keluargaku

keluargaku

Wednesday, March 3, 2010

Ayah

Ayahku


Tiba-tiba aku teringatkan ayah hari ini.... kejap lagi nak telefon dia , bertanya khabar.
Ayahku....seorang lelaki yang baik...amat baik sebenarnya. Aku amat menyayangnyai. Dari kecik, aku memang lebih rapat dengan ayah dari emak. Ayah adalah menantu pilihan arwah datukku. Tok ayah yg pinang ayah untuk emak sebab ayah aku tu warak sikit dan pandai bertukang. Dalam kelas, mereka bergilir2 mendapat no 1 atau 2 dalam peperiksaan.
Tok ayah ada kedai makan yang laris masa tu. Ayah jadi tukang bancuh air. Bila nak raya, emak cuma adun je kuih, ayah akulah yang menerapnya. Aku masih terbayang macam mana teruknya ayah menekan acu kuih semprit.
Aku suka di dukung ayah, walaupun dah berusia 5 tahun masa tu. Aku selalu memaut leher ayah dari belakang dan memanjat belakangnya untuk minta dukung. Dia tak pernah meletak tangannya padaku. Aku selalu ikut dia pergi bertukang. Ayah pandai buat perabot.Satu je kekurangan ayah masa itu...dia tak berapa kacak ( masa tu anak gadis tengah menggilai P Ramlee, so lelaki yg mirip P Ramlee pun akan jadi pujaan!) Ayah berbadan kurus, putih kuning dan berwajah seperti cina ( sebab ada darah cina).
Ditakdirkan Allah jodoh ayah dengan emak tak panjang...aku terpana. Dan lelaki yang mengambil tempatnya disisi emak tidak dapat aku terima walau pun kini dia telah pergi menemui Allah... Semoga Allah mengampunkan aku.
Betapa aku memuja ayah hingga pernah aku meminta kepada Allah agar jika aku bertemu jodoh, temukanlah dengan lelaki yang ada ciri-ciri seperti ayahku....walau pun tak kacak....
Alhamdulillah....doa ku di makbulkanNya....

9 comments:

pakroslan said...

Salam Fatimah,
maafkan aja.. yg sudah.... sudahlah

Kembara Kelana said...

fatiemah...
entri kau menyentuhkan hatiku..mulalah aku teringat pak aku pulak...

bong said...

Fati, kali ini kau kena dukung ayah kau pula.
Kalau sudah teringat ziarah le dia, tapi jangan lupa dengan izin suami.

fati said...

Bong, aku nak balik Johor pun susah, ni pulak nak balik Pahang jengok ayah.... nak balik sendiri, orang tak izin, apakan daya.....

bong said...

Kalau aku tak le pula. Isteri aku selalu balik seorang (drive sendiri) bila aku tak sempat.Tapi kena le buat laporan selalu, maksud aku talipon.Isteri aku kalau balik rumah emak dia makan masa 1 setengah jam le juga.
Kau kan boleh bawa teman anak2.Eh aku pulak nakajar kau.Maaf Fati dan abang Rosli.

mrs jannuri said...

Fati...

Kita cam cikgu besar, cerita bab2 ni kita tersentuh abis. Sukar nak diciterkan.. dua minggu x tentu cukup, orang yang dengar pun x tentu akan faham, nak tulis.. ntah brapa pad kertas kajang perlu digunakan tp apa pun.. biar bagaimana dia bapak kita.. nama dia Hj Daud.. he is soooo special dlm hati kita.

Bapak kita & ayah Fati ada persamaan... dia pandai bertukang..kat umah kita ada sepasang kerusi hasil tangan dia puluhan tahun dulu yang kita guna dan akan simpan sebagai antara barangan paling berharga dlm hidup kita.

Fati..tumpang umah awak ye..

Pak aji.. cam ne nak atasi ye kalau ada org yang bagi izin tu cam tak gembira jer, cam terpaksa aje..

bong said...

Sal, mula2 kau kena le gembirakan dia, pas tu kau bancuh leh sampai larut.Kalau Wak Jan tu, mudah sangat bagi aku.

fati said...

Bong, aku sama macam Sal tu.... dia kata sampai hati nak tinggalkan dia, yg dia tak berenti tinggalkan kita, dia tak kesah pulak..... tak faham aku org lelaki ni.....

bong said...

Fati n Sal org lelaki ni memang suka bermanja bukan ngada2, kau berdua kena faham.Kalau kau manjakan lelaki ni kan makin sayang dia kat kau tau tak.Manja ni lebih2 dah tua.