keluargaku

keluargaku

Monday, January 4, 2010

Pesan

Bila along dah berumah tangga, antara pesanan yg aku tekankan ialah menghormati tetamu. Tak kira siapa.....

Dalam kitab hadith 40 Imam Nawawi, hadis ke 15:
".......... Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."
Seorang sahabat Ansar sanggup menahan lapar semalaman kerana memberikan makanan yg ada di rumahnya kepada tetamu rasulullah yang datang ke rumahnya.....
Memuliakan tetamu pula bererti melakukan kebaikan kepada orang yang datang dan melayani mereka dengan cara yang sopan serta memberikan jamuan menurut kadar yang sesuai....

Kenapa aku amat menekan ini kerana ia melibatkan iman.... dan aku dapati orang muslim sekarang amat kurang kesedaran tentang memuliakan tetamu. Atau pun memilih-milih tetamu, kalau yg datang org kaya, berpangkat atau ada nama, dilayan bersungguh2, sampai tak cukup tangan! Tapi kalau yg datang org biasa, yg tiada apa2....layanannya lebih kurang saja, kadang-kadang menjamu air kosong pun tak sudi! Malang sungguh.......
Semoga anakku akan menyematkan pesanan ku ini dengan kukuh dihatinya, ini melambangkan juga budi bahasa kita dan didikan orang tua..... malunya aku jika anakku tidak tahu menghormati tetamu!

6 comments:

Kembara Kelana said...

fatie
ada satu lagi hadis....seorang tetamu yang datang membawa 100 rahmat Allah. Bukan senang rahmat Allah nak datang, aku suka tetamu datang rumah aku fatie...nanti rumah aku dah siap aku buat reunion kat rumah aku...pagi sampai malam...makan makan dan kita sembang sembang...dari KL cuma 1jam setengah je..dari TM tambah 2 jam je..bagus benar kau pesan kat dia tu...jadi kak long duk mana fatie?

fati said...

Along menyewa kat PJ, dekat dgn PPUM... suami berulang ke Bangi takpe, along kerja tak menentu siang malam, biarlah dia yg dekat......

Aku Pengail said...

Aku rasa ko dah laksanakan tanggung jawap ko Fati..Syukur..
Mudah-mudahan aku akan ikut cara ko bila ada rezeki nanti InsyaAllah.

hafizah said...

Salam Pati. Jangan bimbang. Saya pasti Along anak yg cukup budi pekertinye. Pandai awak didik.
Along dah datang rumah saya,siap bawak buah tangan, macam mak dia juga!!!
Dia citer rumah dia dah penuh perabut. Mak dgn ayah punye hobby baru ke???? He..he..he..

fati said...

Hobi apa Ha....sian tengok anak baru mula nak hidup sendiri...heheheeh. Lagi pun tu semua pakai duit hantaran dia, kita tolong belikan je. Kalau bagi kat depa duit, takut depa beli merapu pulak nanti...

bong said...

Fati, cantik le tu, kita berpesan pada diri sendiri dan orang lain, terutama anak kita sendiri, klu tak ibu dan bapa yg ingatkan sapa lagi nak ingatkan.