keluargaku

keluargaku

Wednesday, May 20, 2009

Kacau

Minggu ini minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi Ein, baik untuk sekolah kebangsaan atau sekolah agamanya. Iqah pun sama , sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun hingga ke minggu hadapan. Aku memanjatkan doa agar anak-anak ku ini mendapat kejayaan yang cemerlang.
Dua minggu lepas setiap kali balik dari sekolah agama ein nampak sedih, kadang-kadang menangis. Dia nampak keberatan kalau nak ke sekolah agama. Dia mengadu ada budak lelaki yang suka kacau dia . Aku memujuk dia ( aku ingatkan perkara kecik je), sambil buat lawak kat dia, kata budak tu minat kat dia kot....
Sekarang ni bila aku ambik dia dari sekolah agama, aku tunggu di pintu pagar aje, tapi entah kenapa pada hari itu aku terus masuk ke dalam sekolah .Bila aku menghampiri kelasnya ( terletak di ground floor) budak-budak kelasnya mula keluar dari kelas, budak lelaki dahulu, diikuti oleh budak perempuan. Aku nampak ein di muka pintu kelas...tiba-tiba seorang budak lelaki ni, datang menerpa dan menolak ein hingga hampir tersungkur, nasib baik dia berpaut pada kawan perempuannya, kemudian budak lelaki ini menerpa lagi dan menolaknya serta menumbok bahagian lehernya, aku terus bertempik.Bila budak lelaki itu nampak aku, dia terus lari macam lipas kudung, hilang dalam sekelip mata. Ein menangis, kawan2 perempuan nya memberitahu aku yang budak itu ( namanya Adam rupanya!) selalu mengacau ein. Aku terus pergi berjumpa dengan ustazah yang ada di dalam kelas ein, tapi tak menyedari insiden itu kerana sibuk mengajar Qur'an kepada budak lain.
Aku menceritakan kepada ustazah tentang apa yg aku lihat tadi. Ustazah mengaku yg Adam ni memang nakal dalam kelas, dan dia akan ambil tindakan keesokan harinya.
Esok, aku tunggu di depan kelas ein lagi, merenung Adam dengan muka marah, tapi dia lari susup sasap, sekejap je dah hilang. Aku tanya ein samada Adam kacau dia lagi, Ein kata tak kacau dah, cikgu pun dah denda dia, dan warning dia.....alhamdulillah! Sekarang ni, setiap hari aku akan tanya ein, ada orang kacau lagi tak....ein cuma geleng kepala, lega hati aku.

3 comments:

kembara kelana said...

Aku akan datang ke TM, aku nak belasah si adam tu...aku tak kira. berani dia ngacau menantu aku..
kau jangan cakap apa apa bar..ni urusan keluarga [ cehwahhh]

hafizah said...

Amboi2! Samsengnya Pakcik Usop ni! Ngeri dengar.

Kesian Ein...Ein tu comel sangat tak? Betul kata awak pati, Adam tu suka kat Ein tak?

Kalau dia berani kacau lagi, bouncer Ein datang nanti!!!!

Ha'ah, Usop, anak saya yg bongsu, Adam juga. Badannye, kusmangat! Tapi dia yg kena buli.

kembara kelana said...

anak kau si adam tu, dia kena buli sebab hati dia baik...dia tak suka sakitkan orang lain...yang tu aku tak lah sampai nak datang SA tolong, sebab dia lelaki...ni di ein ni, mana boleh aku dah letak cengkeram dah kat fati masa aku ke rumah dia dulu....betulllll ha, tak caya kau call fati.