keluargaku

keluargaku

Thursday, November 24, 2011

Aktiviti musim cuti

Cuti panjang sekolah ni, aku pun cuti juga...cuti hantar dan ambik anak dari sekolah. Sehari sekurang-kurangnya 4 kali pergi balik dari rumah dan sekolah sebab sekolah ada 2 jenis, sekolah kebangsaan ( pagi) dan sekolah agama ( petang). Kekadang macam charlie chaplin , semua kena laju... mengemas, masak, tapi sempat jengah computer!

So, cuti ni aku telah diserahkan tugas baru..... menggentel kristal untuk hantaran anak ! Sambil-sambil tu menjahit baju dan bubuh manik kat baju. Aku cuma pandai yang simple-simple dan biasa je.
 
Cuti ni adalah peluang mengikut pakwe tu pi 'outstation'. kalu tidak asyik kena tinggal aje. Ni baru balik dari Seremban, dia bentang kertas kerja, kita merayau kat Seremban dengan anak-anak. Rayau punya rayau, dapatlah mangkok yang Ana nak boh kat dulang hantarannya, murah dan cantik! ( kat mata akulah.....).

Esoknya dah habis kerja, on the way balik Tg Malim, singgah KL...biasalah , kalu tak singgah macam tak sah pulak. Tinggalkan pakwe tu kat Sogo, kami merayau kat jalan TAR. Dapatlah aku cari renda untuk buat beading kat baju. Ana langsung pi cari cadar bilik pengantin. Kemudian pi kat Home Deco, beli bunga untuk hantaran. Yang pakwe aku tu rupanya pi merayau kat Bangunan MARA, jumpa kawannya . Asyik telefon kami suruh pi kat 'pasar rakyat'.... bila kami sampai, rupanya dia sudah survey baju pengantin kat situ!

Lega! Banyak hal Ana yang settle kali ni...tapi masih banyak lagi yang belum settle!

2 comments:

Za Nans said...

Cuti2 leh wat mcm2 projek, za nak jahit langsir la, gantikan langsir lama tu. Bila dh bukak sekolah nnt xde masa nk buat.

fati said...

Orang keje mcm Za, kena tunggu cuti baru boleh buat mcm2, yg x keje mcm akak ni yg projek sepanjang tahun! hahaha