keluargaku

keluargaku

Sunday, January 16, 2011

Berleter


Berleter selalunya dikaitkan dengan orang perempuan. Semakin tua sorang perempuan tu, makin suka dia berleter.... betul ke tu? Pada aku, orang lelaki pun ada yang suka berleter, tapi tak ramai. Samada dia orang tak ambik kesah atau pun dia memang jenis penyenyap.
Aku sendiripun bukanlah seorang yang suka berleter tak tentu hala, kalau aku rasa dah tak tahan sangat baru aku berleter, tetapi selalunya , baru aku nak mula berleter , aku dah kena 'potong'..... Jadi selalunya leteran aku tu tak sempat nak panjang..... hehehehe
Entah kenapa pagi ni aku rasa macam nak berleter, tapi masalahnya dah takde orang di rumah yang nak dengar leteran aku! Wahai pokok....dengarlah leteran aku ni ye!!!!

2 comments:

Juragan said...

leter fatie leter....tu memang dah tabie manusia...meluahkan perasaannya...samada pendek atau panjang, selalu atau kekadang, tajam atau biasa...yang ni tak sama...kau surirumah yang interlek...jadi kau tau lah sikit timing dan leterankau agak sistematik sebab kau budak sains.. pada aku normal...janagn ko didapati bercakap sorang dahlah...tu bahaya

CANA CENDANA said...

terhibur saya membaca leteran puan