keluargaku

keluargaku

Tuesday, February 2, 2010

Teringin

Sesekali ku rasa teringin
melewati hatimu yg dingin....

Tu lagu Shima zaman kita muda-muda dulu, tapi sampai laa ni pakwe aku suka sangat dengar
lagu tu.....
Ni bukan nak cerita pasal lagu teringin tu, tapi entah kenapa , tiba-tiba jer semalam ni masa tengah panas terik tu aku boleh teringin nak makan 'lompat tikam'.....
Isy....bukan lah mengidam pulak.... cuma teringin sebab dah lama tak makan. Makanan ni orang belah pantai timur kenal benarlah ( dan Tg Sedili tu terletak sebelah pantai timur Semenanjung kan!) Bila hari panas-panas sesuai benarlah makan lompat tikam ni. Kalau buat berbuka puasa....perrgh! lazatnya.....
Rasa macam nak terbang balik kampung je, nak makan macam-macam, laksa johor, laksam, martabak singapore ...tapi.....
Nak buat sendiri.... tak sama macam yg disana nu .....
Sabor!sabor!.....bilalah aku dapat balik kampung ek.....

8 comments:

mrs jannuri said...

fati....

bab-bab teringin ni kan lebih terarah kepada prangai orang mula mengandung.. kadang2 tu macam klakar tapi entahlah mungkin kebetulan saja, orang lain yang mengandung orang lain yang mengidam.. ntah2 Fati nak jadi nenek kot... cuba siasat Fati. Sal memang ada dengar kisah2 ni, isteri yang mengandung, sisuami yang sibuk teringin nak makan itu & ini, ada juga suami yang muntah sakan dan x mustahil along yang mengandung Fati plak yang mengidam. Ke ntah Fati sendiri tak??? pegi check Fati, kot2 positive, ok per.. kihkihkih

Sal pulak...kita nak bersalin wak pulak yang demam sakan.

bong said...

Fati, senang je, kau lompat dan pas tu suruh le abang Rosli tikam... ha..ha..ha..

fati said...

Sal.... lama awak ni senyap....
sebok ek....

Hahaha...along belum ada apa2 lagilah, dia tengah sebok giler tu, oncall tak berenti.
Agaknya saja tekak ni jahat, nak benda yg takde kat Tg Malim ni....

Mertabak kat sini macam roti canai telur je! Tu yg terkenang mertabak kat johor tu...

fati said...

Kau bong!
Jgnlah kau galakkan sangat pakwe aku tu menikam...
Kau selalu pi Kuantan kan...mesti biasa jumpa kueh lompat tikam kan....

bong said...

Fati, betul le tu kuih lompat tikam memang terkenal di Ktn, Martabak sedap klu kau ke Pekan Martabak Mekasar namanya sebelah SMS Sultan Ahmad Shah dan satu lagi klu kau lalu jln Kuantan Segamat sampai simpang masuk ke Chini sebelah Petronas Station sedap juga martabaknya tapi kedua2 tempat ni mula operasi pukul 4 ptg hingga 11 mlm

Teja said...

lompat tikam? penah dengar tp tk kenal rupe dia... hehe

samat hari raya kak fati dn samat brcuti.... kuih dh buat??? hehe

balik kg tu hati² memandu okey.

Sukimin said...

Fati, kuih apa tu? macam mana aku tak tahu pulak pasal kuih tu.
Zaidi, kalau kau ada mesyuarat kat sini, kau bawak lah satu dua untuk aku.

fati said...

Min, lebih kurang macam kuih sum-sum kat Johor, tapi tu selapis je. Lompat tikam ni 2 lapis, atasnya putih, bawahnya hijau, tuang dgn air gula melaka, makan.....pergghh!

Teja... kita tak wat kuih raya ni, kita makan besar je sebab suma anak-anak ada balik....heheheeh