Along baru balik dari JB beritau kat aku yg kawannya masa di MRSM Jasin dulu baru kawin. Kawan along ni dulu dapat 4 .0 masa kat matrik, sekarang dia jadi cikgu.
Ari tu Ana citer kawan dia yg dapat pointer 3.5 masa first degree kat UTM ( kursus math) jadi cikgu GSTT, lepas 2 tahun baru dapat buat DPLI kat UPSI kursus PJK!
Dan ada banyak lagi cerita yang aku dengar tentang budak2 yang sangat cemerlang masa di sekolah dan buat first degree kat U, tetapi akhirannya hanya biasa-biasa saja. Di mana silapnya? Takdir?
Aku dulu pun masa sekolah di SMSJ, among top 5 dalam kelas. SPM 1st grade. Tapi sekarang jadi apa? Ramai kawan-kawan aku yang menjawat jawatan tinggi sekarang ni walaupun masa sekolah dulu result aku lebih baik dari mereka. Dah rezeki ..... kekadang rasa rendah diri menguasai diri bila berjumpa kawan-kawan sekolah dan bertanyakan pekerjaan kita.
Tak dinafikan memang ramai yang lain yang perjalanan hidup mereka terus mendaki puncak, dari sejak sekolah lagi. Dan ada yang bernasib tersangat baik, kerana masa di sekolah dan di universiti hanya pelajar biasa-biasa saja, tapi dia akhirnya dapat menggapai ke puncak.
Inilah kehidupan kan...
1 comment:
Terdapat banyak kesilapan dalam sistem pentadbiran kerajaan kita... dan budak '2nd class 'masa kat sekolah yang memerintah negara sekarang...'budak 1st class' hilang begitu saja dalam arus perdana..dimanakah silapnya ...? malas nak pikir...baik pikir nak mati esok esok...sebab tembuk penghalang kepada perubahan itu amat tebal dan tinggi..apapun fatie...hal ini telah lama di perkatakan sejak dulu..penjawat awam ..gaji paling tinggi ialah KSN..dia siapa?
Post a Comment