Pokok bakawali ni adik aku yang beri masa balik kampung awal tahun hari tu. Masa tu masih anak pokok lagi. Pernah berbunga sekuntum... 5, 6 bulan lepas, tapi tak sempat nak rakam foto sebab tak faham cara dia berbunga dan mengembang. Bila bangun pagi tengok2 dah terkulai layu .
Kali ini bila dia mula mengeluarkan putik kuntuman bunga, aku dah mula berjaga-jaga. Pakwe pun seronok sama. Aku baca artikel-artikel yang berkaitan dengan bunga bakawali. Barulah aku tau bahawa bunga ini hanya kembang 1 malam sahaja, masa antara 9 malam hingga sebelum subuh. Sesudah subuh dia akan layu dan takkan mengembang lagi. Tunggulah bila dia berbunga lain pula, baru dapat lihat bunganya mengembang pulak, itupun kalau dia tidak merajuk, dan mau berbunga lagi. Dan baunya....... ya ampun! Wangi sungguh! sampai menusuk hidung! Dan malam tadi, laman rumah ku begitu harum sekali dengan harumannya dan bunga cempaka yang juga sedang lebat berbunga..... rasa tenang dan damai hati ini.... masya Allah, hebatnya ciptaanMU ya Allah....
5 comments:
cantiknya bunga akak... jeles dibuatnye
jom meh kita main tukar-tukar bunga nak?
dalam blog je ke betul2 kak? jauh nak hantar... hehe
Dalam blog boleh, betul-betul lagilah boleh....heheheh
Assalamualaikum. Cantiknya Tie... Nanti boleh minta benih?
Post a Comment