keluargaku

keluargaku

Sunday, August 16, 2009

Iqah

Hari Khamis pukul lebih kurang pukul 4.30, tengah aku bersembang dengan Usop di telefon rumah, hp aku berdering. Ana yang angkat ( dia pulang ke rumah kerana kuliahnya diUKM dibatalkan kerana ramai student yg terlibat dengan konvo di pelbagai universiti) Terpacul di mulut Ana " mak Iqah demam". Aku terus minta maaf dengan usop kerana terpaksa berhenti bercakap dengannya dan terus meletak ganggang telefon rumah, dengan segera mencapai hp ditangan ana.
"Mak doktor suruh Iqah balik rumah, suhu badan Iqah 39^C", tersentap rasa jantung ku. Aku mencapai tudung sambil mengajak ana pergi ke SMKA Slim River, untuk mengambil Iqah pulang. Sempat aku mencapai 2 keping penutup mulut yg masih berbaki di rumah untuk dibawa bersama ke sekolah Iqah.
Aku menyuruh ana drive sebab aku masih terasa gabra lagi lepas kemalangan hari tu. Satu-satu ujian Allah turunkan untuk aku.... moga-moga dengan ujian-ujian Allah ini, dijadikan sebagai kifarah terhadap apa jua dosa aku terhadap Nya, baik yang aku sedari atau tidak sedari...
Sesampai di rumah, ayahnya juga baru balik dari UPSI, dia tak terima sms aku. Bila aku terangkan keadaan Iqah, dia bergegas keluar dengan motor, tak lama kemudian dia pulang dengan satu beg plastik epal hijau, limau sunkist, air epal, air fresh orange dan jintan manis. Iqah di kuarintin kan di satu bilik, hanya aku yg masuk menjengok, menghantar makanan dan menyukat suhunya. Ayahnya suruh makan 6 biji epal hijau sehari dan minum fresh orange juice. Kami yg sihat ni kena minum air rebusan jintan manis, satu kali sehari ( katanya untuk prevention)...
Hari ini Isnin, demam iqah sudah berkurang, hanya tinggal batuk-batuk dan sakit tekak. Alhamdulillah...aku memanjat syukur kepada Allah dan aku bernazar lagi untuk iqah sembuh sepenuhnya... mudahan-mudahan dia hanya kena demam biasa-biasa saje...

9 comments:

kembara kelana said...

semoga iqah capat sembuh...anak aku dua dua kena balik hari ni. sekolah tutup seminggu...adalah kat mak dia dirompin...serba tak kena sekarang ni fatie...

pakroslan said...

Salam fatimah,
kau ikut nasihat abg rosli.. makan jintan tapi pastikan abg rosli tak makan "teloque ayam kampung".. takut panas pulak

fati said...

Pakroslan, teluq ayam kampung dibikin bahulu lebih lazat...tidak hanyir dan lebih lembut dan gebu.... tidak boleh diminum sama jintan manis nnt suami gue ngak bolih tidur....

pakroslan said...

Salam fatimah,
Mggu lepas semua anak aku dan bini aku demam dan panas yg melampau. Anak yg ke2 warded. Mak mertua aku kasi minum air selasih tapi jangan makan biji. Alhamdulillah, skrg semua dah ok. Tolong buatkan entri pasal jintan tu, limau dan epal tu lebih detail.

fati said...

Alah Lan, tentang epal hijau , juice limau fresh dan jintan manis tu kami dapat dari email yg dihantar oleh kawan-kawan yg telah mengalami demam teruk H1N1 tu, katanya ada ustaz yang gunakan untuk mengubat pesakit H1N1 tu disamping selawat dan solat hajat. Kita berusaha saja...
Caranya: selawat 3 kali ,makan 6 biji epal hijau sehari ( kalau sakit tekak tak boleh telan , boleh blend bagi makan) minum fresh orange, air masak kena minum banyak2.
untuk orang yang belum demam atau selsema, amalkan minum air rebusan jintan manis, sekali sehari sahaj cukup, disamping selawat 3 kali...
cubalah...kuasa Allah semua jadi..

pakroslan said...

Salam Mak Haji,
Berapa byk jintan dan berapa byk air..Mak Haji boleh detailkan tak? rasanya ramai yg nak tau.

hafizah said...

Iqah dah sembuh ke Pati? Dah start sekolah? Semoga kenbali sihat dan ceria.
Adam baru start sekolah tadi. Alhamdulillah.

hafizah said...
This comment has been removed by the author.
fati said...

Alhamdulillah Iqah dah okay Ha..., cuti sambung terus cuti sekolah...seronok bebenor le dia! Tapi fati make sure dia buat latihan math and sains hari-hari, dia tak boleh score subject ni sebab in English....parah-parah...