keluargaku

keluargaku

Wednesday, January 27, 2010

Terharu

Air mata dia bergenang.......
terharu melihat ayahnya yang uzur menjahit kelambu yang koyak
yang mahu digantung buat ibunya yang sakit.......
Air matanya bergenang......
terharu kerana ibu ayahnya yang uzur tidak mahu tinggal di rumah anak-anak
walaupun semua anak-anaknya orang yang senang.....
Air matanya bergenang.....
terharu kerana dia tidak dapat menjengok ibu ayahnya yang uzur setiap hari
terkekang kerana faktor kerja dan jarak.....
Terharu sungguh aku
kerana tidak mampu menghapuskan genangan airmatanya.....
kesedihan dihatinya meruntun hatiku
kedukaan hatinya merobek jantungku
keresahannya mengganggu lenaku
Hanya hujung jari ku yang mampu mengelap linangan airmatanya.

5 comments:

Kembara Kelana said...

fatie
aku terasa ada 'jiwa' dalam bahasa kau yang puitis tu..kau menulis dengan hati dan jiwa kau fatie...kau faham tetapi tak daya, berat matakau memandang, berat lagi bahunya memikul..kau di situasi 'tenggelam' fatie..selalulah berdoa pada kebahgiaan dan kebaikannya..

fati said...

Itulah yg tak putus2 aku lakukan Sop, agar kami tidak diuji dgn ujian yg tak tertanggung oleh kami berdua....

Teja said...

sape kak fati?? sedih la pulak...

hafizah said...

Salam Pati,
Ini memang ujian Allah. Ujian hanye untuk mahlukNya yang Dia kasihi. Banyak2 bersyukur dan mungkin boleh amalkan baca surah As-Syarh, Surah ke94.(Alam Nasyrah) Fahami maksudnye. Ha kalau kusut, selalu baca surah tu. Alhamdulillah.

fati said...

Teja....cuba teka...hehehehe

Ha..... terima kasih Ha, bila dah luah sikit kat awak, rasa ceria sikit.....