Aku suka bersembang dgn anak-anak aku. Kekadang kami berbual tentang pakaian, hiasan rumah, cita-cita, kegemaran dan termasuklah dalam hal berpacaran. Aku selalu beritau anak aku, kita tak perlulah bercinta bagai nak rak , buang masa, buang duit dan buang air mata jer. Kekadang bercinta bertahun-tahun pun , kawin belum tentu dapat. Kekadang tu dah bertunang-lanang pun , belum tentu dapat kawin gak dengan orang yg jadi tunang kita tu. Kerana ini semua kerja Tuhan. Soal jodoh Tuhan yang tentu kan.
Ada orang tak boleh terima kalau dia tak dapat berkawin dengan org yang dia cinta bagai nak rak tu. Padahal Allah nak kurniakan padanya pasangan yg lebih sesuai dan lebih baik lagi untuk dia.... rugi sungguh orang yg begini.
Di bawah ni ada aku link kan ke blog Cina Islam mengenai tanda-tanda orang yg mungkin menjadi jodoh kita. So, tak perlulah nak jadi macam dalam drama bersiri " Adam Maya" tu. Drama ni dapat menarik ramai penonton terutamanya di kalangan remaja. Bagus mesej yg nak di sampaikan , iaitu redhalah dan bersyukurlah dgn apa yang telah ditentukan oleh Allah untuk kita....
10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita
1 comment:
fati betul kau tak bercinta lama, aku rasa dr sekolah hingga beranak pinak.Apa pun betul kat kau semua tu adalah ketentuan ALLAH kita sebagai hamba wajib redha....
Post a Comment