Semasa majlis pertunangan along , hantaran petunangannya begitu simple sekali, yang aku buat sendiri dan dgn pertolongan kakak ipar ku. Kakak ipar dan menantunya juga yang membuat sirih junjung utk along.Kemudian untuk hanttaran perkahwinan along , sahabat baik ku Hafizah Awang menawarkan diri untuk menyediakan hantaran along
Selepas perkahwinan along, Ana minta aku buatkan sendiri hantaran pertunangan nya. Katanya hanya aku saja yang memahami kehendaknya. Alhamdulillah, nampaknya hanataran pertunangan Ana, di sukai ana dan juga sahabat2 ku. Begitu juga dgn hantaran perkahwinan Ana, aku sudah konfiden untuk menggubah sendiri.
Apabila anak ketiga ku hendak bertunang, aku sekali lagi menggubah sendiri hantaran pertunanga anak bujang tunggal ku dengan tema purple lembut
Apabila Wan melangsungkan perkahwinannya pada cuti hari raya cina lalu, sekali lagi aku menyiapkan hantaran anak lelaki ku itu. Kali ini bertemakan gold, kuning dan putih kerana menantu ku adalah kerabat diraja Trengganu
No comments:
Post a Comment