keluargaku

keluargaku

Monday, December 20, 2010

Merosot

Hari ini entah kenapa terasa macam berada di UK ketika awal musim luruh...mungkin disebabkan cuaca yang suram dan terasa dingin akibat hujan yang lebat dan lama semalam. Aku baru balik dari klinik UPSI, ambil darah untuk check-up rutin setiap enam bulan. Hendak tengok paras kolestrol aku dah turun belum....
Sejak aku pulang dari menziarahi Noreha Bacuk , junior aku masa di SMSJ, yang kini berada di IJN, hati aku jadi tak keruan. Macam-macam rasa datang silih berganti, sedih, sebak.... dan insaf! Begitu mudah kesihatan kita merosot apabila sudah tiba waktunya. Ada yang kemerosotan kesihatan itu datang dengan berdikit-dikit, ada yang kemerosotan kesihatan itu datang secara zapppp! terus menjunam!
Setiap kejadian yang menimpa kita tentu ada hikmahnya yang hanya Allah saja yang tahu tapi aku mohon pada Nya jika dia ingin mengambil aku kembali padaNya, janganlah dibiarkan aku sakit berpanjangan.....

3 comments:

Za Nans said...

salam akak... akak jaga kesihatan ye, jgn risau2. sll brfikiran positif... moga akak sihat2 sll.

Juragan said...

fatie..
sama sama kita ubat satu plastik..harap kita dapat tengok semua menantu kita sebelum pergi...doa banyak banyak fatie..aku bertongkat bila bangun pagi

fati said...

Wah!terharu teman atas sokongan kekawan...terima kasih Za dan KK. Sesekali aku ni 'blues' jugak kan.... hehehe