keluargaku

keluargaku

Thursday, January 21, 2010

Malas


Malas!
Perkataan yang tak patut keluar dari mulut aku.....
Tapi sungguh...kenapa aku rasa malas sangat nak buat apa-apa......
Malas nak menjahit,
malas nak masak,
malas nak kemas rumah,
malas nak ber FB,
malas nak jengok blog, nak balas komen,
malas nak tengok tv,
malas nak membaca buku atau majalah,
malas, malas, malas........
kenapa ek?

Yang aku rajin sikit.........
pi cium bau bunga yg wangi kat tepi rumah ( aku tambah lagi collection bunga wangi),
pi buat rawatan muka,
pi potong rambut,
puasa,
mengaji..........

Hormon tak stabil ke?

5 comments:

Kembara Kelana said...

pada pendapat aku bukan masalah hormon, actually ti, ada kala memang begitu...rutin memang menyiksa jiwa kadang kala...perlu sesuatu yang baru, lupakan rutin tu kejab..lepas tu baru kembali normal...aku cadang kau melengkor jer dalam bilik...diam dan buat tak tau...kau tengok respon kat rumah...

fati said...

Sop, selain dari rutin..... sebenar yg kat dalam dada ni yg berserabot, rasa terkilan, marah, rasa tak dihargai, rasa tak dihormati...yg tak dapat diluah..... itu yg mematikan motivasi diri....
Hanya padaNya aku mohon padamkan semua rasa-rasa tersebut....

fati said...

Hari ni aku pi beli pokok bunga lagi, sudah mestinya aku nak yg ada bau wangi...
Dulu aku gila okid, laa ni.... cari yang berbunga wangi pulak dah... Cari pokok harum sundal malam, tak jumpa lagi....

Kembara Kelana said...

ti
kat rumah aku ada..tapi nak ngantor jauh..oh nanti aku kirim dgn cikgu leman, dia berulang kat upsi setiap minggu buat masters..nanti aku suruh zai bungkuskan..harum sundal malam ni warna merah putih...wanginya, dan dia memanjat ti..memang wangi sangat. kalau aku lupa kau sms aku pada hari sabtu

fati said...

Tima kasih banyak-banyak Sop!
Sukanya aku.....