keluargaku

keluargaku

Thursday, February 11, 2010

Lagu Kenangan

Lagu banyak meninggalkan kenangan dalam sepanjang kehidupan kita, daripada zaman kanak-kanak, remaja, dewasa hinggalah dah meningkat tua ni. Nampak sangat mendengar lagu menjadi sebahagian dari kehidupan kita.
Kalau zaman kanak-kanak dulu aku selalu mencuri dengar radio kecil mak saudara sepupu aku yg tinggal dengan moyang aku. Lagu-lagu yang selalu kedengaran dah tentulah lagu-lagu pop yeh yeh. Bila dah bersekolah rendah, lagu-lagu Anita Sarawak , Ismail Haron, Zaliha Hamid, Sanisah Huri, Eddy Ahmad dan Sharifah Aini pulak jadi kegilaan. Bila masuk SMSJ je, pada peringkat menengah rendah, kegilaan terhadap lagu-lagu Uji Rashid, DJ Dave, Sudirman, d'lloyd, Julie Remy,dan ada beberapa kerat lagu inggeris. Bila dah naik menengah atas dan di maktab, start lah dengan Khatijah Ibrahim, Jamal Abdillah, Carefree, Alleycats,M Nasir n Kembara dan banyak lagi...
Tapi ada berapa lagu yang betul-betul jadi kenangan, kalau dengar rasa macam tak puas gitu dan terbit rasa sayu, rindu bercampur-campur. Antaranya ialah lagu Selamat Tinggal Bungaku, Air Mata Kasih, Hingga akhir Nanti, Masih kah Kau ingat, Merisik Khabar dan ada lagi beberapa lagu lagi yang kalau terdengar memang mencengkam kalbu.....
Lagu Selamat Tinggal Bungaku tu, ada 3 orang lelaki yg tuju khas untuk aku...dan salah sorangnya yang dah jadi suami aku sekarang.....hehehehe
Dan sekarang ini rasanya lagu yang betul-betul menyentuh hati aku ialah lagu 'wanita biasa'.....

6 comments:

Sukimin said...

kau tak ingat ke lagu yang mimbar nyanyi dulu kat dewan sekolah?

fati said...

Haa? Mimbar ada nyanyi ? Tapi aku takleh recalled jugak lah.... tahun bila tu ek?

bong said...

Kalau di kelas aku ada lagu J Mizan di Jawakan oleh Hj Adnan dan dinyanyikan oleh Yusup

fati said...

Lagu J Mizan yang mana tu bong yg Yusup nyanyi?

bong said...

Ala yang Dino ikie kuea teko meneh, kalau aku tak silap. Melayunya hari ini engkau datang lagi.

fati said...

OOO...hari ini kau datang riang
tersenyum buat ku senang.....
Bayangkan yusup nyanyi lagu tu dlm versi jawa....hahahaha
dia tuju kat sapalah lagu tu ek....