di Muar ( rumah mertuanya yg baru pindah ke Muar kerana pencen).
Esoknya sebelum pulang ke Perlis, suami ke klinik.... sah! dia kena gout... sian dia terhencut-hencut hinggalah ke hari ini...

No comments: