keluargaku

keluargaku

Tuesday, December 28, 2010

Mabuk




Bunga-bunga di Faser Hill... besar2 ( geram aku!)


Minggu lepas, adik ipar ajak pi Fraser Hill untuk berkumpul adik beradik sambil siapkan hantaran untuk anaknya bertunang. Kami semua tak pernah sampai Fraser Hill. Dalam kepala aku dok bayangkan lebih kurang macam Gentinglah, cuma dia takde theme park aje.
Pada mulanya aku sekeluarga tak bercadang nak join sebab pakwe aku tu mesyuarat di KL dan petangnya ada kelas untuk master students.Kesian kat dia yang takde rest sebab dah 3 hari bermesyuarat di KL tu siang malam! Bila lepas solat asar, entah macam mana rasa kesian pulak kat yang nak menyiapkan hantaran kat atas bukit tu, sedangkan pada aku ada 3 hantaran yang aku nak beri kat depa iaitu bunga rampai, tepak sirih dan coklat.
Pakwe sampai rumah pukul 6.15 ptg, aku kerah anak2 siap dan kami meluru ke Fraser Hill tepat jam 6.35 ptg! Mak datok! Pakwe bawak kereta laju giler! Aku ingat dekat....rupanya dari Kuala Kubu Baru ke Fraser Hill 40 km lebih! Dan bila aku terpaksa melalui jalan-jalan yg macam ular kena palu tu, lagilah aku menyesal! Udahlah hari dah senja, nak hujan pulak tu.... aku dah mula cuak.....
Pakwe bawak kereta laju kerana nak mengejar waktu gate untuk naik ke atas tu di buka. Kalau lebih dari pukul tujuh dah takde pengawal yg jaga turun naik kereta di Fraser Hill tu, so bahaya sikit bila ada 2 kereta berselisih kerana jalan sempit, di sebelah jalan gaung, sebelah lagi tepi bukit.... Mula aku steady jer, lepas tu bila selekoh jalan dah makin tajam, aku dah mula goyah. Aku rasa macam ada benda yg nak terkeluar dari tekak aku! Aku menutup mulut dgn tangan. Peluh memercik didahi, rasa kepala berdenyut-denyut....aku beritau pakwe di sebelah dan anak2 di belakang aku nak pejamkan mata aku, aku dah tak tahan! Depa gelak sakan kat aku, ada yang mengusik.." mak jgn pejam mata lagi, tanah mak belum wasiatkan kat sesapa" Yang lain menyampuk. " rumah pun!" Sorang lagi menambah, " emas mak bagi kat kami"...ayah depa gelak besar! Bila aku sebut nak pejam mata, depa ingat macam aku dah nak mati dah! Ciss!! Kurang asam betul.....heheheheeh
Aku terus memejamkan mata aku...aku layan percakapan depa dgn kata "hmm. hmm ajer" aku mmg dah tak larat sangat, aku takut kalau aku bukak mulut aku akan termuntah! Dan akhirnya, kami sampai ke Banglo milik UDA hampir jam 8 mlm. Aku keluar dari kereta dgn memaut kuat tangan anak aku...mabuk! Aku rasa masa mengandung dulu pun aku tak seteruk ini mabuk nye!

Monday, December 20, 2010

Merosot

Hari ini entah kenapa terasa macam berada di UK ketika awal musim luruh...mungkin disebabkan cuaca yang suram dan terasa dingin akibat hujan yang lebat dan lama semalam. Aku baru balik dari klinik UPSI, ambil darah untuk check-up rutin setiap enam bulan. Hendak tengok paras kolestrol aku dah turun belum....
Sejak aku pulang dari menziarahi Noreha Bacuk , junior aku masa di SMSJ, yang kini berada di IJN, hati aku jadi tak keruan. Macam-macam rasa datang silih berganti, sedih, sebak.... dan insaf! Begitu mudah kesihatan kita merosot apabila sudah tiba waktunya. Ada yang kemerosotan kesihatan itu datang dengan berdikit-dikit, ada yang kemerosotan kesihatan itu datang secara zapppp! terus menjunam!
Setiap kejadian yang menimpa kita tentu ada hikmahnya yang hanya Allah saja yang tahu tapi aku mohon pada Nya jika dia ingin mengambil aku kembali padaNya, janganlah dibiarkan aku sakit berpanjangan.....

Thursday, December 9, 2010

Kopratasa : Permata Untuk Isteri (HQ Audio)

27 th Anniversary


Diam tak diam pada 8 December 2010 yang baru lepas genaplah 27 tahun kami bergelar sebagai suami isteri.
Pelbagai suka duka telah kami harungi bersama. Sebagai manusia yang serba kekurangan, kami tidak dapat lari dari asam garam kehidupan yang serba mencabar.
Hanya satu yang aku pinta....moga kasih sayang dan jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.... amin...

Monday, November 22, 2010

Jalan-jalan cari makan


Aku dan Ana tengah tengok menu


pening kepala kami nak pilih menu, tak tau yg mana sedap


Aku cuba rasa nasi mandy kambing pakwe,
boleh tahan juga...1 pinggan boleh makan 3 org! banyak giler!


kami minum air botol arab...apa ke nama dia?


Wah! Perut dah kenyang....rasa nak melengkor je, macam ular sawa....


Ana berhajat nak belanja kamai makan satu keluarga. Dia nak ajak makan kat tempat yang tak pernah kami pergi. So, aku called Membar, dia ni handal bab tempat-tempat makan yang sedap. So, last-last, kami pilih ke al Rawsya Ampang, nak cuba makanan arab pulak.

Friday, November 19, 2010

Syukur


anugerah dari SKTM


sedang menerima anugerah di pentas SKTM


sedang menerima anugerah di pentas SRA Hulu Bernam


di antara anugerah yg diterima dari SRAHB


Syakireen dan Amilia dengan hadiah masing2


Alhamdulillah, aku memanjat syukur kepada Allah kerana Syakireen dapat anugerah cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun yang lepas, untuk sekolah kebangsaan dan sekolah agama juga.
Amilia juga mendapat anugerah, iaitu peningkatan prestasi yang membanggakan . Alhamdulillah lagi sekali....segala pujian hanya buat mu jua...
Moga anak-anakku ini akan terus menjadi murid dan insan yang cemerlang dunia dan akhirat....
Aminn!

Wednesday, November 17, 2010

Bakawali


2hari sebelum mengembang

1 hari sebelum mengembang


pukul 9.malam


pukul 11 malam


pukul 12 tengah malam


Pokok bakawali ni adik aku yang beri masa balik kampung awal tahun hari tu. Masa tu masih anak pokok lagi. Pernah berbunga sekuntum... 5, 6 bulan lepas, tapi tak sempat nak rakam foto sebab tak faham cara dia berbunga dan mengembang. Bila bangun pagi tengok2 dah terkulai layu .
Kali ini bila dia mula mengeluarkan putik kuntuman bunga, aku dah mula berjaga-jaga. Pakwe pun seronok sama. Aku baca artikel-artikel yang berkaitan dengan bunga bakawali. Barulah aku tau bahawa bunga ini hanya kembang 1 malam sahaja, masa antara 9 malam hingga sebelum subuh. Sesudah subuh dia akan layu dan takkan mengembang lagi. Tunggulah bila dia berbunga lain pula, baru dapat lihat bunganya mengembang pulak, itupun kalau dia tidak merajuk, dan mau berbunga lagi. Dan baunya....... ya ampun! Wangi sungguh! sampai menusuk hidung! Dan malam tadi, laman rumah ku begitu harum sekali dengan harumannya dan bunga cempaka yang juga sedang lebat berbunga..... rasa tenang dan damai hati ini.... masya Allah, hebatnya ciptaanMU ya Allah....

Wednesday, November 10, 2010

Bingong


Sepanjang meniti usia ini, aku dapat lihat pelbagai ragam pasangan hidup. Ada yang suami isteri nampak ceria, bahagia, penuh wawasan dan impian yang indah2 bersama anak-anak. Ada yang isterinya teraniaya dengan suami yg curang atau yang garang atau yang tidak mempunyai sumber pendapatan yg tetap. Ada pulak yang suaminya baik, penyayang, ada sumber pendapatan tetap tetapi dapat isteri yang garang, malas, membuli suami dan anak-anak dan suka mencari gaduh. Aduhai kehidupan.........
Paling terasa bila ada diantara yang teraniaya itu adalah orang yang dekat dengan kita. Sedih , sayu, pilu hati melihat kehidupannya. Puas segala nasihat , pendapat dan pandangan di berikan , namun kelihatannya keadaan semakin tidak terkawal. Atau pun pasangan yang teraniaya itu sudah pasrah, atau bahagia dalam deritanya.....itu yg buat aku tak faham. Kita cuma hanya melihat, tapi tentu yg merasa dan mengalaminya lebih derita lagi..... Ya Allah , kuatkan hatinya.....

Monday, November 1, 2010

Mula Dah.....

Bila bangkit tidur hari Sabtu lalu, aku terasa nyeri pada lutut belah kanan. Aku mula berjalan dengkot2 sikit. Buat kerja macam biasa, buat sarapan, kemas rumah, siram pokok. Sampai masa nak solat dhuha rasa nyeri makin terasa. Aku buat tak tau, bila sujud...masya Allah sakitnya lutut aku!
Lepas tu rasa perut memulas, aku pi toilet. Kat tingkat bawah ni tandas cangkung....mak aih! sakitnya bila nak bangun dari posisi cangkung tu! Aku berpaut pada kepala paip di tepi tandas untuk bangun, siksa sungguh!
Aku meneruskan kerja2 rutin aku, memasak untuk makan tengah har. Lepas makan dan solat zohor dok melepak tengok tv sebelah pakwe aku. Bila dia minta aku ambikkan hpnya, aku tak boleh nak bangun dengan lancar, aku tarik pinggang seluar dia untuk dapat berdiri. Dia ketawakan aku! Teruknya mak hang! kata dia....
Bila malam, nak tidur, kalau tertindih lutut kanan ni, aku cepat-cepat alih...tup-tup ada bunyi macam meletup kat lutut kanan ni.....Takkan aku dah mula nak sakit lutut kot! Umur belum cecah 50 pun.....

Wednesday, October 13, 2010

Kesian

Kesiannya blog ni....dah lama tiada entri baru.
Tak tau kenapa, tangan terasa berat , kepala terasa bengap bila nak buat entri baru.

Kesiannya blog ni....terasa seperti isteri yg di tinggalkan ,
Sepi, kosong dan tidak bermaya.

Kesiannya blog ni..... perlukah diberi talian hayat ,
Jika hidupnya seperti tidak di perlukan lagi....
.
Ah! Kesian, kesian ...apa aku nak buat ye....

Monday, September 6, 2010

Sebelum Pulang Beraya


Ramadan mubarak sampai kepenghujungnya
dilepasi dengan rasa sayu hiba......
Sinar Syawal mula menjelma

disambut dengan berbaur rasa ,
10 jari di susun....

maaf di pinta,
Mudah-mudahan amalan diterima Yang Maha Esa

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Monday, July 26, 2010

Foto Lama


dgn Hafizah, Bibah dan Zaiha

dgn Noraini Samin

dengan Rosnah dan Noraini

tgh bersembang dgn arwah Faezah, ada Iss( di belakang) dan Azida tgh membongkok


Selongkar-selongkar laci, tetiba terjumpa beberapa foto lama masa sekolah kat SMSJ. Rasa sayu sangat bila tengok foto-foto lama ni.....

Friday, July 9, 2010

Sepi





Sepi.... dah lama aku menyepikan diri dari mengisi blog ini. Bukan kerana di landa demam 'facebook' dan aku pun bukanlah orang yang rajin ber'facebook' sangat....

Sepi.... malam ni rumah aku sepi. Semua orang kecuali aku dah belayar di alam mimpi. Ada yang terdampar di atas kusyen, ada yang terbongkang di bawah kusyen, ada yg terkapar di depan tv dan ada yg tergolek di tepi laptop! Aku je yang masih terkebil-kebil mengadap computer, menunggu anak jantan ku pulang dari kerja sambilannya.....

Sepi..... pergilah kau dari hidup ini.......

Friday, May 21, 2010

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

Aku suka bersembang dgn anak-anak aku. Kekadang kami berbual tentang pakaian, hiasan rumah, cita-cita, kegemaran dan termasuklah dalam hal berpacaran. Aku selalu beritau anak aku, kita tak perlulah bercinta bagai nak rak , buang masa, buang duit dan buang air mata jer. Kekadang bercinta bertahun-tahun pun , kawin belum tentu dapat. Kekadang tu dah bertunang-lanang pun , belum tentu dapat kawin gak dengan orang yg jadi tunang kita tu. Kerana ini semua kerja Tuhan. Soal jodoh Tuhan yang tentu kan.
Ada orang tak boleh terima kalau dia tak dapat berkawin dengan org yang dia cinta bagai nak rak tu. Padahal Allah nak kurniakan padanya pasangan yg lebih sesuai dan lebih baik lagi untuk dia.... rugi sungguh orang yg begini.
Di bawah ni ada aku link kan ke blog Cina Islam mengenai tanda-tanda orang yg mungkin menjadi jodoh kita. So, tak perlulah nak jadi macam dalam drama bersiri " Adam Maya" tu. Drama ni dapat menarik ramai penonton terutamanya di kalangan remaja. Bagus mesej yg nak di sampaikan , iaitu redhalah dan bersyukurlah dgn apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita....

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

Sunday, May 9, 2010

Triple Happy


8 May Birthday Suami yg ke 55

9 May Birthday Ana ( anak ke 2) yg ke 24
dan Mother's day

10 May Birthday Teman ler.....

rangkum sekali tiga-tiga birthday, jimat kan....
Terima kasih along sebab belikan kek untuk kami!

Tuesday, April 13, 2010

Ein bersukan

Tengah beratur , tunggu giliran nak lari

Ni tengah beratur main game bawa bola dgn kayu hoki
Ein yg depan sekali ...
Tu dia masuk lari pecut ( yg pakai tudung berbaju putih)
Dapat tempat ke 3...




Syakireen @ ein anak aku yang kecik sekali. Badannya kurus. Kalau depan orang, nampak macam pemalu. Tapi dia sebenarnya lincah. Suka menari ( tu darah seni mak dia...hahaha) dan tak tau duduk diam.
Baru-baru ni sukan sekolah dia, dia suruh jugak aku datang ke sekolah, katanya dia masuk lari. Untuk tak menghampakan hatinya aku pergi. Tak sangka pulak dia masuk lari pecut ( haa...yg ni ikut ayah dia !) Dapatlah tempat ke 3...jadilah. Kalau diasuh betul-betul tu boleh jadi macam ayah dia....hehehehe

Monday, March 29, 2010

Lepas rindu

martabak singapore

kejap jer dah licin

mak bawak cucu menantu dia round kampung kami,
pantai ni kat je dgn rumah mak


26 Mac...akhirnya aku dapat balik ke Johor. Last sekali aku ke JB masa bertandang along kawin 26 Dec 2009, dan kampong pulak masa balik raya puasa dulu. Tak tau kenapa hati menggamit2 sangat nak balik, nak makan macam-macam, terutamanya kuih lompat tikam, martabak singapore dan mee hoon rebus ikan di Sedili Besar.
Along pun balik sekali, bawa suaminya berkenalan dengan kampung aku....
Dan yang paling seronok, kebetulan ayah yang di Pahang pun balik ke Sedili kerana anak saudara ayah ada buat kenduri kawin di Sedili....apa lagilah...aku heret ayah pi makan mee rebus ikan di Kuala sedili. Ayah kata dah lebih 40 tahun dia tak makan mee tu.... aku makan siap tambah lagi, pakwe aku sampai geleng-geleng kepala, dah lah makan lompat tikam sampai 3 mangkok sekali jalan je! Memang habis terus diet aku......
Sebelum balik ke kampung di Tg Sedili, tidor di JB dulu, kami pekene martabak singapore kat jalan Sg Chat ( dekat dgn EC).

Sunday, March 21, 2010

Penyejuk Hati


pokok bonsai pakwe

pokok kesidang yg mengeluarkan bunga sulung

pokok cempaka juga berbunga sulung

disinilah tempat aku menyejukkan hati dan menenangkan rasa


Selesai majlis kenduri kawin along, aku baru ada masa nak kisahkan laman rumah. Sejak pindah dari JB dulu, baru inilah aku serious sikit untuk menghias laman rumah. Jika masa di JB aku giler buat collection pokok orkid, di sini, aku hanya buat collection pokok bunga biasa terutama yang ada bau harum.
Sekarang ni , selepas anak-anak dan suami keluar rumah, aku akan mengadap pokok-pokok ni. Rasa sejuk hati, apabila mendengar jatuhan air dari water feature dan menghidu bau-bau bunga yg harum. Pokok bunga kesidang sudah mula mengeluar bunga, begitu juga dengan pokok cempaka...... lupa sekejap segala masalah dan gundah gulana.....

Wednesday, March 3, 2010

Ayah

Ayahku


Tiba-tiba aku teringatkan ayah hari ini.... kejap lagi nak telefon dia , bertanya khabar.
Ayahku....seorang lelaki yang baik...amat baik sebenarnya. Aku amat menyayangnyai. Dari kecik, aku memang lebih rapat dengan ayah dari emak. Ayah adalah menantu pilihan arwah datukku. Tok ayah yg pinang ayah untuk emak sebab ayah aku tu warak sikit dan pandai bertukang. Dalam kelas, mereka bergilir2 mendapat no 1 atau 2 dalam peperiksaan.
Tok ayah ada kedai makan yang laris masa tu. Ayah jadi tukang bancuh air. Bila nak raya, emak cuma adun je kuih, ayah akulah yang menerapnya. Aku masih terbayang macam mana teruknya ayah menekan acu kuih semprit.
Aku suka di dukung ayah, walaupun dah berusia 5 tahun masa tu. Aku selalu memaut leher ayah dari belakang dan memanjat belakangnya untuk minta dukung. Dia tak pernah meletak tangannya padaku. Aku selalu ikut dia pergi bertukang. Ayah pandai buat perabot.Satu je kekurangan ayah masa itu...dia tak berapa kacak ( masa tu anak gadis tengah menggilai P Ramlee, so lelaki yg mirip P Ramlee pun akan jadi pujaan!) Ayah berbadan kurus, putih kuning dan berwajah seperti cina ( sebab ada darah cina).
Ditakdirkan Allah jodoh ayah dengan emak tak panjang...aku terpana. Dan lelaki yang mengambil tempatnya disisi emak tidak dapat aku terima walau pun kini dia telah pergi menemui Allah... Semoga Allah mengampunkan aku.
Betapa aku memuja ayah hingga pernah aku meminta kepada Allah agar jika aku bertemu jodoh, temukanlah dengan lelaki yang ada ciri-ciri seperti ayahku....walau pun tak kacak....
Alhamdulillah....doa ku di makbulkanNya....

Monday, February 22, 2010

Nama

Nur Syakireen & Nur Syazni

Dalam Islam, ada adab untuk menamakan anak-anak yang baru dilahirkan. Islam menggalakkan kita memberi nama yang baik-baik, yang mempunyai makna yang baik. Nama-nama orang yang terkenal dengan sifat-sifat yang terpuji, alim dan mulia seperti nama-nama nabi, isteri nabi, anak nabi, ibu nabi, sahabat nabi juga amat digalakkan untuk diambil dan dibubuhkan kepada anak-anak yang baru lahir agar mereka akan menjadi sebaik dan semulia penama asal tersebut. Kalau berminat denga nama-nama yang di sandarkan kepada Allah, hendaklah di mulakan dengan perkataan Abdul.
Buat diri aku, ketika melahirkan anak sulongku dgn kelahiran tidak cukup bulan ( 7 bulan saja), kami suami isteri sepakat menamakannya dengan nama 'syazni' yg membawa maksud kecergasanku. Kami risau anak kami yang tidak cukup bulan itu menjadi seorang anak yang lemah, mudah sakit dan tidak gergas. Sebenarnya nama 'syazni terletak dalam golongan nama untuk lelaki, jadi terpaksa kami tambahkan 'nur' di depan nama syazni untuk nama itu kelihatan perempuan. Alhamdulillah anak ku itu dijadikan Allah bertepatan seperti mana namanya....
Bila aku melahirkan anak yang ke 5 pula, sekali lagi aku memilih nama yang lebih di peruntukan untuk anak lelaki. Bukan kerana dia dilahirkan tidak cukup bulan juga tapi kerana aku mengharap sangat agar anak itu seorang lelaki kerana aku dah ada 3 orang anak perempuan dan hanya seorang lelaki pada masa itu. Nama 'syakireen' telah aku pilih, dan bila aku melahirkan nya aku letakkan juga nur dipangkal nama syakireen supaya ia kelihatan lebih keperempuanan... kerana aku melahirkan anak perempuan lagi.... aku bersyukur dengan apa jua ketentuan Allah.
Bila mengajar Syakireen mengaji qur'an, dia akan bunyikan dengan kuat kalau dia terjumpa perkataan syakireen dalam ayat quran yang di bacanya. Bukan main megah lagi dia, namanya ada dalam qur'an tapi kadang-kadang Nur Syakireen merungut....kawan-kawannya mengejek kerana namanya adalah nama lelaki........

Thursday, February 11, 2010

Lagu Kenangan

Lagu banyak meninggalkan kenangan dalam sepanjang kehidupan kita, daripada zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah dah meningkat tua ni. Nampak sangat mendengar lagu menjadi sebahagian dari kehidupan kita.
Kalau zaman kanak-kanak dulu aku selalu mencuri dengar radio kecil mak saudara sepupu aku yg tinggal dengan moyang aku. Lagu-lagu yang selalu kedengaran dah tentulah lagu-lagu pop yeh yeh. Bila dah bersekolah rendah, lagu-lagu Anita Sarawak , Ismail Haron, Zaliha Hamid, Sanisah Huri, Eddy Ahmad dan Sharifah Aini pulak jadi kegilaan. Bila masuk SMSJ je, pada peringkat menengah rendah, kegilaan terhadap lagu-lagu Uji Rashid, DJ Dave, Sudirman, d'lloyd, Julie Remy,dan ada beberapa kerat lagu inggeris. Bila dah naik menengah atas dan di maktab, start lah dengan Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Carefree, Alleycats,M Nasir n Kembara dan banyak lagi...
Tapi ada berapa lagu yang betul-betul jadi kenangan, kalau dengar rasa macam tak puas gitu dan terbit rasa sayu, rindu bercampur-campur. Antaranya ialah lagu Selamat Tinggal Bungaku, Air Mata Kasih, Hingga akhir Nanti, Masih kah Kau ingat, Merisik Khabar dan ada lagi beberapa lagu lagi yang kalau terdengar memang mencengkam kalbu.....
Lagu Selamat Tinggal Bungaku tu, ada 3 orang lelaki yg tuju khas untuk aku...dan salah sorangnya yang dah jadi suami aku sekarang.....hehehehe
Dan sekarang ini rasanya lagu yang betul-betul menyentuh hati aku ialah lagu 'wanita biasa'.....

Tuesday, February 2, 2010

Teringin

Sesekali ku rasa teringin
melewati hatimu yg dingin....

Tu lagu Shima zaman kita muda-muda dulu, tapi sampai laa ni pakwe aku suka sangat dengar
lagu tu.....
Ni bukan nak cerita pasal lagu teringin tu, tapi entah kenapa , tiba-tiba jer semalam ni masa tengah panas terik tu aku boleh teringin nak makan 'lompat tikam'.....
Isy....bukan lah mengidam pulak.... cuma teringin sebab dah lama tak makan. Makanan ni orang belah pantai timur kenal benarlah ( dan Tg Sedili tu terletak sebelah pantai timur Semenanjung kan!) Bila hari panas-panas sesuai benarlah makan lompat tikam ni. Kalau buat berbuka puasa....perrgh! lazatnya.....
Rasa macam nak terbang balik kampung je, nak makan macam-macam, laksa johor, laksam, martabak singapore ...tapi.....
Nak buat sendiri.... tak sama macam yg disana nu .....
Sabor!sabor!.....bilalah aku dapat balik kampung ek.....

Wednesday, January 27, 2010

Terharu

Air mata dia bergenang.......
terharu melihat ayahnya yang uzur menjahit kelambu yang koyak
yang mahu digantung buat ibunya yang sakit.......
Air matanya bergenang......
terharu kerana ibu ayahnya yang uzur tidak mahu tinggal di rumah anak-anak
walaupun semua anak-anaknya orang yang senang.....
Air matanya bergenang.....
terharu kerana dia tidak dapat menjengok ibu ayahnya yang uzur setiap hari
terkekang kerana faktor kerja dan jarak.....
Terharu sungguh aku
kerana tidak mampu menghapuskan genangan airmatanya.....
kesedihan dihatinya meruntun hatiku
kedukaan hatinya merobek jantungku
keresahannya mengganggu lenaku
Hanya hujung jari ku yang mampu mengelap linangan airmatanya.

Thursday, January 21, 2010

Malas


Malas!
Perkataan yang tak patut keluar dari mulut aku.....
Tapi sungguh...kenapa aku rasa malas sangat nak buat apa-apa......
Malas nak menjahit,
malas nak masak,
malas nak kemas rumah,
malas nak ber FB,
malas nak jengok blog, nak balas komen,
malas nak tengok tv,
malas nak membaca buku atau majalah,
malas, malas, malas........
kenapa ek?

Yang aku rajin sikit.........
pi cium bau bunga yg wangi kat tepi rumah ( aku tambah lagi collection bunga wangi),
pi buat rawatan muka,
pi potong rambut,
puasa,
mengaji..........

Hormon tak stabil ke?

Tuesday, January 12, 2010

''Honeymoon''

Honeymoon selalunya dikaitkan dengan pasangan yang pergi bercuti berdua-duaan, tak kira yang baru kawin atau yang dah lama kawin. Baru-baru ni, selepas along berkahwin, dia pergi honeymoon ke Pangkor. Seronok dengar cerita dari dia....

Masa aku baru kawin dulu, kami tak sempat nak pergi honeymoon pun. Masa tu aku belum lagi dapat posting ngajar ( baru keluar maktab) dan pakwe aku tu baru balik buat master dan baru kerja dalam sebulan lebih.....so duit takde nak pergi haneymoon, dan pakwe tak dapat cuti lama.

Jadi kami tak pernah dapat pergi honeymoon, lebih-lebih lagi selepas kawin kami di kurniakan anak berderet-deret. Kami pulak yg jenis kalau berjalan kemana-mana, kalau boleh nak angkut semua anak-anak ikut sekali...... so memang takde chancelah nak rasa honeymoon.....

Monday, January 4, 2010

Pesan

Bila along dah berumah tangga, antara pesanan yg aku tekankan ialah menghormati tetamu. Tak kira siapa.....

Dalam kitab hadith 40 Imam Nawawi, hadis ke 15:
".......... Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
Seorang sahabat Ansar sanggup menahan lapar semalaman kerana memberikan makanan yg ada di rumahnya kepada tetamu rasulullah yang datang ke rumahnya.....
Memuliakan tetamu pula bererti melakukan kebaikan kepada orang yang datang dan melayani mereka dengan cara yang sopan serta memberikan jamuan menurut kadar yang sesuai....

Kenapa aku amat menekan ini kerana ia melibatkan iman.... dan aku dapati orang muslim sekarang amat kurang kesedaran tentang memuliakan tetamu. Atau pun memilih-milih tetamu, kalau yg datang org kaya, berpangkat atau ada nama, dilayan bersungguh2, sampai tak cukup tangan! Tapi kalau yg datang org biasa, yg tiada apa2....layanannya lebih kurang saja, kadang-kadang menjamu air kosong pun tak sudi! Malang sungguh.......
Semoga anakku akan menyematkan pesanan ku ini dengan kukuh dihatinya, ini melambangkan juga budi bahasa kita dan didikan orang tua..... malunya aku jika anakku tidak tahu menghormati tetamu!